aktiviti sepanjang program. |
Program A.W.S.E.M 2.0
Dakwah dari
segi bahasa ialah seruan atau menyeru. Dari segi istilah ialah menyeru manusia
beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang dibawa oleh Para Rasul dengan
membenarkan perkhabaran yang dibawa patuh dan tunduk dengan segala perintah
Allah dan meninggalkan segala larangannya. Ini merangkumi amar makruf iaitu
menyeru kepada kebaikan dan nahi mungkar iaitu mencegah dari berbuat
kemungkaran. Didalam surah al-Imran ayat 104 & 110 menyeru umat manusia
kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Banyak cara
dalam kita hendak menyebarkan dakwah.
Dalam menyebarkan dakwah tiada alasan “ saya tidak berbakat atau tidak pandai dalam
menyampaikan dakwah”. Nak tahu sebab apa? Sebab, tidak ada pun orang yang
lahir-lahir dah ada bakat malahan bakat
tu perlulah di asah lama kelamaan sikap tu dan cara kita berdakwah akan lebih
efisen dan efektif dari masa ke semasa. Apa yang kita tahu kita kongsi dengan
rakan yang tidak tahu ini kerana Sabda Rasulullah s.a.w “ sampaikanlah ilmu
walau sepotong ayat” ini menunjukkan sebarkanlah walau sepotong ayat sahaja
yang kita tahu asal kita ada usaha utuk amar makruf nahi mungkar. Kita sebagai
seorang muslim dari tingkah laku kita, pemakaian kita juga sudah menjadi satu
dakwah kepada orang lain secara tidak langsung. Hal ini kerana , apabila kita
menunjukkan tauladan yang baik ada pihak yang akan tersedar atau mengambil
contoh dan terdetik dalam hati mereka ingin berubah. Sebagai contoh pemain bola
sepak antarabangsa Mesut Ozil yang mana membaca doa terlebih dahulu sebelum
masuk ke padang telah membuatkan orang yang bukan beragama islam tertarik
dengan islam. Islam itu indah bukan? Sebab itu dalam setiap yang ingin kita
lakukan Islam sudah memberi panduan dari kita mula bangun tidur sehingga kita
tidur kembali. Then kita juga boleh
gunakan idea-idea kreatif seperti melukis atau apa sahaja kemahiran komputer
sebagai contoh di FB sekarang ialah Troll Tarbawi yang melukis sebagai medium
mereka untuk menyampaikan dakwah. Bukan itu sahaja kita boleh bergerak di
belakang tadbir seperti terlibat dalam kerja penulisan seperti Blog ataupun
kita share post yand ada kat
media-media sosial.
Banyak cabaran
bagi remaja untuk mengetengahkan bakat dalam berdakwah. Kita ambil iktibar dari
kisah Abu Lahab didalam surah al-masad mengenai orang yan menabur fitnah akan
mendapat balasan. Hal ini kerana Rasulullah telah difitnah oleh Abu Lahab
sehingga beliau dibaling dengan tahi unta oleh penduduk Makkah ketika ingin
menyampaikan dakwah tetapi ketika itu
beliau hanya sabar dan tenang menghadapinya sehingga Malaikat Jibrail bertanya
pada Rasullulah adakah mahu dibaling mereka dengan gunung namun rasulullah
menjawab jangan kerana mereka masih tidak tahu, kita doakan sahaja mereka.
Iktibar dari kisah ini ialah jika kita dalam menyampaikan dakwah kita haruslah
sentiasa sabar kerana bukan mudahseseorang untuk berubah perlu mengambil masa.
Oleh itu kerja dakwah ini perlu dilakukan secara berterusan. Antara cabaran yang lain ialah tergoda dengan
perkara dunia , wanita dan gangguan hati
seperti yang diceritakan didalam surah al-Falaq. Kemudian halangan dari rakan
sebaya yang akan mula memulaukan kita, halangan dari ibu bapa seta masyarakat
dan persekitaran.
Banyak punca
kenapa kita gagal dalam menyampaikan dakwah. Seperti yang telah disebut di atas
seseorang tidak mudah dan cepat untuk berubah oleh itu ada sesetengah perkara
memerlukan masa dan kita tidak boleh berputus asa dan tidak berenti
menyampaikan dakwah itu. Namun kadang kala ianya kerana salah kita sebagai
Da’ie dalam mengunakan method atau cara pendekatan yang tidak sesuai sehingga
mereka menolak dan tidak menerima. Sebagai contoh, dakwah yang tidak berhemah seperti menegur di
depan orang ramai, menggunakan kata-kata yang kasar. Kemudian jangan
senang-senang menjatuhkan hukum kepada orang . Hal ini tidak sepatutnya berlaku
kerana itu bukan kerja kita tetapi kerja Allah S.W.T. dan kerana itulah ada
pihak yang ingin kenal dengan islam menjadi takut kerana tindakan kita ini.
Kemudian kerana sifat malu dalam diri atau takut dicela atau di hina oleh
segelintir pihak.
Sekarang
banyak kemunculan individu dakwah media seperti vlogger-vlogger, penulis Blog
dan banyak program yang menampilkan individu dakwah media seperti program Imam
Muda dan Pencetus Ummah. Penerimaan yang baik dari masyarakat sekeliling kerana
ramai yang dah mula memahami kepentingan ilmu mengaplikasikan cara hidup Islam
dalam diri kita. Bukan itu sahaja banyak program keilmuan disiarkan di kaca tv
ketika ini. Remaja juga banyak berkecimpung dalam hal ini sebagai mana vlogger-vlogger
yang menyampaikan dakwah kebanyakkan para mahasiswa dan mahasiswi.
Namun ada juga
persepsi bahawa berdakwah hanya untuk golongan alim dan tabligh. Seharusnya persepsi seperti ini sudah tiada
lagi kerana kalau tiada tabligh jadinya tak akan ada orang yang akan
berdakwah? Sebagai contoh , tak akn nak
tunggu semua orang ada ilmu penuh didada baru boleh berdakwah . Kalau macam tu
tidak akan ada siapa pun yang berdakwah.
Perenggan sebelumnya sudah dijelaskan sampaikan ilmu walau sepotong ayat. Sudah
jelas bukan bahawa jika kita ada sedikit ilmu pun dan kita betul-betul faham
kita boleh sampaikan dan bagi orang faham. Golongan mumayyiz iaitu orang yang
boleh membezakan di antara baik dan buruk sesutu perkara , tidak pandai mengeja pun boleh berdakwah
yang penting tahu membezakan amar makruf nahi mungkar.
Perkara yang harus kita lakukan
sebelum berdakwah kiranya sebagai persiapan kita . Kita haruslah kuatkan
pegangan Islam , kena jaga hati kita, akal fikiran dan cara berfikir kena jaga
, memahami kekuasaan Allah , memahami ayat-ayat Allah dan join usrah kerana
kita memerlukan pentarbiyahan agar kuat mental dan fizikal. Satu yang kita
jangan lupa , walaupun kita memberi dakwah , tarbiyyah diri jangan lupa kerana
tarbiyyah dan dakwah itu harus selari jika tarbiyyah jikalau tidak susah kita
ingin mendalami hati manusia yang lain takut hubungan dengan Allah dan hubungan
sesama manusia tidak terjaga sebab itu adanya dakwah yang tidak berhemah dan
mengunakan kata-kata yang kasar atau menjadi bongkak.
Sekian , moga mendapat sedikit
ilmu atas perkongsian yang diberikan. :)
baru tau MTAS ada blog. terkesan ngan forum korang. serius. :D
ReplyDeleteYeke??? Faris kata tak menusuk, ,
ReplyDeleteLiked
ReplyDeletePerasan takut untuk berdakwah kerana risau ikatan persahabatan akan terlerai sememangnya sering terbuku di dalam diri. Mmg susah nk menjadi seorang dai'e
Delete