Thursday, August 6, 2015

#Syukurselalu


Kita sebagai hamba Allah hendaklah sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang diberikan. jangan sombong pada Allah. Macam mana dikata sombong? Bila diberi kesenangan diberi nikmat tidak bersyukur. Dalam hati dok cakap " aku dapat result gempak sebab aku usaha " 
,emang kita usaha tapi kalau bukan dengan izin Allah kita tak mungkin dapat result gempak tu.  ingat ! kena sentiasa bersyukur.

Rukun syukur yang pertama ingat kepada Allah yang beri nikmat

  Nikmat yang Allah bagi, bernafas, berjalan, telan air liur . Cuba kita bayang eyh dengan perkara ni kalau kita tak bersyukur lagi. Bayang sekejap je kalau semua nikmat tu ditarik. Kita susah nak bernafas perit kan ? sedangkan bila kita selesema pun nak tidur susah sebab kena bernafas ikut mulut. Haa tengok, tu baru sikit Allah tarik. Lagi contoh eyh kalau kita tak boleh nak telan air liur pastu dok meleleh ja kan susah. Silap hb kalau anak dara orang tak jadi nak pinang tau. Sebab tu kita kena sentiasa bersyukur pada Allah . bukan kena bersyukur untuk benda-benda besar je tapi yang sekecik-kecik ni pun kita kena bersyukur. Sebab kalau nikmat yang sekecik-kecik ni ditarik kita sendiri tahu kan kita rasa susah dia macam mana. Macam contoh saya bagi tadi, pasal selesema. Sebab tu kita sentiasa bersykur dan ingat pada Allah kerana dia yang memberi rezeki pada kita.

Rukun syukur yang kedua ialah gembira dengan nikmat yang diberi

''Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu siarkan.(Q.S AD DHUHA : 11)

Bila Allah bagi kita kesenangan kita kena ucap Alhamdulillah. Sebagai tanda kita ni bersyukur dengan nikmat yang diberikan. Ucap dan guna kalau kesenangan tu dari segi barang lah. Contoh eyh baju lawa-lawa tak nak pakai.  Bila diberi nikmat kita kena belanja pada jalan Allah. Kesenangan yang diberi nikmat yang diberi kita kena guna, kena pakai tanda kita ni bersyukur bukan disimpan. Beli baju banyak-banyak tapi disimpan.   Saya bagi situasi .
“mah baju tu kau tak nak pakai ke? “
“Aku nak simpan buat raya baju ni lawa “
(padahal baru awal tahu lama lagi nak raya -_-)
Tengok tu, raya lama lagi tu tapi baju tu disimpan-simpan . Cuba tanye pada diri sempat ke kita nak raya? Sempat ke nak rasa ramadhan tu lagi?
Situasi kedua.

Kain pelikat cik abang sekalian tu. Yang buat pi masjid tu. Kat rumah ada kain pelikat cap gajah duduk bagai tapi tak nak jugak dipakainya disimpan. Buat apa cik abang oi? Cuba la dipakai buat pi masjid ni tak pi masjid pakai kain pelikat hok yang lusuh , hok yang lama hok yang jarang pun hado! Kita bukan nak riak or menunujuk pakai yang lawa-lawa tapi Allah kan suka pada kekemasan, nak jumpa Allah ni tak kan nak buruk-buruk tak nak wangi-wangi. Jumpa makwe or pakwe pandai pulak hampa dok melaram nohh .
Situasi ketiga

Buat ibu-ibu yang suka beli pinggan mangkuk tu. Sanggup la pi borong kat langkawi tuh, siap dijampi la pak kastam tak nak kena cukai tinggi tapi bila balik disimpan jugak pinggan mangkuk tu. Bukan nak diguna. Yang diguna buat makan anak-anak dan suami pinggan yang sumbing tu ha. Jangan la masa ada tetamu ja guna pinggan cantik. Ni tak, tu la pinggan untuk kucing makan tu la pinggan buat suami makan. Makcik jangan buat lagu tu nahh.

Semua situasi yang saya dok sebut-sebut tu, kita tahu kan tu sebagai harta benda kita, nanti bila kita tak guna tersimpan je dalam almari tu. Jawab la kita nanti masa diakhirat. Kenapa beli bila kita tidak guna. MEMBAZIR dah.

Bila Allah beri nikmat seperti situasi yang saya dah hurai pakai dan guna bukan kita nak riak tapi sebagai tanda syukur padaNYA. Kita sendiri tahu memakai pakaian yang cantik dan wangi-wangian itu disuruh. TAPI , jangan pulak kita riak atau ujub dengan nikmat yang diberi.
Contoh situasi

Kita cakap depan suami , “abang-abang, mesti saya paling cantik kan nanti masa kat kenduri tu yela dah pakai baju dress lawa n”i .*sambil pandang cermin

Dekat tempat kenduri, dalam hati “lihatlah dunia aku yang paling lawa”

Dah macam cerita mak tiri snow white dah.

Ni namanya ujub , riak. Jangan macam ni Allah tidak suka.

Rukun syukur yang ketiga, kita gunakan nikmat yang kita dapat tu dengan jalan yang diredhai Allah.
 Belanja ibu bapa, anak-anak. Ibu dan ayah tu tidak minta pun duit anak mereka cukup anak-anak ni datang jenguk tapi kita tahu kan tanggungjawab sebagai anak jadi tidak salah berbakti pada ibu bapa dengan manjakan mereka. Masa kecik-kecik mereka manjakan kita beri apa yan kita nak. Kalau ayah kita tu motor dia dah buruk , motor tu la yang bawak dia pergi kebun, motor tu la yang bawak dia pergi masjid why not kita as anak belikan motorsikal yang baru. Mesti gembira hati dia. Bila kita diberi kesenangan berkongsi pada orang tersayang jangan kedekut . Kalau kita sebagai pelajar yang duduk asrama ke di IPTA kita boleh berkongsi dengan rakan-rakan. Macam mana? Belanja la makan ke, masa tengah study group tu bawak la makanan buah tangan makan sama-sama dapat pahala. Jangan kedekut dan risau duit atau makanan kita habis Bila kita memberi Allah akan member kita lebih lagi.

Akhir sekali, jangan lupa berkongsi dengan fakir miskin dan anak yatim. Jikalau tidak banyak sikit pun jadi la.  Ingat bila kita tolong anak-anak yatim dan fakir miskin ni besar pahala kita lagilagi anak yatim. Ingat kalau sekitar rumah kita ada anak-anak yatim yang tinggal atau fakir miskin yang duduk tu bukan ujian bagi mereka tapi bagi kita. Sebab apa? Sebab Allah tu nak uji kita ni berkongsi atau tidak nikmat kesenangan yang Allah beri. Ingat , apa yang rezeki yang kita dapat sedikit tu adalah hak untuk orang lain juga jadi tidak salah memberi .

Ingat ni, nikmat tu seperti haiwan yang tidak diikat, dia akan lari jika tidak diikat. Maka kita ikatlah dia dengan bersyukur.  Sebab apa ? Allah dah bagi kita banyak sangat . Rumah, kereta, makanan, duit, keluarga yang bahagia , nikmat kita menghirup udara tapi kita masih nak complain? Ada seorang sahabat saya berpesan 

"Cukup dalam sehari"

"Tak pun sejam, tak pun seminit, tak pun sesaat"

"Yang mana , Allah dah cipta kita ni dah terbaik. Di beri kita yang kita perlu"

"Siapa kita untuk tidak bersyukur  dan masih nak complain"

"Yang kita ni tak handsome lah , tidak lawalah"

"Tidak kaya lah , takde rumah besar lah."

Memang sedikit hamba yang bersyukur tu, jadinya kita kena lah pandai golongkan diri dalam golongan tu. Ingat kita tiada rumah besar tapi kita masih ada rumah dari orang lain kena jadi gelandangan tiada rumah. Kita rasa kita tidak kaya tapi masih cukup makan bukan? Jadi kenapa masih tidak bersyukur? Allah tu beri apa yang kita perlu bukan yang kita nak.






No comments:

Post a Comment