Kadangkala kita kena berkorban untuk dapat redha dari Allah.
Kita kena tahu mana yang lebih penting dan lawan perasaan yang tak perlu. Rendahkan
ego kita , jaga hati dan jaga minda. Sebab apa? Dengan itu kita akan fikir mana
yang lebih perlu dan tak perlu. Bila teringat benda yang sia-sia kita isi
masa-masa kita dengan perkara yang bermanfaat dan cari sahabat yang boleh
ingatkan kita tentang keindahan syurga dan manisnya iman.
Macam mana kalau kita nakkan perkara yang lagha?
Tanya diri kita. “Aku perlu ke benda ni?”
Means, kita muhasabah
diri kita balik. Bila kita tahu perkara tu kita tak perlu, kita tinggalkan. Kita kena
bezakan cinta alat dan cinta matlamat. Ape matlamat kita? Itu yang perlu kita
kejar. Redha Allah dan ibu bapa itu yang penting.
Nak dapat yang manis kita kena rasa yang pahit dulu dengan
kawal nafsu dan kehendak kita yang boleh melalaikan kita. Itu MUJAHADAH. Ye, nak bermujahadah bukan senang sebab itu kita memerlukan pengorbanan yang
sangat besar. Sebab itu kita kena istiqamah dalam hal ini dan istiqamah mudah
terhenti jika niatnya terpesong. Kita mencari redha Allah jadi kena selalu
tajdid niat Lillahita'ala.
Ingat ayat ni “ Tapi boleh jadi kamu tidak menyenangi
sesuatu padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal
itu tidak baik bagimu” (2:216)
Sudah jelas bukan, jadi kita haruis tahu mana yang perlu
kerana tidak semua yang kita suka baik untuk kita. Jadi, bermujahadahlah kerana
masanya belum tiba. Andai saat itu tiba Allah akan buka jalan untuk kita kerana
Allah lebih tahu mana yang lebih baik buat kita.
Ini salah satu contoh mujahadah. Jaga minda dan hati kita
dan mohon pada Allah, insyaAllah dipermudahkan.^_^
owh,mcm tu. tq,bru dpt kesedaran. :)
ReplyDeleteini adalah blog ke-2 yang benar2 saya bole baca dan mndapat ibrah serta sgt bermanfaat selepas blog syauqahwardah1209.blogspot.com.. Alhamdullilah :)
ReplyDeletealhamdulilah. moga setiap pembaca mendapat ibrah dan manfaat untuk semua. semua ni pesanan buat mtas juga. terima kasih :)
Delete