Saya nampak iklan ramadhan di tv. Di radio. Di pusat beli
belah. Dimana-mana saya pergi. Baru saya terasa yang ramadhan sebenarnya memang
dah dekat sangat. Lagi terasa bila teringat saya ditanya teman baik saya
baru-baru ni,
“Apa target ramadhan awak kali ni?”
“Khatam al-Quran kah? Solat tarawih full kah? Sedekah tiap
hari kah?”
Saya diam sahaja. Dan hampir sahaja saya menangis. Terima
kasih sebab tanya. Saya ada. Tapi itulah. Entah kuat entah tidak saya nak buat.
Celakalah saya jika saya keluar dari bulan ramadhan nanti tapi tak lansung dosa
saya terampunkan walaupun sedikit.
Kalau betul awak puasa sebab semata katanya hendak merasa
macam mana laparnya orang miskin, kalau macam tu patutnya orang kaya sahaja
yang puasa.
Kalau puasa demi hendak kurus sahaja ,sepatutya orang gemuk
sahajalah yang puasa.
Jadi macam mana? Apa tujuan puasa ramadhan awak pula?
Tujuan puasa kita semua sepatutnya sama.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ
الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى
الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ
تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa
sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertakwa” (QS.
Al Baqarah: 183)
Di sini saya akan dikongsikan tips khatam Al-Quran dalam
sebulan Ramadhan
Rumusnya:
30 juzuk = 30 hari maka 1 juzuk = 1 hari
Jadi,secara ringkasnya baca 4 muka surat Quran setiap kali
selepas solat fardhu & kita mampu khatam sekali dalam Ramadhan!:)
Mari kita susun mengikut tarikh supaya lebih jelas dan dapat
dijadualkan bacaan agar lebih sistematik. Dibawah ini disusun tarikh dan surah
berserta ayatnya. Bagi surah surah yang tidak disertakan nombor ayatnya,itu
untuk dibaca penuh satu surah.
1 Ramadhan : Al Fatihah + Al Baqarah 1-141
2 Ramadhan : Al Baqarah 142-252
3 Ramadhan : Al Baqarah 253-286 + Ali 'Imran 1-92
4 Ramadhan : Ali 'Imran 93-200 + An Nisa' 1-23
5 Ramadhan : An Nisa' 24-147
6 Ramadhan : An Nisa' 148-176 + Al Ma'idah 1-81
7 Ramadhan : Al Ma'idah 82-120 + Al An'am 1-110
8 Ramadhan : Al An'am 111-165 + Al 'Araf 1-87
9 Ramadhan : Al 'Araf 88-206 + Al Anfal 1-40
10 Ramadhan: Al Anfal 41-75 + At Tawbah 1-92
11 Ramadhan: At Tawbah 93-129 + Yunus 1-109
12 Ramadhan: Hud + Yusuf 1-50
13 Ramadhan: Yusuf 51-111 + Ar Ra'd + Ibrahim
14 Ramadhan: Al Hijr + An Nahl
15 Ramadhan: Al Isra' + Al Kahfi 1-74
16 Ramadhan: Al Kahfi 75-110 + Maryam + Taha
17 Ramadhan: Al Anbiya' + Al Hajj
18 Ramadhan: Al Mu'minun + An Nur + Al Furqan 1-20
19 Ramadhan: Al Furqan 21-77 + As Syu'ara' + An Naml 1-52
20 Ramadhan: An Naml 53-93 + Al Qasas + Al Ankabut 1-45
21 Ramadhan: Al Ankabut 46-69 + Ar Rum + Luqman + As Sajadah
+ Al Ahzab 1-30
22 Ramadhan: Al Ahzab 31-73 + Saba' + Fatir + Yaasin 1-27
23 Ramadhan: Yaasin 28-83 + As Saffat + Sad + Az Zumar 1-31
24 Ramadhan: Az Zumar 32-75 + Ghafir + Fussilat
25 Ramadhan: As Syura + Al Zukhruf + Ad Dukhan + Al Jathiyat
26 Ramadhan: Al Ahqaf + Muhammad + Al-Fath + Al Hujurat +
Qaf + Ad Dhariyat 1-24
27 Ramadhan: Ad Dhariyat 25-60 + 6 surah dari At Tur
sehingga Al Hadid
28 Ramadhan: 9 Surah dari Al Mujadalah sehingga At Tahrim
29 Ramadhan: 11 Surah dari Al Mulk sehingga Al Mursalat
30 Ramadhan: Juz Amma dari An Naba' sehingga An Naas
Mari ertikan dan maknakan Ramadhan kali ni dengan perkara
yang lebih berfaedah. Selamat meng'upgrade' iman dan 'speed up' amal di bulan
Ramadhan kali ni.
No comments:
Post a Comment