berTAUBAT atau TAUBUAT je? .
Tepuk dada tanya iman masing-masing. Aku yang tulis artikel ni pun tak pernah
lepas dari dosa. Jadi jom sama-sama muhasabah diri kenapa kita kena sentiasa
bertaubat pada pencipta kita.
Kita semua nak berjaya kan? Nak
berjaya dunia akhirat tapi diri ni bergelumang dengan dosa. Hati kita ni dah
penuh dengan titik-titik hitam yang tak terkira. Korang ghase la dapat ke kita
capai apa yang kita nak? Nak berjaya
kena sucikan hati.
Hey brother and sister, taubat ni kena buat hari-hari tau.
HARI-HARI aku ulang. Kita kena buat hari-hari sebab hari-hari kita buat salah.
Tipu sangat lah kalau dalam sehari tu kita tak buat salah dan zalim pada diri
sediri kalau tak pun pada orang lain.
Kalau kita banyak dosa, kebaikan
kita yang kita nak buat akan susah nak amal. Kita akan jadi malas nak berbuat
amal kebaikan. Sebab hati kita tu dah penuh dengan titik-titik hitam. Bila dah
terlalu biasa buat salah buat dosa kecil jadinya kita endah tak endah dengan dosa
yang kita buat.
Rasulullah SAW. telah
bersabda: “Sesiapa yang pernah melakukan
perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat dan mohonlah
keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan menerima permohonannya itu.
Kemudian bacalah ayat ini:
“Mereka yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah
berbuat dosa terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah
dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan itu. Siapakah yang
akan mengampuni segala dosa, selain Allah? Kemudian itu mereka berasa insaf dan
sedar serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi
pahala dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan
disitulah tempat mereka selamanya.” (HR
Abu Daud, Nasa’I, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
Orang yang beriman dan bertakwa
dia akan cepat-cepat bertaubat bila dia rasa diri dia dah melakukan kezaliman
pada diri dan orang lain kerana dia tahu hanya Allah tiada yang dapat memberi
pengampunan selain Allah SWT. Jadinya kalau kita nak jadi orang yang beriman
dan bertakwa sentiasalah memohon pengampuanan dari Allah SWT dengan melakukan
taubat nasuha. Tolonglah balik pada pencipta kita.
Ingat kenapa kita ada kat dunia
ni? Bukan sebab kita nak buat kesalahan tapi untuk kita beramal pada Allah buat
amal kebaikan dan amar makruf nahi mungkar. Ingat dunia ni ladang kita
bercucucuk tanam yang mana hasilnya kita tuai disana di akhirat nanti. Kalau
kita sibuk melakukan dosa tidak bertaubat, habis akhirnya nanti apa yang kita
nak tuai? Tuai la buah yang rosak jawabnya .
Buat solat taubat tidak susah.
Cuma dua rakaat. selepas habis melakukan solat istighfar la banyak-banyak mohon
pengampunan. Menangislah untuk bersihkan hati kita yang dah kotor tu. Allah
tutup aib kita, Allah tutup segala dosa yang kita buat. Takkan kita nak buat tak
tahu dan terus menerus melakukan yang tidak baik. Bertaubat minta ampun. Allah
itu Maha pemurah lagi Maha penyayang.
Allah sayang akan hamba-hambanya dan akan
member pengampunan pada setiap hambanya.
Ingat, kita ni seorang pendosa.
Jadi buatlah banyak amal kebaikan dan segala perkara mungkar yang kita lakukan
kita bertaubat dan minta ampun.
“Hai orang yang beriman ! Bertaubatlah kamu
dengan kepada Allah dengan taubat nasuha , mudah mudahan Tuhan akan
menghapuskan kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu kedalam syurga yang
mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan
Nabi dan orang yang beriman bersama-sama dengannya ; cahaya mereka, bergerak
cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka; mereka berkata : wahai Tuhan
kami! Sempurnakanlahcahay bagi kami ; sesungguhnya Kau Maha kuasa atas
tiap-tiap sesuatu. “ (surah al-tahrim: 8)
Orang yang paling lembut hatinya (hati yang
tunduk dan patuh kepada Allah dan hati yang sejahtera) ialah orang yang paling
sedikit dosanya < Makhul ad-Dimsyaqi>
No comments:
Post a Comment