Bismillah
Apabila
ada sifat yakin dan tawadhuk dalam diri maka Allah akan membantu hambanya.
Lihat surah al-fill ayat 1-5 .
Allah Ta’ala berfirman,
أَلَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ
رَبُّكَ بِأَصْحَابِ الْفِيلِ (1) أَلَمْ يَجْعَلْ كَيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ (2) وَأَرْسَلَ
عَلَيْهِمْ طَيْرًا أَبَابِيلَ (3) تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ (4)
فَجَعَلَهُمْ كَعَصْفٍ مَأْكُولٍ (5)
“Apakah
kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah bertindak terhadap tentara
bergajah? Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya mereka (untuk menghancurkan
Ka’bah) itu sia-sia? Dan Dia mengirimkan kapada mereka burung yang
berbondong-bondong, yang melempari mereka dengan batu (berasal) dari tanah yang
terbakar, lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun yang dimakan (ulat).” (QS. Al Fiil: 1-5).
Didalam surah ini sudah
menceritakan apa yang kita dapat dari kisah penerangan keatas kaabah. Kisah di atas menjelaskan tentang ashabul
fiil (pasukan gajah)
yang ingin menghancurkan rumah Allah (Ka’bah). Mereka sudah mempersiapkan diri untuk
menghancurkan Ka’bah tersebut. Mereka pun mempersiapkan gajah untuk
menghancurkannya .Abrahah sangat angkuh dengan tentera bergajahnya ingin
meruntuhkan kaabah.
Namun dengan kuasa Allah, tentera bergajah hancur berkecai
sebelum sempat mereka sampai di Makkah. Didalam kitab sejarah sebagaimana dinukil
oleh Ibnu Hisyam , Ibnu Ishaq menuturkan bahawa Abdul Mutalib bersama sejumlah
penduduk Quraisy sebelum kejadian sempat berdoa
di depan pintu Ka'abah. Mereka memohon kepada Allah agar Abrahah dan
bala tenteranya kalah. Didepan pintu Ka'abah , Abdul Mutalib bersenandung :
Sesungguhnya seorang
hamba menahan kakinya kerana itu tahanlah
Tipu muslihat mereka
berganti tipu muslihat-MU
Jika Engkau membiarkan
mereka dan Ka'abah kami
Kemudian Abdul Mutalib membawa
pintu Ka'abah dan berangkat bersama penduduk Quraisy menuju kekawasan
pergunungan. Dari sana mereka mengawasi dan melihat apa yang akan dilakukan
abrahah . Tapi apa yang terjadi Abrahah dan bala tenteranya binasa sebelum sampai di
kota Makkah . Allah menghantar burung ababil dimana setiap burung membawa 3
biji batu , 2 batu di kakinya dan satu di paruh dan batu-batu itu dihujani
keatas abrahah dan tenteranya. Siapa yang terkena batu itu pasti binasa. Tanda
Allah membantu mereka apabila mereka yakin dengan pertolongan Allah.
Kita sudah nampak bukan
pengajaran yang kita dapat dalam kisah ini. Sebab itu , harini aku nak ajak
korang semua dengan aku sekali berfikir. Yang kita semua ni kenalah fight dalam menegakkan agama Allah.
Kenapa ada sifat tidak yakin dak risau? Rasa diri tidak mampu?
Belum cuba belum
tahu, lagipun kita kena ingat jalan dakwah ni tak ditaburi dengan bunga tetapi
penuh onak duri. TAPI, kita semua kena ingat Allah tu ada dan akan bantu.
Mesti korang terfikir
kenapa aku kena perjuangkan islam? Orang lain kan ada yang lebih hebat. guyss or girlss kita kena ingat kita ni
adalah hambaNya dimana setiap orang ada tanggungjawab untuk menyebarkan
perkara-perkara baik dan mencegah kemungkaran.Tugas kita melindungi islam walau
dengan cara sekecil apa pun. Kita kena Fight untuk islam dan jangan biar orang luar or anasir anasir luar yang
meletakkan islam ni sebagai terrorist. Kalau bukan kita siapa lagi?
Korang takkan tak rasa
sentap bila kita dikaitkan dengan terrorist , dengan ISIS yang mana memang
bukan itu yang diajar dalam islam. Islam tidak meghalalkan cara. Jadinya kita
yang tahu ni kita kena la tunjukkan kecantikan islam tu . Tunjuk dengan akhlak
kita cara kita dengan orang islam dan orang yang bukan islam. Ingat, setiap
tindakan kita dilihat oleh orang sekeliling yang paling penting Allah sentiasa
tahu apa yang dilakukan oleh kita.
Kta ni harapan agama dan
negara jikalau kita tidak bergerak macam mana nak membina kualiti yang hebat
yang mampu melindungi islam yang mampu membawa nama islam kembali dan
mengharumkannya. Sekarang ni banyak gegajala yang berlaku yang menjatuhkan nama
islam tu sendiri . Korang tengok kes budak dapat baby, orang yang meniggal
sebab merempit ke , penagih dadah ke , yang pergi kelab malam ke semua banyak
melayu. Dan tentu islam kan? tapi Islam hanya pada nama. Yes, memang kita tak
boleh judge diorang tapi kalau kita tunjukkan akhlak yang baik tarik diorang
insyaALLAH diorang akan berubah.
Kita masuk second step,
macam mana kita nak fight untuk islam . Dulu masa zaman Rasulullah diorang
perang sebab nak tegakkan dan kukuhkan islam ketika zaman tu dimana orang tidak
menerima islam.
Dizaman sekarang islam
sudah diterima cumanya ada perkara-perkara negatif yang menyebabkan islam tu
dipandang sebagai agama terorist. Ya ALLAH, betapa susahnya rasulullah dan para
sahabat menegakkan islam dulu dan Baginda menharapkan kita menjaganya namun
kita hanyut dengan dan lihatlah islam sekarang tidak seteguh dan semekar dulu.
Jadinya ketika ini zaman
ini cara kita nak jaga islam nak fight untuk islam untuk menyangkal semua
anasir tu adalah dengan menyampaikan kebaikan, Kalau nak perang tu memang tak
mampu la kan? seperti yang sudah disebut diatas, amar makruf nahi mungkar. Bila
ada yang hina islam kita jangan berkasar tapi berlembut ikutlah cara Rasulullah
berdakwah dan menyampaikan islam.
Kita mengajak pada
kebaikan haruslah kena pada cara jangan terlalu kasar. Lihat pada situasi dan
orangnya juga. Kerana ada setengah orang bila guna ayat sentap baru nak
tertusuk berubah ada kesedaran. Tapi ada setengah dengan kelembutan akan
menjentik hati mereka untuk berubah kearah kebaikan. Agama itu nasihat dalam
hadis Riwayat Ahmad.
Sesungguhnya Nabi SAW bersabda : "Agama itu nasihat.
Kami bertanya: 'untuk siapa?' Baginda menjawab : 'Untuk Allah, Kitab-Nya,
Rasul-Nya , para pemimpin kaum Muslimin, dan bagi manusia umumnya"
Memberilah nasihat pada semua dengan cara
yang berkhemah. Api tidak boleh bertemu dengan api maka padamlah ia dengan air.
Batu yang keras juga akan berlekok apabila dicurah air setiap hari.
Selepas semua ini kita lakukan pasti kita
akan dapat lihat kesannya. Pandangan orang terhadap islam akan berubah. Apabila
kita menunjukan kebaikan dengan akhlak kita cara kita meneragkan pada mereka.
Mereka akan lihat islam itu indah dan tidak membebankan. Islam itu ingin
memudahkan kita. Banyak panduan kita peganglah dua panduan yang utama al-Quran
dan As-Sunnah maka kita tidak akan terpesong.
Bila kita terapkan ini dari kecil, terapkan
sikap ini pada anak kecil hingga mereka besar ini akan membawa perubahan yang
besar kerana anak-anak kecil ini suatu hari nanti akan membesar dan merekalah
yang akan membangunkan negara dan agama. Andai anak-anak kecil tidak dididik
maka musnahlah harapan agama.
Kita kena gerakkan potensi yang ada untuk kukuhkan
islam. Bukan biarkan ia terbiar. Analoginya seperti air bertakung yang tidak
mengalir lama-lama menjadi busuk tidak memberi manfaat tetapi air yang mengalir
mampu memberi nafas pada manusia . Jadi, setiap potensi yang ada pada kita
gunakanlah dan gilap untuk kita gunakan dan berbakti pada semua.
No comments:
Post a Comment