Saturday, May 23, 2015

Kosong



Bismillah.

Pelik bukan.
Bagaimana yang sifatnya kosong itu mampu memberatkan.

Ciptaan Tuhan Maha Halus.
Dan terlalu mengagumkan.

Sebuah kekosongan.
Walhal kau isi dengan sejuta kebahagian.
Dan kau penuhi dengan semesta senyuman.
Ia tetap menjadi satu ruang kosong.
Tidak terisi.
Diam, sunyi dan sepi.

Hanya dengan kembali pada Tuhan.
Kosong konyong itu seolah terisi.

Walau kau cukup lebih dari tahu.
Kekosongan akan  tetap tinggal sebagai sebuah kekosongan.
Tapi dengan cinta Tuhan.
Kosong itu tiada padanya penyesalan.

Bawa kami kembali, ya Tuhan.

Tuhan.
Menjadi seorang hamba itu ternyata membelah jiwa dengan dasyatnya.

Tuhan.
Bernafas dalam jiwa hamba itu terbukti begitu sakitnya.

Hanya dengan kekuatan dariMu sahaja yang mampu membuat kami ampuh hadapi dunia.

Untuk kesekian kali.
Kuatkanlah.
Isikanlah.
Penuhkanlah.
Kekosongan ini.

How can emptiness feel so heavy?
It is strange.

Isn’t it?

No comments:

Post a Comment