Tuesday, December 22, 2015

Muslim yang baik?


Seorang sahabat bertanya pada saya, macam mana kita nak jadi muslim yang baik? Bila kita rasa kita dah lost?

Maksud muslim yang baik?
Muslim yang baik tu bila kita lakukan suruhan Allah dan tinggalkan apa yang dilarang.
macam mana ye nak jadi muslim yang baik? 

Formula untuk bina diri jadi muslim yang baik. Dua benda yang kita kena jaga sangat-sangat. 

Yang pertama. HabluminAllah. Jagalah hubungan kamu dengan Allah. 
Bila kita jaga hubungan dengan Allah tu dah buka sat jalan untuk kita jaga diri dan akan sentiasa upgrade diri nak jadi yang terbaik di pandangan Allah. Takkan masa kita solat kita beribadat kita nak tunjuk diri kita yang biasa biasa je? 

Depan orang yang kita sayang kita nak lawa lawa nak handsome nak bagi yang terbaik dari kita tapi bila dengan Allah? Nak buat biasa je? 

Nanti masa dalam kubur nak jawab apa? Kalau masa kita terbuang sia sia? Bila ditanya apa yang kamu buat ketika masa lapangmu? Haaaa, nak jawab apa? Kita free kita ada masa tapi ta luangkan masa untuk Allah. Allah tunggu kita ,Kita boleh buat tak tahu buat benda lain. 

Bila nak jaga hubungan dengan Allah. 
Yang paling penting adalah solat 5 waktu. Solat tu tiang agama kan? Macam rumah la kalau tiada tiang tak ke roboh rumah tu? Kadang kadang kita rasa even kita solat tapi rasa kurang . Bila tu jadi kena recheck balik solat kita tu cukup ke ta. Macam rumah la kalau tiang ta cukup kan goyah. Macam iman kita , solat tak jaga senang syaitan tu nak kawal kita sebab banyak lopong lopong. 

Lepas tu kena ad supplement tambahan. Haa, korang ingat nak cantik nak sihat je ke ada supplement? 
Suppplement ni ialah amalan amalan tambahan, amalan sunat. 
Contoh solat sunat dhuha. Solat sunat dhuha ni kena jaga. Sebab ni la yang akan bukakkan pintu rezeki . Rezeki tu bukan hanya duit, tapi dari segi kesihatan, kepandaian, kerja , masa. 
Kalau kita jaga ni maka murahlah rezeki kita. 

Lepas tu solat taubat kena buat hari hari sebab, kita ni hari hari buat dosa . So solat taubat ni.boleh bersihkan hati kita ni. Bila kita kenang dosa kita, kita kan cuba tak nak buat dah . Jadinya insyaALLAH tiada lagi masalah kita balik pada diri kita yang dulu.

Lepas tu baca al -Quran. Kalau tak baca siapa yang nak teman kita dalam kubur nanti? Al quran tu sebagai cahaya kita nanti . Al- Quran bukan sekdar dibaca tapi diamalkan. Bila  ianya jadi pegangan itu akan jadi guidline kita dalam kehidupan untuk setipa tindakan yang kita buat.

Formula yand kedua habluminannas. Jagalah hubungan sesama manusia. Jaga mulut, jaga pertuturan jaga pandangan.

Bila sebut hubungan sesama manusia tolong yang utama tu. Hubungan dengan ibu bapa.
Jaga tutur kata ,jangan buat diorang sedih, jangan tinggikan suara. Kita cakap aahh je pun dah dosaa. Jangan kita ni hebat kat alam maya je " jadilah anak y baik buat ibu bapa bla bla bla" tapi bila ibu ayah minta tolong marah kata sibuk la apa la. Hei, apa tu. Nak kena ketuk ke? Anak y baik pasti dulukan ibu ayah, jaga hati mereka. Redha ibu ayah tu paling atas sebab redha Allah terletak pada redha ibu ayah.

Lepas tu rakan rakan. Jangan putuskan persahabatan. Korang ingat senang nak cari kawan tu? Jagalah hubungan antara sahabat bukan kah Rasulullah dah berpesan jangan memtuskan hubungan antara manusia? Gaduh tu adat tapi jagalah hubungan antara rakan . Sebab bila kita jatuh bila kita down diorang yang akan bantu kita.

Lepas tu guru guru. Ingat. Redha guru guru ni penting. Korang ta hormat guru, guru terasa tak berkat ilmu yang dia bagi sebab tu baca tak masuk masuk. Siapa pun yang bagi ilmu kat kita dia tu lah guru bagi kita jadi, kalau sesama rakan pun ada yang mengajar kita untuk subjek yang kita lemah, hormat dia.

Bila kita rasa down rasa kita lost dari track kita cari balik turning point kita. Apa yang buat kita berubah jadi muslim yang baik ? Cari tu balik. Cari sahabat minta diorang bimbing kita. InsyaAllah, Allah tunjuk jalan.
Bila kita jaga dua dua formula ni. InsyaAllah kita dalam track yang betul untuk menjadi seoramg muslim yang baik dan terbaik insyaALLAH.
 

Thursday, November 12, 2015

Sayangi Ibu dan Ayah.

   



Ibu dan ayah dua insan yang tidak dapat diganti. Ibu yang mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari, ayah yang berhempas pulas mencari rezeki membesarkan kita sebagai anak. Ibu ayah tu talian hayat kita. Redha mereka tu penting kerana apa? Redha Allah terletak pada redhanya ayah dan ibu. ibu ayah ni talian hayat kita. Yang bantu kita yang doakn kita.

Tegar ke kita? sebagai anak tinggi suara , abaikan mereka. Mereka masa kita kecil sangat melindungi kita. Jaga anak ni bagai menatang minyak yang penuh. Tapi duhai anak, kenapa sekarang kau tegar, kau mampu herdik ibu dan ayahmu.

INGAT, kita cakap ahh pun , walau tarik muka sahaja dan ibu terasa, dosa kita dapat. Tapi, bila kita tatap muka ayah ibu , pahala free kita dapat. Tak nak ke? Bersyukur la kita yang masih ada ibu dan ayah, kerana redha mereka masih bersama kita, doa mereka tu yang jadi senjata yang melindungi kita. Tolong hargai boleh? Orang lain yang dah hilang ibu ayah kalau boleh nak putar masa balik nak rasa nak hargai saat dengan diorang. Jangan dah terlambat nanti baru nak menyesal.

Berbaktilah pada ibu bapa kita kalau tak kita ni akan jadi orang yang sombong dan bongkak. Sebab apa? Habis kalau dengan orang yang dah jaga kita pun kita ta hormat tak jadi sombong dan bongkak namanya? Kita lupa siapa yang didik kita sampai kita berjaya yang jaga kita kalau kita sakit.

 Ingat ye anak lelaki walaupun kamu dah bernikah sudah berkeluarga tanggungjawabmu pada ibu bapa tetap yang utama. Jangan jadi TANGGANG moden. Buat anak perempuan walau dah bernikah dan suamimu adalah yang utama namun jangan dilupa ibu dan ayah yang mendidikmu sehingga kamu dilepaskan pada suamimu. Jadi berbaktilah pada kedua ibu bapa. Kita abaikan mereka sama seperti kita buang orang yang banyak membantu kita untuk berjaya,

Korang, masa tu tak boleh berputar balik tau, masa diorang ada ni la guna masa sehabisnya buat diorang gembira. Kalau tak bila lagi ? Kalau tahu kita dah buat diorang sedih, diorang tak suka minta maaf. Turunkan ego, dengan kawan tu cepat aja kalau dengan mak ayah? Banyak alasan kan!

Jom sama-sama balas jasa ibu ayah . Bukan maksud kalau korang dah berjaya dapat kerja bagus je baru balas jasa. Sekarang ni pun boleh balas jasa. Susu yang korang minum masa kecik tu sampai korang  membesar sihat tu susu dari ibu kan? Korang boleh bertatih berjalan tu jasa ibu ayah kan? Korang berjaya sekarang , jadi seorang yang berjaya atas doa siapa? Ibu ayah bukan? Ibu ayah tu sangat jaga kita kita demam je dia dah risau.

Macam mana nak balas jasa diorang? Yang pertama, taat pada mereka. Taat pada ibu dan ayah dengar apa yang mereka suruh buat dan larang asalkan perkara yang disuruh tu tak melanggar syarak. Yang kedua, sentiasa rendahkan diri dengan kata lain hormat diorang . Yang ketiga, berkata lembut jangan tinggikan suara. Yang keempat, minta izin pada ibu ayah. Nak pergi mana-mana pun, nak buat apa pun minta izin. Sebab apa? Sebab izin dari ibu ayah tu tanda ibu ayah redha. Kalau tindakan kita ibu ayah tak redha, tak berkat tau.

Buat yang sudah hilang ibu atau ayah atau keduanya jangan risau, Rasulullah dah bagi guidline macam mana kita sebagai anak nak balas jasa diorang. Yang pertama, Doa. Doakan yang baik untuk mereka sebab doa dari anak yang soleh tulah amalan buat arwah yang tak kan terputus dari dunia. Kita doa kita mengaji bagi pihak ibu ayah yang itu akan bantu diorang kat sana.

Yang kedua, improve diri jadi anak yang soleh. Sebab apa? Sebabnya kita tahu kan salah satu amalan yang tidak akan terputus adalah doa dari anak anak yang soleh kalau kita tak jadi anak yang soleh doa kita tu sampai atau tidak? kalau kita tak jaga diri kat dunia, ibu dan ayah disana nanti yang kena tanggung . Wahai anak perempuan, jagalah auratmu, jikalau kamu tidak jaga ayahmu sebelah kaki sudah berada di neraka kerana kamu tidak jaga auratmu.

Yang ketiga, menyambung silaturrahim. Sebagai contoh , kalau ibu atau ayah dah lam terputus hubungan dengan kawan baik dia atau sedara jauh, kita sebagai anak ni sambungkan balik, cari dan jaga hubungan tu.

Yang keempat, tunaikan janji atau wasiat ibu ayah. Sebagai tanggungjawab kita selesaikan segala urusan ibu dan ayah yang tertunggak. Supaya kat akhirat nanti tiada yang tuntut. Kita sebagai anak kena cari inisiatif untuk selesaikan segalanya. Yang kelima, minta ampun bagi pihak mereka. Jumpa sahabat , sedara terdekat minta maaf pada mereka bagi pihal ibu ayah. Nanti , mudah tenang arwah kat sana.

Yang terakhir jaga hubungan keluarga dan sahabat sahabat ayah dan ibu. Lagi-lagi kawan baik diorang, melawat sekali sekala. Diorang la orang tua yang ada tempat kita lepaskan rindu pada ibu dan ayah. Ibu dan ayah pasti senang hati dengan sikap kita.
Buat yang kehilangan ibu dan ayah doa banyak-banyak, bertabahlah. Sedekahkan bacaan yassin dan al-Fatihah  buat mereka.

So, macam mana teknik nak didik anak yang kecik -kecik ni hormat ibu ayah, hormat orang yang lebih tua? Melentur buluh biarlah dari rebungnya kan? *kenyit mata.

Rasulullah bersabda : Allah s.w.t sangat merahmati orang tua yang menolong anaknya sehingga boleh berbakti pada orang tua.

Yang pertam ilmu . Tanpa ilmu macam mana diorang sebagai anak nak faham kenapa kita kena hornat orang tua. Jadinya kita kenalah bagitahu kenapa kita kena hormat orang tua, apa kesan dia kalau tak hormat. Tunjuk cara yang betul.

Yang kedua, Biasakan. Biasakan anak-anak dengan apa yang kita ajar , apa yang kita minta dia pratikkan umtuk tunjuk cara hormat tu. Contoh, jumpa ibu ayah salam, tunduk hormat jangan melawan cakap. Dalam proses biasakan ni ibu bapa kena banyak sabar sebab benda ni bukan senang anak-anak nak serap. Bukan sehari dua boleh lekat. Sedangkan nak ajar anak solat pun , umur 7 tahun dah wajib ajar tapi Rasulullah pesan umur 10 tahun baru boleh rotan kalau tak nak solat. Maksudnya kat sini dalam proses mengajar perlu ambil masa jadinya SABAR.

Lepas dah biasakan kalau anak-anak gagal jugak atau buat salah kita didk cara disiplin. Disiplin yang tegas tapi masih lagi cara yang dekat dan lembut. Dengan kata lain, kalau anak tu dah kena tindakan disiplin diorang akan tahu diorang salah dan minta maaf. Kalau cara kasar anak-anak akan memberontak.

Guyss kita boleh ubah. Buat anak-anak tanamlah azam nak bahagiakan ibu ayah. Buat perkara yang ibu ayah redha. Sebab apa? Ibu ayah tu talian hayat kita. Kalau kit adah nak berjaya atau berjaya kita lupakan mereka, rugi sebab apa? ibarat kita naik gunung yang tinggi dah nak sampai puncak kita lepaskan tali yang ikat kita yang jadi pelindung.

Kita dah besar kan? Dah pandai fikir mana yang baik dan buruk. Jadi buatlah yang terbaik buat ibu dan ayah.

Thursday, October 8, 2015

Deen atau Dean ?




Ha, tepuk dada semua yang mana kita kejar yang mana kita cari? Kenapa sebab utama kita nak belajar ?

Nak jadi seorang yang berjaya kan? Bahagiakan ibu dan ayah.  Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak hargai bila dapat sambung belajar. Kenapa aku cakap tak hargai peluang tu? Sebab ada yang belajar sambil lewa main semendang.  Korang kena fikir mak ayah korang cari duit nak sara korang untuk makan pakai dengan buku semua. Hargai lah anak-anak sekalian.

Ok, drop hal yang tu. Sekarang kita ni tanya diri belajar atas sebab nak lulus atau belajar kerana Allah. Belajar tu jihad tau. Sebab apa? Sebab belajar tu kan menuntut ilmu.  Menuntut ilmu tu kan penting, menuntut ilmu kan ibadah. Tidak kisah la apa pun bidang yang kita ceburi asalkan dah namanya menuntut ilmu ianya mulia disisi ALLAH.

Kenapa dean atau Deen? Lecturer aku sendiri pernah cakap masa dalam kelas. "kamu semua ni buat otak kamu macam pendrive kan? Bila dah habis je exam terus delete ilmu dan restore ilmu yang seterusnya dan berulang hinggalahlah habis sem" Bila terfikir balik memang tu la yang pelajar pelajar buat. Subjek-subjek yang lepas tak perlu nak ingat dah fokus untuk sem seterusnya pula.

Tu tandanya kita ni belajar setakat nak lulus nak dean list sahaja tapi tak nak capai yang deen tu. Kalau kita nak capai yang Deen tu kita apply apa ya kita belajar. Seseorang yang berilmu tidak akan siakan ilmu dia.  Lagi satu bila kita terlalu kejar Dean list sampai lupa nak kejar dan pegang  Deen,  kita jadi pelajar yang hanya pergi kelas balik kelas makan tidur tiada pembentukan akhlak yang mantap.

Korang pernah dengar? makin tinggi belajar makin tidak beradap . Sebab apa? ilmu tu tak digunakan . Sibuk dengan ilmu dunia sampai kita lupa nak jaga akhlak dan jaga hati orang lain. Bila kita redha ALLAH kita akan dapat apa yang kita nak. 

Put ALLAH first and you will never be the last.  Ada satu equation yang simple je tapi bermakna ok.

1= Allah 0= dunia

0/1 =0          Bila kita letak dunia dekat hati letak dunia dulu sebelum Allah kita tak dapat apa.

1/0 = ∞       Bila kita letak Allah yang utama kita dapat infiniti means happiness endless.

so , korang faham kan kenapa kita sebagai hamba kat muka bumi ni apa pun yang kita buat mesti niat kerana Allah. Bila kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah dipermudahkan. Study senang masuk. Bila tengah study tu kalau dah masuk waktu solat dulu. Even masa tu la masa tengah semangat nak study tapi dulukan yang aula.  Bila kita dulukan Allah dalam segala perkara nanti lepas solat tu senang masuk dalam otak ataupun masa exam agak-agak tengah buntu tiba-tiba macam dapat Recall apa yang lecturer ajar , apa yang lecturer cakap kalau tak pun teringat slide sikit-sikit. Tu tanda Allah bantu !


akak akak & abang abang sekalian termasuk adik-adik yang nak exam tu, korang betulkan balik niat korang belajar sebab apa, nak berjaya sebab apa.  Mak long aku ada pesan dekat cousin aku bila bila dia cakap " mak long kat sana doakan kitaorang dapat  5A tau "
dia cakap " Kenapa nak dapat 5A? Jangan sebab nak menunjuk tau nanti tak berkat masa nak hafal. ingat kita ni nak berjaya sebab Allah doa selalu kat Allah bila niat dah betul. InsyaAlla , Allah bantu. 


Jadi yang utama jaga solat , jaga hati mak ayah, jaga hati cikgu tau"
Bila dengar tu terkesan tau selama ni aku belajar nak kejar dekan semua tu aku betulkan niat tak. Sentap sendiri. Nasihat yang padat dan ringkas. Nampak kan dalam menuntut ilmu kita kena jaga hati guru yang mengajar kalau tak ilmu tak berkat.


Lagi satu, banyak student alami masalah susah nak faham susah nak hafal. Aku pun hadap benda yang sama. Kadang tu rasa give up sangat. Sebab tu kena check hati kita. Hati kita bersih tak? Bila kita tengah proses menuntut ilmu tapi tak jaga hati tak jaga mati mana nak terang hati tu. Memamg la jadi susah sikit nak hafal semua. Haish part ni yang deep ni.


Sebab tu la korang tengok eyh tahfiz and tahfizah kenapa diorang bila menuntut ilmu diorang jadi mudah faham dan ingat sebab hati diorang terang sebab diorang dekat dengan al-Quran. Yang kita ni kalau nak bukak al-Quran sehari pun susah macam mana nak terang hatinya dengan ayat suci al-quran tu. Sebab tu la lepas solat je baca . Hari-hari doa minta diterangkan hati dipermudahkan belajar.

"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya dia akan sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehinya atau wanita yang ingin dinikahinya , dia akan mendapatkannya."


Ingat niat tu macam surat kalau salah alamat salah la destinasinya. Sama macam niat kita kalau salah niat bukan kerana Allah lari la dari track sebenar tak sempurnalah amalan tu.
jadi, jom la sama-sama kita kejar Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai.  Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi belajar dengan rasa kita nak berjaya.

Sedikit input aku nak share dengan korang dari apa yang disampaikan Ustaz Pahrol.

Study smart v study hard.

Allah tidak menilai effect tapi Allah menilai effort korang . Allah tidak nilai kamu dari segi dean list atau tidak tetapi Allah tengok kita pada usaha.  Allah tidak menciptakan manusia itu bodoh , tetapi Allah cipta kebijaksaan berbeza. Jadi atas masing-masing usaha nak ubah diri.
jadi, jom la sama-sama kita kejar Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai.  Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi belajar dengan rasa kita nak berjaya.












Wednesday, September 16, 2015

Berhijrahlah uollss !



Hijrah lah kita dari yang baik kepada lebih baik. Ingat bila nak berhijrah ni kena perlahan-lahan. jikalau terlalu laju, kita akan jatuh tersungkur. Sebab apa? Sebab takut diri tidak terdidik untuk istiqamah.

Istiqamah ini yang susah nak kekalkan. Percayalah, siapa yang melakukan perubahan sahaja merasa pahit dan manisnya hijrah tapi korang kena percaya manis dia lagi banyak.

Mungkin ada setengah kita mudah nak berubah sebab disokong oleh family tapi ada yang susah nak berhijrah apabila hijranya ditentang oleh family. Dikatanya sesat la . Sakit kan? Yang kita semua yang mendapat sokongan ni hargai penghijrahan yang kita buat.

Banyak yang aku dengar dari sahabat-sahabat perempuan

" perempuan tudung labuh tapi perangai ta semengah"

"sekarang ni bagi aku perempuan tudung labuh dengan tak labuh sama je cuma beza pakaian diorang je bila diorang tak jaga behave diorang"

Nak  tahu kenapa banyak yang cakap macam ni? Sebab perempuan  muslimah yang patut menjadi role model mudah bermesra dengan lelaki lain di facebook, tweeter dan insta.

Aku sendiri alami benda ni. Aku sendiri pernah pesan dekat sahabat -sahabat aku. "Korang ni jaga la sikit bila ada perempuan yang komen mesra semacam. Dah la mostly  yang pakai tudung labuh and purdah. Sepatutnya bila diorang kurang menjaga korang as lelaki yang kena kawal."

Sampai bila korang nak biar orang bash budak-budak tudung labuh ni? Memang kita pun manusia biasa jugak. Aku sendiri tak perfect but we're trying to be better kan?

Sebab tu la kita berhijrah so, berubah la secara perlahan dan secara total. Ubah la pakaian kita dan cara pergaulan kita.Awal-awal mungkin orang boleh consider tapi kalau dah lama-lama. Kita ni sesama wanita jaga hak wanita yang lain. Ingat jangan sebab kita , jangan sebab aku atau kau atau korang tak jaga perangai as perempuan muslimah , perempuan muslimah yang lain dapat tempias.

Kita sepatutnya jadi role model. Jadi Role model untuk kawan-kawan kita yang baru nak berubah tapi bila kita sendiri dah calarkan image wanita betudung labuh tu. Kesian kat orang yan baru nak berubah. And, orang yang belum berhijrah lagi pun tak termotivasi since kita yang jadi role model ni tak tunjukkan akhlak yang sebenar.

Aku bukan nak bash korang sorang, aku sendiri wanita bertudung labuh yang kadang-kadang kena bash.

Sebab tu aku bagi pesanan ni kat semua. kita sama -sama jaga kualiti nama baik perempuan tudung labuh.

Jangan caption " perempuan tudung labuh pun ta perfect ada buat salah sambil selfie"
haish haish . *geleng kepala.

Kalau dah tahu kita tak perfect ada buat salah try to change it. Berubah secara perlahan dan kekal. Istiqamah, jaga batas pergaulan jaga tingkah laku. Tapi bila dengan kawan perempuan tu kita as diri sendiri la. Cuma dengan ajnabi tu tolong la jaga.  Aku sendiri pun kadang-kadang terlepas yang tu.

Aku pesan kat korang ni macam aku pesan kat cermin tau tak. Sebab, semua yang aku cakap ni aku sendiri kena buat kena improve.

Sayang semua, aku tahu istiqamah ni susah. Pahit awalnya tapi percayalah akan ada manisnya. Perisai kita malu kalau malu tu hilang? Hilang lah wanita yang akan melahirkan pejuang islam yang hebat.

Girlsss, korang kena ingat kita ni yang akan melahirkan pejuang-pejuang islam. Kalau kita sendiri terumbang-ambing macam mana nak didik anak nanti. Sebab tu la tangan wanita ni yang akan mengoncang dunia.

Cukup penghirahan pasal perempuan tudung labuh. Now guys ni hadiah untuk korang.

Berubahlah , dari yang kurang solat dekat masjid or surau pergilah . Jadilah lelaki yang menjaga . 

Tundukkan pandangan kamu. Mata tu, , mata tu jangan meliar je.

Sibuk nak cari tulang rusuk bagai, tulung rusuk bergetar bagai. Kalau kata esok Allah tarik nyawa kita, bergetar tak tulang rusuk tu? ha, bergetar sebab fikir banyak dosa.

Jom  kita buat kempen "road to heaven"
hari-hari buat benda baik. Percayalah kalau korang dah mula buat benda baik korang akan rasa seronok. Kalau korang nak buat sesuatu tu and rasa benda tu buat korang rasa tak selesa baik korang tinggal cepat-cepat. Sebab, tu petanda Allah jentik hati korang bagitau tu tak elokk. Nampak tak ?

Allah sayang kita tau tak. Kita je sesuka hati sayang orang lain.

In general la eyh.

Apa yang kita nak buat kalau kita nak masuk syurga? Kita buat la amal kebaikan banyak-banyak. Jaga solat sebab solat tu kan tiang agama. Jaga hati ibu ayah. Selalu bertaubat padanya.

Dan bersegeralah kamu kepada keampunan TUHANmu dan syurga yang seluas langit dan bumi (al Imran :133)

Ingat bila terlalu banyak dosa yag dilakukan kita akan berasa kurang nikmat dalam beribadat. Kita rasa lemah dan rasa jauh dari DIA. Rasa kosong. Bila baca Al-quran kita tak rasa takut. Hati tu tak terjentik pun. Jaga-jaga, tu tanda hati kita dah mula hitam . Bertaubatlah.

Nak dapat syurga kena la mula dari sekarang. Kita sama-sama nekad ubah diri. Jangan jadi orang yang muflis ketika diAkhirat nanti. Muflis sebab apa? Sebab kita kurang mengumpul pahala dan pahala yang ada pula kita kena bagi pada orang. 

Friday, September 4, 2015

Mohon bangkit ! Mohon sedar . Jangan LEKA



Bismillah

Apabila ada sifat yakin dan tawadhuk dalam diri maka Allah akan membantu hambanya. Lihat surah al-fill ayat 1-5 .

Allah Ta’ala berfirman,

أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4) فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5)

Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (QS. Al Fiil: 1-5).

Didalam surah ini sudah menceritakan apa yang kita dapat dari kisah penerangan keatas kaabah. Kisah di atas menjelaskan tentang ashabul fiil (pasukan gajah) yang ingin menghancurkan rumah Allah (Ka’bah). Mereka sudah mempersiapkan diri untuk menghancurkan Ka’bah tersebut. Mereka pun mempersiapkan gajah untuk menghancurkannya .Abrahah sangat angkuh dengan tentera bergajahnya ingin meruntuhkan kaabah. 

Namun dengan kuasa Allah, tentera bergajah hancur berkecai sebelum sempat mereka sampai di Makkah. Didalam kitab sejarah sebagaimana dinukil oleh Ibnu Hisyam , Ibnu Ishaq menuturkan bahawa Abdul Mutalib bersama sejumlah penduduk Quraisy sebelum kejadian sempat berdoa  di depan pintu Ka'abah. Mereka memohon kepada Allah agar Abrahah dan bala tenteranya kalah. Didepan pintu Ka'abah , Abdul Mutalib bersenandung :

Sesungguhnya seorang hamba menahan kakinya kerana itu tahanlah

Tipu muslihat mereka berganti tipu muslihat-MU

Jika Engkau membiarkan mereka  dan Ka'abah kami

Kemudian Abdul Mutalib membawa pintu Ka'abah dan berangkat bersama penduduk Quraisy menuju kekawasan pergunungan. Dari sana mereka mengawasi dan melihat apa yang akan dilakukan abrahah . Tapi apa yang terjadi Abrahah dan bala tenteranya binasa sebelum sampai di kota Makkah . Allah menghantar burung ababil dimana setiap burung membawa 3 biji batu , 2 batu di kakinya dan satu di paruh dan batu-batu itu dihujani keatas abrahah dan tenteranya. Siapa yang terkena batu itu pasti binasa. Tanda Allah membantu mereka apabila mereka yakin dengan pertolongan Allah.

Kita sudah nampak bukan pengajaran yang kita dapat dalam kisah ini. Sebab itu , harini aku nak ajak korang semua dengan aku sekali berfikir. Yang kita semua ni kenalah fight dalam menegakkan agama Allah. Kenapa ada sifat tidak yakin dak risau? Rasa diri tidak mampu? 

Belum cuba belum tahu, lagipun kita kena ingat jalan dakwah ni tak ditaburi dengan bunga tetapi penuh onak duri. TAPI, kita semua kena ingat Allah tu ada dan akan bantu.
Mesti korang terfikir kenapa aku kena perjuangkan islam? Orang lain kan ada yang lebih hebat. guyss or girlss kita kena ingat kita ni adalah hambaNya dimana setiap orang ada tanggungjawab untuk menyebarkan perkara-perkara baik dan mencegah kemungkaran.Tugas kita melindungi islam walau dengan cara sekecil apa pun. Kita kena Fight untuk islam dan jangan biar orang luar or anasir anasir luar yang meletakkan islam ni sebagai terrorist. Kalau bukan kita siapa lagi?

Korang takkan tak rasa sentap bila kita dikaitkan dengan terrorist , dengan ISIS yang mana memang bukan itu yang diajar dalam islam. Islam tidak meghalalkan cara. Jadinya kita yang tahu ni kita kena la tunjukkan kecantikan islam tu . Tunjuk dengan akhlak kita cara kita dengan orang islam dan orang yang bukan islam. Ingat, setiap tindakan kita dilihat oleh orang sekeliling yang paling penting Allah sentiasa tahu apa yang dilakukan oleh kita.

Kta ni harapan agama dan negara jikalau kita tidak bergerak macam mana nak membina kualiti yang hebat yang mampu melindungi islam yang mampu membawa nama islam kembali dan mengharumkannya. Sekarang ni banyak gegajala yang berlaku yang menjatuhkan nama islam tu sendiri . Korang tengok kes budak dapat baby, orang yang meniggal sebab merempit ke , penagih dadah ke , yang pergi kelab malam ke semua banyak melayu. Dan tentu islam kan? tapi Islam hanya pada nama. Yes, memang kita tak boleh judge diorang tapi kalau kita tunjukkan akhlak yang baik tarik diorang insyaALLAH diorang akan berubah.

Kita masuk second step, macam mana kita nak fight untuk islam . Dulu masa zaman Rasulullah diorang perang sebab nak tegakkan dan kukuhkan islam ketika zaman tu dimana orang tidak menerima islam.

Dizaman sekarang islam sudah diterima cumanya ada perkara-perkara negatif yang menyebabkan islam tu dipandang sebagai agama terorist. Ya ALLAH, betapa susahnya rasulullah dan para sahabat menegakkan islam dulu dan Baginda menharapkan kita menjaganya namun kita hanyut dengan dan lihatlah islam sekarang tidak seteguh dan semekar dulu.

Jadinya ketika ini zaman ini cara kita nak jaga islam nak fight untuk islam untuk menyangkal semua anasir tu adalah dengan menyampaikan kebaikan, Kalau nak perang tu memang tak mampu la kan? seperti yang sudah disebut diatas, amar makruf nahi mungkar. Bila ada yang hina islam kita jangan berkasar tapi berlembut ikutlah cara Rasulullah berdakwah dan menyampaikan islam.

Kita mengajak pada kebaikan haruslah kena pada cara jangan terlalu kasar. Lihat pada situasi dan orangnya juga. Kerana ada setengah orang bila guna ayat sentap baru nak tertusuk berubah ada kesedaran. Tapi ada setengah dengan kelembutan akan menjentik hati mereka untuk berubah kearah kebaikan. Agama itu nasihat dalam hadis Riwayat Ahmad.

Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Agama itu nasihat. Kami bertanya: 'untuk siapa?' Baginda menjawab : 'Untuk Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya , para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya"

Memberilah nasihat pada semua dengan cara yang berkhemah. Api tidak boleh bertemu dengan api maka padamlah ia dengan air. Batu yang keras juga akan berlekok apabila dicurah air setiap hari.

Selepas semua ini kita lakukan pasti kita akan dapat lihat kesannya. Pandangan orang terhadap islam akan berubah. Apabila kita menunjukan kebaikan dengan akhlak kita cara kita meneragkan pada mereka. Mereka akan lihat islam itu indah dan tidak membebankan. Islam itu ingin memudahkan kita. Banyak panduan kita peganglah dua panduan yang utama al-Quran dan As-Sunnah maka kita tidak akan terpesong.

Bila kita terapkan ini dari kecil, terapkan sikap ini pada anak kecil hingga mereka besar ini akan membawa perubahan yang besar kerana anak-anak kecil ini suatu hari nanti akan membesar dan merekalah yang akan membangunkan negara dan agama. Andai anak-anak kecil tidak dididik maka musnahlah harapan agama.

Kita kena gerakkan potensi yang ada untuk kukuhkan islam. Bukan biarkan ia terbiar. Analoginya seperti air bertakung yang tidak mengalir lama-lama menjadi busuk tidak memberi manfaat tetapi air yang mengalir mampu memberi nafas pada manusia . Jadi, setiap potensi yang ada pada kita gunakanlah dan gilap untuk kita gunakan dan berbakti pada semua.