Wednesday, April 1, 2015

U.M.M.I


لَا تَزُوْلُ قَدَمَا ابْنِ آدَمَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ عِنْدِ رَبِّهِ حَتَى يُسْأَلَ عَنْ خَمْسٍ عَنْ عُمْرِهِ فِيْمَا أَفْنَاهُ وَعَنْ شَبَابِهِ فِيْمَا أَبْلَاهُ وَعَنْ مَالِهِ مِنْ أَيْنَ اكْتَسَبَهُ وَفِيْمَا أَنْفَقَهُ وَمَاذَا عَمِلَ فِيْمَا عَلِمَ.

“Tidak akan bergeser kedua kaki anak Adam di hari kiamat dari sisi RabbNya, hingga dia ditanya tentang lima perkara (yaitu): tentang umurnya untuk apa ia habiskan, tentang masa mudanya untuk apa ia gunakan, tentang hartanya dari mana ia dapatkan, dan dalam hal apa (hartanya tersebut) ia belanjakan serta apa saja yang telah ia amalkan dari ilmu yang dimilikinya.” (HR. at-Tirmidzi no. 2416, ath-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, jilid 10, hal 8, no. 9772 dan Hadits ini telah dihasankan oleh Syaikh Albani dalam Silsilah al-Ahadits ash-Shahihah no. 946)

Bila kita baca je hadis ni dan fahami betul betul Rasulullah s.a.w sudah berpesan pada kita untuk menjaga 5 perkara. 
1. Umur kita untuk apa dihabiskan?
2. Masa muda kita untuk apa ia digunakan?
3. Hartanya dari mana kita dapatkan?
4. Dan kemana kita belanjakan harta tersebut?
5. Kemudian, apa yang telah kita amalkan dari ilmu yang kita ada.

Jadinya , saya nak sentuh lebih mengenai umur kita dan ilmu kita terutamanya untuk golongan remaja dan belia. Seperti yang sudah disebut dalam artikel sebelum ini, kita akan buka sikit topik pasal umur muda masa ilmu. Kenapa topik ini perlu perlu dibahaskan? Ok, tanya balik pada diri kita terutamanya pada remaja kat luar sana tu. Apa yang kita buat masa muda kita ni? Kita menimba ilmu tak?  

Korang, masa kita muda ni kita nak pergi tuntut sebanyak ilmu yang mungkin. Bukan hal dunia sahaja malah ilmu berkaitan akhirat juga. Kalau masa muda ni kita tidak menggunakan dengan sebaik mungkin , kita akan RUUUUGGGIII. Bukan maksud saya masa kita tua nanti kita tidak dekat dengan ilmu. Jangan begitu kalau masa umur meningkat kita tak pergi majlis ilmu maksudnya kita tidak berada dilandasan tarbiyyah yang betul. Bukan itu maksud saya. Kenapa saya tekankan umur muda dengan ilmu?

Cuba anda semua fikir kan, masa muda  ni kita masih lagi bertenaga bergerak kesana sini masih kuat. Boleh mencari ilmu sebanyak mungkin. Ilmu itu bukan sesuatu yang harus ditinggal kerana selagi mampu selagi itu kita menuntut ilmu untuk menambah ilmu pengetahuan tapi point utama saya bahaskan hal ini kerana anak anak muda sekarang yang kurang berilmu mencari guru untuk mencari ilmu mudah terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang negatif. Sebab itu la, masa muda ni kita perlu menuntut ilmu dengan sebanyak mungkin dan kemudian boleh share pada yang lain. Jikalau masa muda kita dihabiskan tanpa mencari ilmu tanpa melakukan perkara yang bermanfaat pada masyarakat sekeliling kita tidak akan menjadi remaja logam. Kita hanya akan menjadi remaja yang seperti tin kosong sahaja.

Kenapa tin kosong? Sebab bunyi je lebih tapi sebenarnya tiada apa didada. Jangan begitu kita sebagai golongan muda seharusnya mengunakan sepenuh tenaga untuk masyarakat dan agama. Sultan Muhammad Fateh dulu pun umur 21 tahun sudah menjadi pemimpin menawan kota Andalusia ketika umurnya begitu muda. Kita? Apa yang sudah kita taburkan. Apa yang sudah kita semai dan baja? Apakah kita betul betul memanfaatkan masa muda kita untuk menuntut ilmu dengan sebaiknya. 

Sepatutnya zaman muda ni kita buat sebanyak mungkin perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri dan masyarakat. Kata nak bina baitul muslim tapi kalau dari segi individu dan pembetukan masyarakat itu sendiri kita tidak terlibat tak payah nak mimpi nak bina baitul muslim sangat. Ingat, baitul muslim ni ada banayak stage dia termasuk yang part individu, family dan masyarakat kalau kita tertinggal? Mesti korang confuse apa kena mengena baitul muslim dengan artikel U.M.M.I.  

Hello guys , for sure la ada kena mengena. Sebab apa? Sebabnya kalau masa muda ni kita tak tuntut ilmu banyak-banyak macam mana nak didik diri kita kalau ilmu tiada macam mana kita nak bawak transformasi tu pada keluarga, masyarakat. Kata nak jadi pemuda logam. Tapi kalau tuntut ilmu pun malas lupakan jela niat tu abam sekalian. Sebab tanpa ilmu macam mana masa muda kita ni nak jadi masa muda yang bermanfaat buat masyarakat. 

Macam mana kita nak jawab kat sana nanti apa yang kita buat masa muda ni? Kalau kita malas nak tuntut ilmu dan lebih sibuk dengan hal dunia sahaja tapi tidak balance kedua- duanya. Sepatutnya kena lah jadi pelajar, pemuda yang dua dalam satu. Pelajar dan berkhidmat pada masyarakat jadinya kena la bersosial jugak dengan masyarakat. Masa remaja ni , masa muda ni banyak benda kita boleh involve. Contoh la dekat universiti janganlah hanya sibuk belajar sahaja. Yang tu betul dah menimba ilmu tapi tak hirau hal sekeliling. Tidak join program-program kemasyarakatan ke, aktiviti yang boleh buat kita berbakti pada masyarakat. Jangan jadi mahasiswa yang biasa. Tetapi jadilah mahsiswa yang luar biasa. Bukan sahaja menimba ilmu tapi terlibat dengan aktiviti aktiviti luar yang menyumbang pada masyarakat. 

Jangan jadi mahasiswa yang hanya pergi ke kelas, makan dan sibuk dengan test dan kuiz. Tapi bila involve aktiviti luar tu jangan pulak korang pergi involve dengan hal-hal politik lain dah jadinya. Jadinya, cuba lah korang kira kira apa yang korang dah buat masa muda ni, masa remaja ni? 
Ada tak? Jom kita sama-sama perbaiki diri dan manfaatkan masa muda ni untuk perkara yang bermanfaat untuk diri dan masyarakat sekeliling. 


فَبِأَيِّ آلَاءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ


No comments:

Post a Comment