Tuesday, April 28, 2015

Rezeki

Aku melihat skrin komputer dengan perasaan yang sangat sedih dan hiba perasaan bercampur baur. Tiba-tiba sepupuku adelyn memanggil namaku.

“Nurul, awak dapat mana?”  Muka dia penuh dengan tanda soal.

Aku menunjukkan skrin komputer dihadapannya. “Nurul tak dapat, nurul tak dapat.” 
Lantas tubuh kecilnya ku peluk dan aku menangis sepuas-puasnya. Aku dan sepupuku sebaya. Nak dijadikan cerita kami sama-sama semak keputusan UPU kami namun bukan rezekiku untuk mendapat tempat di universiti sepertinya.

“Elyn dapat mana?” dalam sendu aku bertanya.

Alhamdulillah. Elyn dapat UKM dentist. Nurul jangan menangis bukan rezeki awak ni. shhhhh” Dia mengusap belakangku tanda memujuk.

Dari bawah maklong ku merangkap ibu Elyn memanggil kami untuk bertanya keputusan. Aku hanya terduduk layu diatas katil . Saat ini aku terbayang wajah ibu dan ayah. Ingin ku peluk mereka namun saat itu ibu dan ayah sedang bertugas. Tiba-tiba aku dipeluk dari belakang.

“Nurul jangan sedih ye, ada rezeki lain untuk Nurul. Nurul jangan sedih-sedih macam ni. Nurul kena kuat.” Maklong cuba menenangkan diriku.

Mak Long berpesan padaku, "Buat solat hajat 12 rakaat ye nurul. InsyaAllah, Allah akAn perkenankan doa kita. Buat puasa sunat sekali insyaAllah ada rezeki Nurul dekat tempat lain." Ketika aku merasa aku down, sedih dengan keputusan yang aku dapat ibu datang memujuk mengatakan bukan rezekiku dan ibu berkata lagi apa pun yang anak ibu dapat ibu sokong. Kuat pelukan ibu  ketika itu.

Hakikatnya hatiku ingin sama-sama sambung ke UKM bersama Elyn namun bukan rezekiku. Lantas aku menjejakkan kaki ke UTHM dan menjadi pelajar kejuruteraan awam setelah rayuan ku diterima. Kisah yang sebenar ketika aku semak di UPU aku tidak mendapat sebarang tawaran namun ada sahabat ayah berkata semak la di portal universiti yang kita pilih mana tahu ada rezeki. Bila aku semak portal UTHM selepas seminggu Elyn masuk ke UKM ternyata rezekiku di bumi Johor. Tarikh ku daftar sepatutnya sama dengan Elyn mungkin ada hikmahnya. Mak Long dengan nada bergurau berkata "Kalau Nurul dengan Elyn mendaftar hari yang sama mesti nenek dengan atok pening nak hantar cucu dia yang mana satu." 

Ketika aku down dan sedih kerana kos yang aku minati tidak dapat, sepupuku Elyn tidak henti-henti memberi kata semangat. Paling terkesan apabila dia berkata “Nurul ingat Allah dah susun baik-baik apa yang berlaku dalam hidup kita. Jangan sedih dan putus asa. Mana tahu nanti dekat UTHM awak lagi berjaya. Ingat bila Allah dah beri jalan itulah yang terbaik buat awak. Ingat bila awak tak dapat apa yang awak nak capai tandanya tu bukan yang terbaik untuk awak. Bersangaka baik dengan Allah ye.” 

“Nurul ingat, Nurul kena bersyukur dan redha ye bukan Nurul tak dapat mana-mana cuma awak tidak dapat kos yang awak nak je. Cuba fikir orang lain yang tidak dapat tawaran universiti pun. Lagi diorang sedih tau.”

Saat itu aku tersedar, Allahu adakah aku tergolong dalam kalangan orang yang tidak bersyukur. Maafkan aku ya Allah lantas air mata ku mengalir. Aku nekad untuk berusaha dalam kos yang aku mula ceburi kerana aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.

Wahai sahabat, andai kamu tidak dapat apa yang kamu impikan mungkin Allah sudah simpan sesuatu yang baik buat kamu. La Tahzan, jangan bersedih. Allah uji kamu sebab Allah tahu yang kamu kuat.

"Ingat Allah tidak akan menguji hambanya sesuai dengan kesanggupannya"(Surah al-Baqarah :286)

Kadang-kadang dalam hati kita akan rasa kenapa Allah uji aku dengan kesusahan. Aku dah berusaha tapi kenapa aku tak dapat apa yang aku nak. Aku jaga solat, aku tutup aurat. Tapi kawan aku ada yang tak tutup aurat tapi result gempak dapat apa yang dia nak.

Pujuk hati dan kita seharusnya bersyukur kerana apabila kita diuji tanda Allah masih sayangkan kita. Allah nak kita cerita semua kat DIA, berdoa pada DIA. Allah nak kita dekat dengan DIA sebab DIA rindu suara kita. Cuba fikir kawan kita yang dapat apa yang dia nak, dia pun sedang diuji. Diuji dengan kufur nikmat dengan kenikmatan dunia sehingga lalai tentang akhirat. Kita nak ke jadi macam tu? Tak nak kan. Jadi bersyukurlah wahai sahabat. Mungkin kita lihat dia dapat semua yang nak tapi mana tahu famili dia bukan famili yang bahagia.  Jadi bersyukurlah.

Bila kamu tidak dapat apa yang kamu inginkan bukan bererti itu pengakhiran dunia buat kamu. Ingat rezeki Allah tu Maha Luas. Kisah seorang sahabat saya dimana saya sangat respect. Dia meninggalkan tawaran belajar untuk berbakti pada keluarga menjaga ayahnya. Bukan senang nak cari anak yang baik macam ni. Bila ditanya tidak menyesal ke? Dan tahu apa yang dia jawab? “Rezeki Allah tu Maha Luas mungkin bukan rezeki aku nak sambung belajar macam korang.”

Apa yang saya kata. “kau lebih hebat dari kitaorang sebab berbakti pada ibu bapa, Allah bagi rezeki yang lebih pada kau.”

Banyak kisah yang ingin saya kongsikan tapi cukuplah ini sahaja untuk buat kita fikir jangan terlalu bersedih. Pasti nanti ada perkara yang baik menjelma. Berdoalah pada Allah.

Buat yang mendapat tawaran universiti. Good luck pada anda semua. Walau dimana pun anda carilah tempat ilmu, carilah kakak or abang usrah yang boleh membantu kamu agar kamu tidak sesat dan hanyut dengan arus dunia.

Buat yang tidak dapat atau tidak dapat kos yang diinginkan. Jangan bersedih wahai sahabat, Allah lebih tahu yang mana lebih baik buat kamu. 

1 comment:

  1. It same happen to me too
    name pon same
    Yes,di sebalik kesedihan itu,Allah nak hadiahkan pelangi for us...

    ReplyDelete