Alhamdulillah
Iman itu pasti sifatnya naik dan
turun. Setiap musim pasti akan mengalami tempoh futur (lemah semangat ) dari
melakukan amal kebaikan. Rasa lesu, malas beribadat, penat dan rasa ingin duduk
untuk berehat dari beramal.
Korang kena tahu ini dah petanda yang
kurang baik okay. Bila perasaan yang tidak ikhlas, riak , bangga dengan amalan
yang dilakukan haruslah ditolak jauh-jauh sebelum melakukan sesuatu amalan.
Futur (lemah semangat ) selepas bermujahadah (bersungguh )
berpunca dari permulaan yang tidak baik . [Hadis Riwayat Tabrani ]
Jadi
, apa khabar iman korang hari ini . Futur? Imannya meningkat atau menurun tak
meningkat-ningkat langsung?
Harap,
iman korang makin meningkat dan makin hebat walaupun Ramadhan telah pun
meninggalkan kita. Semoga setiap amalan yang kita lakukan ketika bulan Ramadhan
masih lagi diteruskan ya anak-anak semua.
Yela,
kalau ketika bulan Ramadhan kita boleh taddabur dan khatam Al-Quran sepanjang
30 hari kita berpuasa. Takkan selepas
Ramadhan dah tak mampu nak buat. Ye dak ? so tepuk dada tanya iman silalah recheck balik iman anda.
Tembak
sikit hati tu, meyh check lagi. Kalau
ketika bulan Ramadhan kita boleh berzikir mengingati Allah , kenapa tak
diteruskan walaupun selepas Ramadhan kan ? haaa, sentap? Memang saja nak bagi
hati-hati kita semua ni sentap pun.
Kalau
sebelum ni kita boleh solat diawal waktu ditambah pula dengan amalan-amalan
lain kenapa tak walaupun bukan di bulan Ramadhan . Ye ke tidak ? Tak kan
mindset kita masa Bulan Ramadhan je berlumba-lumba beribadat kumpul pahala dan
bersungguh-sungguh. Habis, bila Ramadhan dah berakhir keinginan kita yang
melonjak nak buat amalan tu dah hilang sekali ke ?
Dalam
hal ni tak kan kita nak salahkan syaitan pula bila kita jadi futur cenggini?
Kan? Yela, masa bulan Ramadhan kan syaitan dirantai, diikat. Tiada yang
menganggu-menghasut-menggoda-mengiurkan iman kita ketika itu. Jadi lepas
Ramadhan nak salahkan syaitan pula bila dah future. Eh? Macam salah je
konsepnya.
Maka
dengan ini, jomla kita naikkan balik semangat kita menyemai iman dan takwa.
Mencari Keredhaan Ilahi. Gigih memperbaiki diri.
Macam
mana nak hilangkan rasa futur dalam diri? Ni nak bagi tips sikit. Kita kena la
selalu rapat dengan sahabat-sahabat kita yang akan tegur kita bila kita rasa
malas. Selalu hadir majlis ilmu. Tiada masa? Sekarang kan teknologi dah moden .
Ada kan group whatsapps yang ada perkogsian ilmu. Kalau tak pun, boleh search
ceramah-ceramah dari ustaz Kazim ke, Ustaz Don ke dan video mtas pun boleh :)
Rasa
susah jugak? Rumah ada television kan?
Banyak siaran yang ada perkogsian ilmu contoh macam adik tanya ustaz la,
tanyalah ustaz, tanyalah ustazah, kalau dah jodoh oleh ustaz kazim
tinggal
tengok je. Janji hati kita tidak kosong dari pengisian yang bermanfaat.
Jangan
rasa lemah dan penat. INGAT , didunia ni tempat kita berpenat lelah
mengumpul
amal , berehatlah sepuasnya disana nanti ! ingatlah yang ajal itu pasti.
Jadinya , bila selalu ingat akan kematian insyaALLAH rasa futur tu akan
terkikis bila mengenangkan amalan kita yang tak seberapa.
*senyum
sambil buat tanda aman*
No comments:
Post a Comment