Friday, May 16, 2014

::Terima Kasih Guru::








“Maaf puan kami pihak jabatan pelajaran telah mengambil keputusan  jika prestasi sekolah ini masih tidak meningkat kami akan tutup sekolah ni.”
“mana boleh macam ni encik. Sekolah ni penting buat pelajar semua. Tolong bagi peluang pada mereka. Saya tahu mereka boleh.”
“Maaf puan, kami pihak atasan semua telah berbincang. Puan dberi masa untuk berbincang dengan guru-guru yang lain.”
     Hancur hati Puan Rahmah ketika itu , sekolah yang dibina bersama arwah suaminya akan  ditutup sekiranya prestasi pelajar tidak memuaskan. Mereka membina sekolah ini kerana mereka kasihan dengan penduduk setempat yang jauh di perdalaman dan tiada sekolah berdekatan, jadi ada diantara anak-anak yang tidak dhantar ke sekolah. Tiba- tiba air matanya mengalir , dia nekad mahu mempertahankan sekolah ini. Petang itu dia mengadakan mesyuarat tergempar dgn semua cikgu-cikgu.
“Cikgu-cikgu saya harap semua dah tahu apa agenda saya pada petang ni?” Walaupun tenang dia berkata namun hatinya sebak.
“Tahu puan” sayu sahaja riak wajah cikgu-cikgu yang berada disitu.
“kita kena berbincang apa yang perlu kita buat bagi menaikan peratusan murid-murid dalam mempertahankan sekolah ni.”
“Murid- murid disini harus diberi peluang. Mereka juga ada hak untuk belajar dan ilmu itu penting. Jika sekolah ini tiada dimana mereka akan bersekolah? Pelajar - pelajar bukan tidak pandai mereka harus dberi tumpuan lebih dan dipimpin. Saya nampak kekuatan mereka.” Kata salah seorang cikgu disitu.
“Kita akan mula membuat banyak module bagi menjana minda mereka terutamanya pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Pelajar-pelajar juga harus diberi motivasi , sentiasa kena beri motivasi supaya dorg tidak rasa lemah dan sedih .” En Amran berkata.
“Saya akan cuba berbincang dengan pihak atasan agar memberi peluang pada anak-anak murid untuk mereka buktikan yang mereka mampu dan saya akan cuba mendapatkan sokongan dari pihak yang terlibat” Puan Rahmah bersuara.
    Semua guru-guru berbincang pelbagai aktiviti bagi menarik minat pelajar untuk lebih menumpukan pada pelajaran mereka. Bagi guru-guru yang mengajar kelas pemulihan mereka diberi tugas harus mengadakan aktiviti yang lebih santai dan seronok namun ada pengisian bagi mendidik anak-anak murid dalam membantu mereka.
    Semua para guru bertungkus lumus bagi mencapai target yang ditetapkan. Bagi mereka anak-anak disini memrrlukan didikan kerana inilah yang akan mengubah jalan hidup mereka dan kejayaan itu tak akan dapat dicapai jika anak-anak ini tidak menapak dalam tapak pendidikan dan mencintai ilmu. Bukannya sebelum ini tiada aktiviti yang dilakukan namun kali ini mereka harus lebih kuat bagi mendidik pelajar-pelajar dalam membantu dorang. Mereka tahu tugas mereka sebagai guru harus berbakti pada negara dan bangsa. Bagi setiap guru disini melihat kejayaan anak murid mereka merupakan satu hadiah yang paling bermakna. Tiada balasan yang diminta cukuplah dengan kejayaan dari mereka.
:: Keesokan Harinya ::
“Assalamualaikum cikgu”
“Waalaikumsalam murid-murid , sila duduk dan baca doa ya”
Selesai doa dibaca kelas dimulakan. Semua murid mula membuka buku sebelum guru mereka memulakan pengajaran. Tiba-tiba seorang murid bersuara.
“ Cikgu Ina betul ke yang sekolah kita ni akan ditutup?” Dengan perasaan ingin tahu murid itu bertanya.
“Mana kamu dapat cerita ni?” Riak muka Cikgu Ina amat terkejut namun cuba menjawabnya dengan tenang.
“Hurm, macam mana saya nak cakap ye. Tak ada apa-apa la kamu tak payah fikir ye. Kamu belajar rajin-rajin dan buktikan dekat orang diluar sana yang kamu semua ni pelajar yang pandai-pandai belaka. Boleh?”
“Boleh cikgu! Kita orang akan belajar bersungguh-sungguh”
“Bagus anak-anak murid cikgu jadi semua kena beri tumpuan bila cikgu-cikgu mengajar dan aktif ye. Jika tidak tah bertanya dan sentiasa ikut aktiviti yang diberikan.”
“Baik cikgu”
    Kelas dimulakan dan murid-murid kelihatan bersungguh-sungguh memberi tumpuan di dalam kelas hari berganti hari , minggu berganti minggu dan bulan berganti bulan banyak aktiviti yang dilakukan oleh cikgu. Setiap cikgu bertungkus lumus mendidik anak-anak murid mengorbankan masa mereka hanya untuk melihat anak muridnya berjaya.
    Masa untuk ujian penggal bermula. Guru mengharap semua murid akan lakukan yang terbaik kerana ujian penggal pertama ini setiap keputusan peperiksaan akan dianalisis oleh Jabatan Pelajaran. Guru-guru setiap pagi akan melakukan solat hajat untuk mendoakan kejayaan anak-anak murid tersayang. Pelajar juga tidak ketinggalan turut serta dalam program itu.
    Akhirnya , setelah sebulan tamatnya peperiksaan keputusan peperiksaan keluar. Semua cikgu berdebar-debar menunggu keputusan dari pihak atasan.
“Assalamualaikum cikgu-cikgu semua”
Waalaikumsalam Tuan”
“Saya kira semua cikgu pasti sedang berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diberikan oleh pihak kami bukan?”
Semua guru yang berada didalam bilik mesyuarat berdebar-debar dan mendengar setiap kata yang dikeluarkan oleh Tuan Fitri selaku Ketua Jabatan Pelajaran Daerah disitu.
“Tahniah cikgu-cikgu semua atas usaha anda selama ni keputusan ujian hari itu menunjukkan peratusan yang ditetapkan. Kami bangga dengan cikgu-cikgu disini walaupun berada di kawasan pedalaman namun setiap cikgu menggunakan pelbagai pendekatan agar mereka lebih faham dan menarik minat mereka untuk belajar”
“Alhamdulillah” Setiap cikgu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas apa yang dikurnuiakan.
“Terima kasih ye Tuan, kerana memberi pihak kami dan murid disini peluang membuktikan kebolehan mereka”
“Sama-sama Puan Rahmah”
“Setiap module yang digunakan oleh guru-guru akan kami bukukan untuk menjadi contoh pada guru-guru disekolah lain. Ini akan menunjukkan usaha kerasa cikgu-cikgu sekalian dalam mendidik murid-murid disini. Walau keputusan murid-murid masih lagi tidak cemerlang keseluruhannya namun kita dapat lihat banyak perubahan pada murid-murid disini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.”
      Murid-murid semakin semangat dalam menumpukan pelajran mereka dan ramai diantara mereka yang habis sekolah dengan membawa kejayaan kepada ibu bapa mereka. Ramai yang telah berjaya menapakkan diri di university dan akhirnya keluar sebagai pendidik, doktor ahli perniagaan dan lain-lain.
“ibu” Tiba-tiba lamunan ku terhenti.
“Ibu fikir apa ni?”
“Tiada apa nak, ibu teringat masa ibu kecik-kecik dulu moyang ibu cikgu kat satu sekolah ni. Macam mana setiap guru dalam sekolah tu berusaha mendidik anak-anak disitu bagi membantu mereka. Dulu pun pelajar –pelajar amat hormatkan guru tidak seperti sekarang. Zaman sudah berubah ”
“Yela ibu, akak ni pun jadi cikgu kat sekolah tu macam-macam kerenah budak-budak tapi kita kena sentiasa ikhlas dan sabar kan? Macam ibu cakap .”
“Betol tu. Tidak semua murid begitu andai kena cara pasti lembut hati mereka namun kena tegas juga ye jika budak buat salah , ditegur , doakan yang baik-baik untuk mereka”
“baik ibu”
Kenangan dulu tidak akan ku lupa bagaimana moyang membangunkan sekolah semula setelah diarah tutup oleh pihak atasan. Aku ketika itu sebagai salah seorang murid disitu dapat merasai bagaimana susahnya mereka guru-guru mendidik kami. Aku juga bekas guru dan merasai sendiri pengalaman itu.

Guru, seorang pendidik yang tidak pernah jemu mendidik anak muridnya. Tiada balasan yang diminta cukuplah dengan kejayaan dari anak murid yang disayangi. Itu sudah cukup. Setiap guru bagi mereka kejayaan dari anak-anak murid telah cukup membuatkan mereka gembira dan bersyukur atas segalanya. Kita sebagai seorang murid haruslah sentiasa hormat pada mereka dan mengingati jasa mereka terhadap kita. Tanpa guru tiadalah doktor, tiadalah guru dan tiadalah murid yang akan berjaya dengan jayanya. Sifat tabah dan sabar guru itu perlu kita hargai. Pada pelajar hormatilah guru anda jika guru anda tidak menghalalkan ajaran yang diberi maka tidak berkat ilmu yang diberi. Tiada guru yang tidak mahu anak muridnya berjaya. Semua guru mendoakan yang terbaik buat anak muridnya. Ketika waktu peperiksaan dan keluarnya keputusan gurulah yang paling risau dengan pencapaian anak murid. Kerana apa? Kerana mereka mengharapkan semua anak murid berjaya dan dapat berjaya hingga ke menara gading.

cerita ini hanyalah rekaan semata-mata. 

Buat guru semua, Selamat hari guru kami ucapkan. Jasamu mengajar kami amat besar , sabar mendidik dan mengorbankan masa untuk kami. :)

1 comment: