“Maaf puan
kami pihak jabatan pelajaran telah mengambil keputusan jika prestasi sekolah ini masih tidak
meningkat kami akan tutup sekolah ni.”
“mana boleh
macam ni encik. Sekolah ni penting buat pelajar semua. Tolong bagi peluang pada
mereka. Saya tahu mereka boleh.”
“Maaf puan,
kami pihak atasan semua telah berbincang. Puan dberi masa untuk berbincang
dengan guru-guru yang lain.”
Hancur hati Puan Rahmah ketika itu ,
sekolah yang dibina bersama arwah suaminya akan ditutup sekiranya
prestasi pelajar tidak memuaskan. Mereka membina sekolah ini kerana mereka
kasihan dengan penduduk setempat yang jauh di perdalaman dan tiada sekolah
berdekatan, jadi ada diantara anak-anak yang tidak dhantar ke sekolah. Tiba-
tiba air matanya mengalir , dia nekad mahu mempertahankan sekolah ini. Petang
itu dia mengadakan mesyuarat tergempar dgn semua cikgu-cikgu.
“Cikgu-cikgu
saya harap semua dah tahu apa agenda saya pada petang ni?” Walaupun tenang dia
berkata namun hatinya sebak.
“Tahu puan”
sayu sahaja riak wajah cikgu-cikgu yang berada disitu.
“kita kena
berbincang apa yang perlu kita buat bagi menaikan peratusan murid-murid dalam
mempertahankan sekolah ni.”
“Murid- murid
disini harus diberi peluang. Mereka juga ada hak untuk belajar dan ilmu itu
penting. Jika sekolah ini tiada dimana mereka akan bersekolah? Pelajar -
pelajar bukan tidak pandai mereka harus dberi tumpuan lebih dan dipimpin. Saya
nampak kekuatan mereka.” Kata salah seorang cikgu disitu.
“Kita akan
mula membuat banyak module bagi menjana minda mereka terutamanya
pelajar-pelajar yang akan mengambil peperiksaan. Pelajar-pelajar juga harus
diberi motivasi , sentiasa kena beri motivasi supaya dorg tidak rasa lemah dan
sedih .” En Amran berkata.
“Saya akan
cuba berbincang dengan pihak atasan agar memberi peluang pada anak-anak murid
untuk mereka buktikan yang mereka mampu dan saya akan cuba mendapatkan sokongan
dari pihak yang terlibat” Puan Rahmah bersuara.
Semua guru-guru berbincang pelbagai
aktiviti bagi menarik minat pelajar untuk lebih menumpukan pada pelajaran
mereka. Bagi guru-guru yang mengajar kelas pemulihan mereka diberi tugas harus
mengadakan aktiviti yang lebih santai dan seronok namun ada pengisian bagi
mendidik anak-anak murid dalam membantu mereka.
Semua para guru bertungkus lumus bagi
mencapai target yang ditetapkan. Bagi mereka anak-anak disini memrrlukan
didikan kerana inilah yang akan mengubah jalan hidup mereka dan kejayaan itu
tak akan dapat dicapai jika anak-anak ini tidak menapak dalam tapak pendidikan
dan mencintai ilmu. Bukannya sebelum ini tiada aktiviti yang dilakukan namun
kali ini mereka harus lebih kuat bagi mendidik pelajar-pelajar dalam membantu
dorang. Mereka tahu tugas mereka sebagai guru harus berbakti pada negara dan
bangsa. Bagi setiap guru disini melihat kejayaan anak murid mereka merupakan
satu hadiah yang paling bermakna. Tiada balasan yang diminta cukuplah dengan
kejayaan dari mereka.
:: Keesokan Harinya ::
“Assalamualaikum
cikgu”
“Waalaikumsalam
murid-murid , sila duduk dan baca doa ya”
Selesai doa
dibaca kelas dimulakan. Semua murid mula membuka buku sebelum guru mereka
memulakan pengajaran. Tiba-tiba seorang murid bersuara.
“ Cikgu Ina
betul ke yang sekolah kita ni akan ditutup?” Dengan perasaan ingin tahu murid
itu bertanya.
“Mana kamu
dapat cerita ni?” Riak muka Cikgu Ina amat terkejut namun cuba menjawabnya
dengan tenang.
“Hurm, macam
mana saya nak cakap ye. Tak ada apa-apa la kamu tak payah fikir ye. Kamu
belajar rajin-rajin dan buktikan dekat orang diluar sana yang kamu semua ni
pelajar yang pandai-pandai belaka. Boleh?”
“Boleh cikgu!
Kita orang akan belajar bersungguh-sungguh”
“Bagus
anak-anak murid cikgu jadi semua kena beri tumpuan bila cikgu-cikgu mengajar
dan aktif ye. Jika tidak tah bertanya dan sentiasa ikut aktiviti yang
diberikan.”
“Baik cikgu”
Kelas dimulakan dan murid-murid kelihatan
bersungguh-sungguh memberi tumpuan di dalam kelas hari berganti hari , minggu
berganti minggu dan bulan berganti bulan banyak aktiviti yang dilakukan oleh
cikgu. Setiap cikgu bertungkus lumus mendidik anak-anak murid mengorbankan masa
mereka hanya untuk melihat anak muridnya berjaya.
Masa untuk ujian penggal bermula. Guru
mengharap semua murid akan lakukan yang terbaik kerana ujian penggal pertama
ini setiap keputusan peperiksaan akan dianalisis oleh Jabatan Pelajaran.
Guru-guru setiap pagi akan melakukan solat hajat untuk mendoakan kejayaan
anak-anak murid tersayang. Pelajar juga tidak ketinggalan turut serta dalam
program itu.
Akhirnya , setelah sebulan tamatnya
peperiksaan keputusan peperiksaan keluar. Semua cikgu berdebar-debar menunggu
keputusan dari pihak atasan.
“Assalamualaikum
cikgu-cikgu semua”
Waalaikumsalam
Tuan”
“Saya kira
semua cikgu pasti sedang berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diberikan
oleh pihak kami bukan?”
Semua guru
yang berada didalam bilik mesyuarat berdebar-debar dan mendengar setiap kata
yang dikeluarkan oleh Tuan Fitri selaku Ketua Jabatan Pelajaran Daerah disitu.
“Tahniah
cikgu-cikgu semua atas usaha anda selama ni keputusan ujian hari itu
menunjukkan peratusan yang ditetapkan. Kami bangga dengan cikgu-cikgu disini
walaupun berada di kawasan pedalaman namun setiap cikgu menggunakan pelbagai
pendekatan agar mereka lebih faham dan menarik minat mereka untuk belajar”
“Alhamdulillah”
Setiap cikgu memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas apa yang dikurnuiakan.
“Terima kasih
ye Tuan, kerana memberi pihak kami dan murid disini peluang membuktikan
kebolehan mereka”
“Sama-sama
Puan Rahmah”
“Setiap
module yang digunakan oleh guru-guru akan kami bukukan untuk menjadi contoh
pada guru-guru disekolah lain. Ini akan menunjukkan usaha kerasa cikgu-cikgu
sekalian dalam mendidik murid-murid disini. Walau keputusan murid-murid masih
lagi tidak cemerlang keseluruhannya namun kita dapat lihat banyak perubahan
pada murid-murid disini. Tahniah sekali lagi saya ucapkan.”
Murid-murid semakin semangat dalam
menumpukan pelajran mereka dan ramai diantara mereka yang habis sekolah dengan
membawa kejayaan kepada ibu bapa mereka. Ramai yang telah berjaya menapakkan
diri di university dan akhirnya keluar sebagai pendidik, doktor ahli perniagaan
dan lain-lain.
“ibu”
Tiba-tiba lamunan ku terhenti.
“Ibu fikir
apa ni?”
“Tiada apa
nak, ibu teringat masa ibu kecik-kecik dulu moyang ibu cikgu kat satu sekolah
ni. Macam mana setiap guru dalam sekolah tu berusaha mendidik anak-anak disitu
bagi membantu mereka. Dulu pun pelajar –pelajar amat hormatkan guru tidak
seperti sekarang. Zaman sudah berubah ”
“Yela ibu,
akak ni pun jadi cikgu kat sekolah tu macam-macam kerenah budak-budak tapi kita
kena sentiasa ikhlas dan sabar kan? Macam ibu cakap .”
“Betol tu.
Tidak semua murid begitu andai kena cara pasti lembut hati mereka namun kena
tegas juga ye jika budak buat salah , ditegur , doakan yang baik-baik untuk
mereka”
“baik ibu”
Kenangan dulu tidak akan ku lupa
bagaimana moyang membangunkan sekolah semula setelah diarah tutup oleh pihak
atasan. Aku ketika itu sebagai salah seorang murid disitu dapat merasai
bagaimana susahnya mereka guru-guru mendidik kami. Aku juga bekas guru dan
merasai sendiri pengalaman itu.
Guru, seorang pendidik yang tidak
pernah jemu mendidik anak muridnya. Tiada balasan yang diminta cukuplah dengan
kejayaan dari anak murid yang disayangi. Itu sudah cukup. Setiap guru bagi
mereka kejayaan dari anak-anak murid telah cukup membuatkan mereka gembira dan
bersyukur atas segalanya. Kita sebagai seorang murid haruslah sentiasa hormat
pada mereka dan mengingati jasa mereka terhadap kita. Tanpa guru tiadalah
doktor, tiadalah guru dan tiadalah murid yang akan berjaya dengan jayanya.
Sifat tabah dan sabar guru itu perlu kita hargai. Pada pelajar hormatilah guru
anda jika guru anda tidak menghalalkan ajaran yang diberi maka tidak berkat
ilmu yang diberi. Tiada guru yang tidak mahu anak muridnya berjaya. Semua guru
mendoakan yang terbaik buat anak muridnya. Ketika waktu peperiksaan dan
keluarnya keputusan gurulah yang paling risau dengan pencapaian anak murid.
Kerana apa? Kerana mereka mengharapkan semua anak murid berjaya dan dapat
berjaya hingga ke menara gading.
cerita ini hanyalah rekaan semata-mata.
Buat guru semua, Selamat hari guru kami ucapkan. Jasamu mengajar kami amat besar , sabar mendidik dan mengorbankan masa untuk kami. :)
like..!!
ReplyDelete