Sekarang orang banyak lebihkan kuantiti dari melihat kualiti itu sendiri. Ramai yang tersilap dalam hal ini. Bagi mereka kuantiti yang lebih penting tapi kualiti terabai. Sepatutnya kita menitik beratkan kulailti lebih dari kuantiti. Sebab apa? Sebab dengan kualiti yang terhasil akan terdidiklah lebih banyak kuantiti yang berkualiti.
Umat islam dalam dunia ni ramai,
sangat ramai. Tapi berapa ramai yang berkualiti? Islam hari ini tidak seperti
Islam yang tumbuh mekar ketika zaman Rasulullah. Sedih bukan? Sebab itu Barat
tidak gentar dengan kita umat islam. Sebab umat islam yang ada kita ni tak
sekualiti ketika Islam mula dibangkitkan.
Tengok sahaja anak muda sekarang kita
sendiri. Mudah terpengaruh dengan anasir-ansir luar. (boleh tengok video mtas
ada membincangkan hal ni ) Remaja sekarang tidak seperti Saidina Ali tidak
seperti Sultan Muhamad Al-Fateh yang meletakkan islam tinggi didalam hati
mereka.
Ketika zaman Rasulullah , potensi
digarap untuk Ukhrawi. Diibaratkan
mereka itu 1=10. Seorang boleh buat kerja 10 orang begitulah hasil didikan
langsung Rasulullah pada para sahabat. Lihat sahaja pada kisah Perang Badar.
Jumlah tentera islam yang bertempur dengan tentera musyrikin yang bilangannya
sebanyak 10 000. Jumlah tentera islam ketika itu hanya 313 orang sahaja!
Kalau ikut logic akal kita mesti akan
yang banyak akan menang. Tetapi ketika itu kekuatan iman mereka , mereka
percaya bahawa Allah akan bantu dan kualiti ukhrawi mereka kekuatannya
melampaui 10 000 orang.
Ambil contoh dari kisah ini. Allah
ceritakan didalam al-Quran untuk kita ambil sebagai iktibar. Mereka semua
berperang dengan sekadarnya. Walaupun tidak memiliki kelengkapan perang yang
cukup seperi baju besi, perisai dan kuda namun kelengkapan iman yang ada pada
mereka mampu membuatkan mereka mengalahkan musuh ! tu la contoh kualiti yang ada pada zaman
rasulullah.
Kita kena ingat, kita kena tanya balik
diri kita apa sebab kita ada didunia ni?
Kita ada kat dunia ni sebab nak mengesakan Allah dari sehi zat, sifat
Allah dan perbuatan . Sebab tulah adanya Rasulullah yang membawa syariat Allah
menunujukkan cara dan mendidik kita.
Kita kena ingat Islam ni adalah agama
yang paling tinggi tiada agama lain yang melebihi agama Allah. Kita sendiri dapat lihat yang islam sekrang
tidak seperti islam dizaman rasulullah. Ini semua kerana kurangnya penekanan
dari segi kualiti tapi lebih pada kuantiti.
Sebab tu lah kita kena recheck balik sebab apa kita hidup
didunia ni . Tidak lain dan tidak bukan untuk mejadi hamba Allah yang mengumpulkan
amalan soleh sebanyak yang mungkin. Cuba
nilai diri kita, dimana tahap iman kita.
Contoh la , Dimana kita semua bila azan berkumandang? Sibuk dengan kerja
ke , sibuk dengan handphone ke?
Kita marah bila orang bukan islam hina
islam tapi bila orang islam sendiri yang menghina islam kita buat apa? Contoh dalam islam dah dituntut kena tutup
aurat dalam al-Quran pun ada sebut sudah jelas bukan tapi masih ramai jugak yang
menolak hal ni.
Al-Quran tu kitab yang tidak diragui. Didalam al-Quran
semuanya cerita yang sahih dan benar belaka yang sepatutnya kita ambil iktibar
dari situ. Tapi berapa banyak yang tidak berpegang pada al-Quran. Berapa ramai yang dah KURANG
dan JARANG baca al-Quran? Sedih bila kenang kita sebagai umat islam yang dirindui
Rasulullah jadi begini. Segala usaha baginda Rasulullah dalam menyuburkan islam
disia-siakan oleh kita. Mana kualiti kita sebagai hamba?
Dalam beramal juga kita harus menitik
beratkan kualiti kita dalam beramal. Kita kena lakukan sehabis baik untuk
setiap amalan kita seperti tiadanya hari esok buat kita. Kita petik sedikit apa
yang sudah dibincang dalam buku PIMPIN AKU KE SYURGA. Dimana penulis ada menyebut , ada orang
tersilap disangka amal yang banyak itu sudah cukup untuk merebut syurga
sedangkan Allah telah berfirman
Yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji siapkah
yang terbaik amalannya dalam kalangan kamu ( al-Mulk : 2)
Sudah jelas bukan didalam ayat tu
menunjukkan amalan yang paling baik.
Sebab tu aku pesan kat korang , dalam apa jua amalan kita kena buat sehabis baik dan jangan ingat amalan itu
dah buat kita cukup masuk syurga. Kita kena melabur lebih didunia ni dalam buat
amal nanti kat akhirat dapat hasil yang lumayan insyaALLAH. Buat banyak amalan tapi pastikan amalan tu
berKUALITI. Bukan setakat banyak je tapi kualiti dia kemana..
Sedangkan Rasulullah yang sudah
dijamin syurga pun beribadat tidak berenti, meminta ampun atas segala dosa kita
ni yang belum tentu masuk syurga tak reti-reti nak jaga kualiti amalan kita?
Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mendengar , mintalah ampun padaNya bersihkan
hati agar kita tenang dalam beribadat dan ibadat kita tu akan jadi yang
berkualiti.
Satu kisah mengenai Bilal bin Rabbah .
Siapa tidak kenal Bilal? Bilal adalah golongan hamba pertama yang memasuki
islam waalaupun diuji namun dia tetap teguh dengan islam. BIlal biarpun dia bukan orang yang hebat
apabila dia memeluk agama islam dia benar-benar beriman sehinggakan satu hari Bilal dipanggil oleh
baginda SAW dan baginda bertanya pada Bilal.
“cuba cerita apa amal yang kamu buat
sepanjang kamu menjadi hamba Allah sepanjang kamu memeluk islam? Kerana aku
pernah mendengar tapak kasut kamu didalam syurga Allah”
Bilal berkata “aku tiada amalan yang hebat. Aku cuma hamba biasa tapi apa yang aku buat aku menyempurnakan wudhu dan melaksanakan apa yang diperintahkan”
Bilal berkata “aku tiada amalan yang hebat. Aku cuma hamba biasa tapi apa yang aku buat aku menyempurnakan wudhu dan melaksanakan apa yang diperintahkan”
SEbab apa? Sebab Bilal menyakini
setiap cerita yang terdapat didalam
al-quran yang disampaikan oleh Rasulullah.
Didalam al-Quran itu terdapat kisah orang terdahulu, tentang syurga dan
neraka , kisah orang kufur. Tapi kita ,
tak menghayati pun. Itulah islam yang ada pada kita sekarang.
Rasulullah Saw ada bersabda “tidak tinggal Islam itu melainkn nama diakahir
zaman ini dan tidak tinggal al-Quran itu melainkan tulisan semata-mata”
Kita tepuk dada tanya iman kita adakah
kita ni menjadi hamba Allah yang benar-benar bertakwa.
No comments:
Post a Comment