Ha,
tepuk dada semua yang mana kita kejar yang mana kita cari? Kenapa sebab utama
kita nak belajar ?
Nak
jadi seorang yang berjaya kan? Bahagiakan ibu dan ayah. Tapi kadang-kadang ada jugak yang tak hargai
bila dapat sambung belajar. Kenapa aku cakap tak hargai peluang tu? Sebab ada
yang belajar sambil lewa main semendang.
Korang kena fikir mak ayah korang cari duit nak sara korang untuk makan
pakai dengan buku semua. Hargai lah anak-anak sekalian.
Ok,
drop hal yang tu. Sekarang kita ni
tanya diri belajar atas sebab nak lulus atau belajar kerana Allah. Belajar tu
jihad tau. Sebab apa? Sebab belajar tu kan menuntut ilmu. Menuntut ilmu tu kan penting, menuntut ilmu
kan ibadah. Tidak kisah la apa pun bidang yang kita ceburi asalkan dah namanya
menuntut ilmu ianya mulia disisi ALLAH.
Kenapa
dean atau Deen? Lecturer aku sendiri
pernah cakap masa dalam kelas. "kamu semua ni buat otak kamu macam
pendrive kan? Bila dah habis je exam terus delete ilmu dan restore ilmu yang seterusnya dan berulang hinggalahlah habis
sem" Bila terfikir balik memang tu la yang pelajar pelajar buat.
Subjek-subjek yang lepas tak perlu nak ingat dah fokus untuk sem seterusnya
pula.
Tu
tandanya kita ni belajar setakat nak lulus nak dean list sahaja tapi tak nak
capai yang deen tu. Kalau kita nak capai yang Deen tu kita apply apa ya kita belajar. Seseorang yang berilmu tidak akan
siakan ilmu dia. Lagi satu bila kita
terlalu kejar Dean list sampai lupa
nak kejar dan pegang Deen, kita jadi pelajar yang hanya pergi kelas balik
kelas makan tidur tiada pembentukan akhlak yang mantap.
Korang
pernah dengar? makin tinggi belajar makin tidak beradap . Sebab apa? ilmu tu
tak digunakan . Sibuk dengan ilmu dunia sampai kita lupa nak jaga akhlak dan
jaga hati orang lain. Bila kita redha ALLAH kita akan dapat apa yang kita nak.
Put ALLAH first and you will never be the last.
Ada satu equation yang simple je tapi bermakna ok.
1=
Allah 0= dunia
0/1 =0 Bila kita letak dunia dekat hati letak dunia dulu sebelum
Allah kita tak dapat apa.
1/0 = ∞ Bila kita letak Allah yang utama kita dapat infiniti means happiness endless.
so
, korang faham
kan kenapa kita sebagai hamba kat muka bumi ni apa pun yang kita buat mesti
niat kerana Allah. Bila kita buat sesuatu kerana Allah insyaAllah
dipermudahkan. Study senang masuk. Bila tengah study tu kalau dah masuk waktu
solat dulu. Even masa tu la masa tengah semangat nak study tapi dulukan yang
aula. Bila kita dulukan Allah dalam
segala perkara nanti lepas solat tu senang masuk dalam otak ataupun masa exam
agak-agak tengah buntu tiba-tiba macam dapat
Recall apa yang lecturer ajar , apa yang lecturer cakap kalau tak pun teringat slide sikit-sikit. Tu tanda Allah bantu !
akak akak & abang abang
sekalian termasuk adik-adik yang nak exam tu, korang betulkan balik niat korang
belajar sebab apa, nak berjaya sebab apa.
Mak long aku ada pesan dekat cousin aku bila bila dia cakap " mak
long kat sana doakan kitaorang dapat 5A
tau "
dia cakap " Kenapa nak dapat
5A? Jangan sebab nak menunjuk tau nanti tak berkat masa nak hafal. ingat kita
ni nak berjaya sebab Allah doa selalu kat Allah bila niat dah betul. InsyaAlla
, Allah bantu.
Jadi yang utama jaga solat , jaga hati mak ayah, jaga hati cikgu
tau"
Bila dengar tu terkesan tau
selama ni aku belajar nak kejar dekan semua tu aku betulkan niat tak. Sentap
sendiri. Nasihat yang padat dan ringkas. Nampak kan dalam menuntut ilmu kita
kena jaga hati guru yang mengajar kalau tak ilmu tak berkat.
Lagi satu, banyak student alami
masalah susah nak faham susah nak hafal. Aku pun hadap benda yang sama. Kadang
tu rasa give up sangat. Sebab tu kena check hati kita. Hati kita bersih tak?
Bila kita tengah proses menuntut ilmu tapi tak jaga hati tak jaga mati mana nak
terang hati tu. Memamg la jadi susah sikit nak hafal semua. Haish part ni yang
deep ni.
Sebab tu la korang tengok eyh
tahfiz and tahfizah kenapa diorang bila menuntut ilmu diorang jadi mudah faham
dan ingat sebab hati diorang terang sebab diorang dekat dengan al-Quran. Yang
kita ni kalau nak bukak al-Quran sehari pun susah macam mana nak terang hatinya
dengan ayat suci al-quran tu. Sebab tu la lepas solat je baca . Hari-hari doa
minta diterangkan hati dipermudahkan belajar.
"Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya dia akan
sampai kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang
akan diperolehinya atau wanita yang ingin dinikahinya , dia akan
mendapatkannya."
Ingat niat tu macam surat kalau
salah alamat salah la destinasinya. Sama macam niat kita kalau salah niat bukan
kerana Allah lari la dari track sebenar tak sempurnalah amalan tu.
jadi, jom la sama-sama kita kejar
Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai. Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi
belajar dengan rasa kita nak berjaya.
Sedikit input aku nak share
dengan korang dari apa yang disampaikan Ustaz Pahrol.
Study
smart v study hard.
Allah tidak menilai effect tapi Allah menilai effort korang
. Allah tidak nilai kamu dari segi dean list atau tidak tetapi Allah tengok
kita pada usaha. Allah tidak menciptakan
manusia itu bodoh , tetapi Allah cipta kebijaksaan berbeza. Jadi atas
masing-masing usaha nak ubah diri.
jadi, jom la sama-sama kita kejar
Deen dan Dean. Bila kita gengam Deen insyaAllah Dean kita mampu capai. Jangan belajar dengan rasa takut jatuh tapi
belajar dengan rasa kita nak berjaya.
No comments:
Post a Comment