"Maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik" (al -maa'idah :13 ) |
Memaafkan apabila marah menjadi
pilihan dan jangan berdendam.
Tidak salah untuk marah namun
harus kena pada tempatnya. Namun kita kena ingat marah itu haruslah
dikawal dan marah yang masih boleh
diterima. Bahkan Rasulullah juga pernah marah. Namun ia ditunjuk dengan
berdiam. Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam
dan akhirnya sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan. Rasulullah ada memberi nasihat apabila salah
seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk.
Kalu marahnya belum hilang maka hendaklah dia berbaring. (riwayat ahmad)
Proses memaafkan ini bermula dari
diri sendiri kerana dalam setiap apa jua tindakan pun harus dimulai oleh diri
kita , kerana kita yang mengawal minda dan hati kita setelah itu barulah kita
memaafkan orang lain. Proses memaafkan ini adalah proses yang pertama kemudian
proses melupakan. Proses melupakan ini yang kadang kala susah dilakukan kerana
ianya memerlukan masa bagi melupakan sesuatu perkara dan ia terjadi secara
perlahan-lahan. Kita mudah meninggalkan proses melupakan sebab itu terjadinya
dendam. Oleh itu kita harus sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa memaafkan
orang lain. Apabila hati penuh dengan dendam dan benci tiada sifat kemaafan
tiada yang seronok dan gembira dalam diri kita. Ya, memaafkan memang susah
namun kita harus ingat kadang-kadang kita ta silap dari salah dan Allah S.W.T
sendiri mengampunkan hambanNya takkan kita tidak mahu memaafkan salah orang
lain.
Bukan sahaja kena memaafkan kita
juga haruslah pandai meminta maaf andai tahu salah kita. Ingat, lapangkan dada
tenangkan hati dan kawal minda agar sentiasa positif.
Marah membawa padah, parah, dan darah.
ReplyDeletetp perit utk melupakan apa yg org dh buat...
ReplyDelete