Aku nak kawan yang pandai nasihat aku tarik aku kalau aku jatuh terpesong kawan yang sayang aku macam family dia. Yang treat aku as sahabat dia. Tapi kau buat tak dengan kawan kau yang sekarang? Haa, cuba fikir balik kita selalu mengharap macam macam dari sahabat . Kita tak suka orang kata kita kat belakang tapi kita buat. Boleh pulak? Kita nak kawan kita celebrate birthday kita bagi hadiah. Tapi kita birthday dia pun kita lupa.
Kita
tak suka orang marah marah kita kalau kita buat salah suka orang tegur elok.
Tapi kita? Dengan sahabat kalau stress tinggi suara. Acano tu? Kita sendiri tahu sifat marah tu adalah sifat
yang paling ta elok .Mengawal marah tu adalah yang plain terbaik. Ambil lah
iktibar dari al-Quran , dan kalau kita betul betul praktikkan kita akan cepat
dalam mengawal marah kita.
Bila kita dengan sahabat kawal rasa marah tu jangan tangguh nak kawal rasa marah tu sampai rasa marah tu yang kawal kita. Dan, yang paling penting kena ingat, yang manusia ni tak sempurna BANYAK kekurangan, termasuk kita dan tak terkecuali sahabat kita jugak. Cuba kawal marah tu dengan istighfar lepas tu tarik nafas dan senyum. Kita sudah diajar bukan jikalau kita sedang marah didalam keadaan berdiri maka duduklah. Jikalau dalam keadaan duduk baringlah. Kalau tak jalan jugak ambil air wudhu dan tenangkan hati.
Bila kita dengan sahabat kawal rasa marah tu jangan tangguh nak kawal rasa marah tu sampai rasa marah tu yang kawal kita. Dan, yang paling penting kena ingat, yang manusia ni tak sempurna BANYAK kekurangan, termasuk kita dan tak terkecuali sahabat kita jugak. Cuba kawal marah tu dengan istighfar lepas tu tarik nafas dan senyum. Kita sudah diajar bukan jikalau kita sedang marah didalam keadaan berdiri maka duduklah. Jikalau dalam keadaan duduk baringlah. Kalau tak jalan jugak ambil air wudhu dan tenangkan hati.
Kita
nak kawan kita ada selalu dengan kita masa susah & senang tapi masa sahabat
or kawan kita susah atau apa. Kita kadang kadang sibuk dengan hal kita. Sahabat
yang betul betul jaga sahabat dia tidak kira sibuk mana pun pasti ada masa
untuk diluankan jika sahabat kita mempunyai masalah.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran ialah orang yang terbaik terhadap jiranya" - [Hadis Riwayat al-Hakim]
Terlalu
banyak yang kita harap pada orang. Why not kita yang mula semua tu dulu lama
lama nanti semua tu akan jadi terbiasa dan yang paling best sahabat kita pun
akan lakukan benda yang sama. Give and take laa. Kita ni sering mencari sahabat
yang baik tapi , pernahkan kita MENJADI sahabat yang baik? Nak sahabat yang
baik kita kena la jadi baik dulu . Study
sama-sama kongsi ilmu bukan kedekut ilmu dengan sahabat tau! Sharing is caring
right?
Tingkatakan
ukhuwah antara kita dan sahabat kita. Bak kata mat luthfi kuah apa yang paling
manis? Tentu lah ukhuwah kita dan
sahabat handai. Sebagai sahabat kena la selalu nasihat menasihati, jaga hati
sahabat. Jangan main aci redah je. Apabila nilai persahabatan tu dijaga ya
Allah manisnya lebih dari manisan gula tau. Boleh jadi diabetis. Jadi tak risau
la kalau tak ada yang nak bersayang sayang dengan kita ke apa. Sahabat sendiri
ada. Bagi nasihat, tempat bermanja tempat luah sedih. Haaaa. Kannn seronokkk.
Moga ukhuwah dan persahabat dijaga dengan baik. Andai bersahabat kerana Allah
maka disana nanti kita juga akan bertemu semula dengan sahabat kita jika bukan
ukhuwah fillah yang dikejar ada potensi sahabat yang baik didunia menjadi musuh
disana nanti.
Wahai
sahabat andai aku tiada di syurga nanti tanyalah tentang diriku. Moga
persahabatan kami semua ahli mtas diredhai dan kemanisan ukhuwah itu dirasai
dan dijaga dengan rapi.
No comments:
Post a Comment