Hijrah lah kita dari yang baik kepada lebih baik. Ingat bila
nak berhijrah ni kena perlahan-lahan. jikalau terlalu laju, kita akan jatuh
tersungkur. Sebab apa? Sebab takut diri tidak terdidik untuk istiqamah.
Istiqamah ini yang susah nak kekalkan. Percayalah, siapa
yang melakukan perubahan sahaja merasa pahit dan manisnya hijrah tapi korang
kena percaya manis dia lagi banyak.
Mungkin ada setengah kita mudah nak berubah sebab disokong
oleh family tapi ada yang susah nak
berhijrah apabila hijranya ditentang oleh family. Dikatanya sesat la . Sakit
kan? Yang kita semua yang mendapat sokongan ni hargai penghijrahan yang kita
buat.
Banyak yang aku dengar dari sahabat-sahabat perempuan
" perempuan tudung labuh tapi perangai ta
semengah"
"sekarang ni bagi aku perempuan tudung labuh dengan tak
labuh sama je cuma beza pakaian diorang je bila diorang tak jaga behave diorang"
Nak tahu kenapa
banyak yang cakap macam ni? Sebab perempuan
muslimah yang patut menjadi role
model mudah bermesra dengan lelaki lain di facebook, tweeter dan insta.
Aku sendiri alami benda ni. Aku sendiri pernah pesan dekat
sahabat -sahabat aku. "Korang ni jaga la sikit bila ada perempuan yang
komen mesra semacam. Dah la mostly yang pakai tudung labuh and purdah.
Sepatutnya bila diorang kurang menjaga korang as lelaki yang kena kawal."
Sampai bila korang nak biar orang bash budak-budak tudung labuh ni? Memang kita pun manusia biasa
jugak. Aku sendiri tak perfect but we're
trying to be better kan?
Sebab tu la kita berhijrah so, berubah la secara perlahan dan secara total. Ubah la pakaian
kita dan cara pergaulan kita.Awal-awal mungkin orang boleh consider tapi kalau dah lama-lama. Kita ni sesama wanita jaga hak
wanita yang lain. Ingat jangan sebab kita , jangan sebab aku atau kau atau
korang tak jaga perangai as perempuan
muslimah , perempuan muslimah yang lain dapat tempias.
Kita sepatutnya jadi role
model. Jadi Role model untuk
kawan-kawan kita yang baru nak berubah tapi bila kita sendiri dah calarkan image wanita betudung labuh tu. Kesian
kat orang yan baru nak berubah. And, orang yang belum berhijrah lagi pun tak
termotivasi since kita yang jadi role model ni tak tunjukkan akhlak yang
sebenar.
Aku bukan nak bash korang
sorang, aku sendiri wanita bertudung labuh yang kadang-kadang kena bash.
Sebab tu aku bagi pesanan ni kat semua. kita sama -sama jaga
kualiti nama baik perempuan tudung labuh.
Jangan caption
" perempuan tudung labuh pun ta perfect ada buat salah sambil selfie"
haish haish . *geleng kepala.
Kalau dah tahu kita tak perfect
ada buat salah try to change it.
Berubah secara perlahan dan kekal. Istiqamah, jaga batas pergaulan jaga tingkah
laku. Tapi bila dengan kawan perempuan tu kita as diri sendiri la. Cuma dengan
ajnabi tu tolong la jaga. Aku sendiri
pun kadang-kadang terlepas yang tu.
Aku pesan kat korang ni macam aku pesan kat cermin tau tak.
Sebab, semua yang aku cakap ni aku sendiri kena buat kena improve.
Sayang semua, aku tahu istiqamah ni susah. Pahit awalnya
tapi percayalah akan ada manisnya. Perisai kita malu kalau malu tu hilang?
Hilang lah wanita yang akan melahirkan pejuang islam yang hebat.
Girlsss, korang
kena ingat kita ni yang akan melahirkan pejuang-pejuang islam. Kalau kita
sendiri terumbang-ambing macam mana nak didik anak nanti. Sebab tu la tangan
wanita ni yang akan mengoncang dunia.
Cukup penghirahan pasal perempuan tudung labuh. Now guys ni hadiah untuk korang.
Berubahlah , dari yang kurang solat dekat masjid or surau
pergilah . Jadilah lelaki yang menjaga .
Tundukkan pandangan kamu. Mata tu, ,
mata tu jangan meliar je.
Sibuk nak cari tulang rusuk bagai, tulung rusuk bergetar
bagai. Kalau kata esok Allah tarik nyawa kita, bergetar tak tulang rusuk tu?
ha, bergetar sebab fikir banyak dosa.
Jom kita buat kempen
"road to heaven"
hari-hari buat benda baik. Percayalah kalau korang dah mula
buat benda baik korang akan rasa seronok. Kalau korang nak buat sesuatu tu and
rasa benda tu buat korang rasa tak selesa baik korang tinggal cepat-cepat.
Sebab, tu petanda Allah jentik hati korang bagitau tu tak elokk. Nampak tak ?
Allah sayang kita tau tak. Kita je sesuka hati sayang orang lain.
In general la eyh.
Apa yang kita nak buat kalau kita nak masuk syurga? Kita
buat la amal kebaikan banyak-banyak. Jaga solat sebab solat tu kan tiang agama.
Jaga hati ibu ayah. Selalu bertaubat padanya.
Dan bersegeralah kamu kepada keampunan
TUHANmu dan syurga yang seluas langit dan bumi (al Imran :133)
Ingat bila
terlalu banyak dosa yag dilakukan kita akan berasa kurang nikmat dalam
beribadat. Kita rasa lemah dan rasa jauh dari DIA. Rasa kosong. Bila baca
Al-quran kita tak rasa takut. Hati tu tak terjentik pun. Jaga-jaga, tu tanda
hati kita dah mula hitam . Bertaubatlah.
Nak dapat
syurga kena la mula dari sekarang. Kita sama-sama nekad ubah diri. Jangan jadi
orang yang muflis ketika diAkhirat nanti. Muflis sebab apa? Sebab kita kurang mengumpul
pahala dan pahala yang ada pula kita kena bagi pada orang.
No comments:
Post a Comment