Sunday, May 18, 2014

:: Jangan Berdendam, Kemaafan Itu Kekuatan::

"Maafkanlah mereka dan biarkan mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik"  (al -maa'idah :13 )

Memaafkan apabila marah menjadi pilihan dan jangan berdendam.
Tidak salah untuk marah namun harus kena pada tempatnya. Namun kita kena ingat marah itu haruslah dikawal  dan marah yang masih boleh diterima. Bahkan Rasulullah juga pernah marah. Namun ia ditunjuk dengan berdiam. Jika kita tidak mengawal marah kita akhirnya ia akan menjadi dendam dan akhirnya sifat ingin membalas perbuatan yang dilakukan.  Rasulullah ada memberi nasihat apabila salah seorang daripada kamu marah dalam keadaan berdiri maka hendaklah dia duduk. Kalu marahnya belum hilang maka hendaklah dia berbaring. (riwayat ahmad)
Proses memaafkan ini bermula dari diri sendiri kerana dalam setiap apa jua tindakan pun harus dimulai oleh diri kita , kerana kita yang mengawal minda dan hati kita setelah itu barulah kita memaafkan orang lain. Proses memaafkan ini adalah proses yang pertama kemudian proses melupakan. Proses melupakan ini yang kadang kala susah dilakukan kerana ianya memerlukan masa bagi melupakan sesuatu perkara dan ia terjadi secara perlahan-lahan. Kita mudah meninggalkan proses melupakan sebab itu terjadinya dendam. Oleh itu kita harus sentiasa muhasabah diri kita dan sentiasa memaafkan orang lain. Apabila hati penuh dengan dendam dan benci tiada sifat kemaafan tiada yang seronok dan gembira dalam diri kita. Ya, memaafkan memang susah namun kita harus ingat kadang-kadang kita ta silap dari salah dan Allah S.W.T sendiri mengampunkan hambanNya takkan kita tidak mahu memaafkan salah orang lain.
Bukan sahaja kena memaafkan kita juga haruslah pandai meminta maaf andai tahu salah kita. Ingat, lapangkan dada tenangkan hati dan kawal minda agar sentiasa positif. 

2 comments: