Aku melihat skrin komputer
dengan perasaan yang sangat sedih dan hiba perasaan bercampur baur. Tiba-tiba
sepupuku adelyn memanggil namaku.
“Nurul, awak dapat mana?” Muka dia penuh dengan tanda soal.
Aku menunjukkan skrin komputer
dihadapannya. “Nurul tak dapat, nurul tak dapat.”
Lantas tubuh kecilnya ku peluk dan aku menangis sepuas-puasnya. Aku dan sepupuku sebaya. Nak dijadikan cerita kami sama-sama semak keputusan UPU kami namun bukan rezekiku untuk mendapat tempat di universiti sepertinya.
Lantas tubuh kecilnya ku peluk dan aku menangis sepuas-puasnya. Aku dan sepupuku sebaya. Nak dijadikan cerita kami sama-sama semak keputusan UPU kami namun bukan rezekiku untuk mendapat tempat di universiti sepertinya.
“Elyn dapat mana?” dalam sendu
aku bertanya.
“Alhamdulillah. Elyn dapat UKM
dentist. Nurul jangan menangis bukan rezeki awak ni. shhhhh” Dia mengusap
belakangku tanda memujuk.
Dari bawah maklong ku
merangkap ibu Elyn memanggil kami untuk bertanya keputusan. Aku hanya terduduk
layu diatas katil . Saat ini aku terbayang wajah ibu dan ayah. Ingin ku peluk
mereka namun saat itu ibu dan ayah sedang bertugas. Tiba-tiba aku dipeluk dari
belakang.
“Nurul jangan sedih ye, ada
rezeki lain untuk Nurul. Nurul jangan sedih-sedih macam ni. Nurul kena kuat.”
Maklong cuba menenangkan diriku.
Buat yang tidak dapat atau
tidak dapat kos yang diinginkan. Jangan bersedih wahai sahabat, Allah lebih
tahu yang mana lebih baik buat kamu.
Mak Long berpesan padaku, "Buat
solat hajat 12 rakaat ye nurul. InsyaAllah, Allah akAn perkenankan doa kita.
Buat puasa sunat sekali insyaAllah ada rezeki Nurul dekat tempat lain." Ketika aku
merasa aku down, sedih dengan keputusan yang aku dapat ibu datang memujuk
mengatakan bukan rezekiku dan ibu berkata lagi apa pun yang anak ibu dapat ibu
sokong. Kuat pelukan ibu ketika itu.
Hakikatnya hatiku ingin
sama-sama sambung ke UKM bersama Elyn namun bukan rezekiku. Lantas aku menjejakkan kaki ke UTHM dan
menjadi pelajar kejuruteraan awam setelah rayuan ku diterima. Kisah yang
sebenar ketika aku semak di UPU aku tidak mendapat sebarang tawaran namun ada
sahabat ayah berkata semak la di portal universiti yang kita pilih mana tahu
ada rezeki. Bila aku semak portal UTHM selepas seminggu Elyn masuk ke UKM
ternyata rezekiku di bumi Johor. Tarikh ku daftar sepatutnya sama dengan Elyn
mungkin ada hikmahnya. Mak Long dengan nada bergurau berkata "Kalau Nurul dengan Elyn mendaftar
hari yang sama mesti nenek dengan atok pening nak hantar cucu dia yang mana
satu."
Ketika aku down dan sedih
kerana kos yang aku minati tidak dapat, sepupuku Elyn tidak henti-henti memberi
kata semangat. Paling terkesan apabila dia berkata “Nurul ingat Allah dah susun baik-baik apa yang
berlaku dalam hidup kita. Jangan sedih dan putus asa. Mana tahu nanti dekat
UTHM awak lagi berjaya. Ingat bila Allah dah beri jalan itulah yang terbaik
buat awak. Ingat bila awak tak dapat apa yang awak nak capai tandanya tu bukan
yang terbaik untuk awak. Bersangaka baik dengan Allah ye.”
“Nurul ingat, Nurul kena
bersyukur dan redha ye bukan Nurul tak dapat mana-mana cuma awak tidak dapat kos
yang awak nak je. Cuba fikir orang lain yang tidak dapat tawaran universiti pun.
Lagi diorang sedih tau.”
Saat itu aku tersedar, Allahu
adakah aku tergolong dalam kalangan orang yang tidak bersyukur. Maafkan aku ya
Allah lantas air mata ku mengalir. Aku nekad untuk berusaha dalam kos yang aku
mula ceburi kerana aku yakin ada hikmah disebalik semua ini.
Wahai sahabat, andai
kamu tidak dapat apa yang kamu impikan mungkin Allah sudah simpan sesuatu yang
baik buat kamu. La Tahzan, jangan bersedih. Allah uji kamu sebab Allah tahu
yang kamu kuat.
"Ingat Allah tidak akan menguji hambanya sesuai dengan kesanggupannya"(Surah al-Baqarah :286)
Kadang-kadang dalam hati kita
akan rasa kenapa Allah uji aku dengan kesusahan. Aku dah berusaha tapi kenapa
aku tak dapat apa yang aku nak. Aku jaga solat, aku tutup aurat. Tapi kawan aku
ada yang tak tutup aurat tapi result gempak dapat apa yang dia nak.
Pujuk hati dan kita seharusnya
bersyukur kerana apabila kita diuji tanda Allah masih sayangkan kita. Allah nak
kita cerita semua kat DIA, berdoa pada DIA. Allah nak kita dekat dengan DIA
sebab DIA rindu suara kita. Cuba fikir kawan kita yang dapat apa yang dia nak,
dia pun sedang diuji. Diuji dengan kufur nikmat dengan kenikmatan dunia sehingga
lalai tentang akhirat. Kita nak ke jadi macam tu? Tak nak kan. Jadi
bersyukurlah wahai sahabat. Mungkin kita lihat dia dapat semua yang nak tapi
mana tahu famili dia bukan famili yang bahagia.
Jadi bersyukurlah.
Bila kamu tidak dapat apa yang
kamu inginkan bukan bererti itu pengakhiran dunia buat kamu. Ingat rezeki Allah
tu Maha Luas. Kisah seorang sahabat saya dimana saya sangat respect. Dia
meninggalkan tawaran belajar untuk berbakti pada keluarga menjaga ayahnya.
Bukan senang nak cari anak yang baik macam ni. Bila ditanya tidak menyesal ke?
Dan tahu apa yang dia jawab? “Rezeki Allah tu Maha Luas mungkin bukan rezeki
aku nak sambung belajar macam korang.”
Apa yang saya kata. “kau lebih
hebat dari kitaorang sebab berbakti pada ibu bapa, Allah bagi rezeki yang lebih
pada kau.”
Banyak kisah yang ingin saya
kongsikan tapi cukuplah ini sahaja untuk buat kita fikir jangan terlalu
bersedih. Pasti nanti ada perkara yang baik menjelma. Berdoalah pada Allah.
Buat yang mendapat tawaran
universiti. Good luck pada anda semua. Walau dimana pun anda carilah tempat ilmu, carilah kakak or abang usrah yang boleh membantu kamu agar kamu tidak sesat
dan hanyut dengan arus dunia.
It same happen to me too
ReplyDeletename pon same
Yes,di sebalik kesedihan itu,Allah nak hadiahkan pelangi for us...