Sunday, November 2, 2014

Bahagia Yang Dicari




Bismillahirrahmanirahim. 

Aku masih mencari-cari apa yang aku inginkan di dunia ini. Aku toleh ke kanan, aku toleh ke kiri. Ke mana aku sedang tuju, apa yang sedang aku cari, bila untuk aku mendapatkan apa yang diinginkan? 

Setelah berlumba lumba dengan berjuta-juta sperma adik beradik aku, aku yang terpilih untuk menembusi ovum ibuku untuk dilahirkan menjadi manusia di bumi. Saat aku dilahirkan, sungguh begitu jelas wajah BAHAGIA pada raut wajah ayah dan ibu. Aku dibesarkan dengan penuh kasih sayang. Sehingga aku memasuki alam tadika dan mula mengenal huruf yang semakin mengajar aku erti kehidupan. Memasuki fasa sekolah rendah, cukup didikan yang diberikan oleh keluarga aku untuk aku mendapat 5A dalam UPSR dan seterusnya 8A dan PMR dan 11A+ dalam SPM. Aku dapat melihat wajah BAHAGIA terpampang pada wajah bonda dan ayahanda aku. 


Semakin aku membesar dan membesar sehinggakan aku memperoleh kerjaya dan isteri, saat ingin melepaskan aku untuk aku belajar hidup berdikari dan mula mendirikan rumah tangga, kulihat bonda menangis tanda syukur BAHAGIA melihat aku mampu untuk hidup dan meneruskan hidup.

Aku semakin tua dan kini aku bergelar datuk. Aku melihat cucuku yang kian membesar, aku mula terfikir, apakah yang sebenarnya aku ingin dapatkan di dunia ini? Apakah aku hanya BAHAGIA melihat anak dan cucuku membesar sehingga suatu hari nanti mereka juga akan berada di tempat yang aku sedang berada sekarang?

Lama aku perhati kitaran hidup yang hampir semua sedang menjalani kitaran hidup yang sama. Tiada beza. Cuma yang membezakan, agama, warna kulit, dan jantina. Namun masing-masing berkongsi cerita yang sama. Tiada apa yang berbeza. Aku mula berfikir apakah yang sedang manusia-manusia ini kejar? Dari watak kanak-kanak, dewasa hinggalah watak golongan veteran. 

Aku mula membuat satu spekulasi yang masing-masing memang berkongsi kitaran hidup yang sama dan masing-masing memburu satu perkara yang sama cuma berlainan cara. Semua orang sedang memburu erti BAHAGIA namun cara dan usaha yang membezakan kitaran mereka. Golongan kanak-kanak gigih menjalani untuk belajar dan terus mengenal huruf sehingga mendapat nombor 1 dalam setiap peperiksaan. Mereka temui kebahagiaan itu dalam nilai nombor 1 dan ibu ayah juga turut berasa puas dengan hasil didikan mereka, anak mereka memberikan hasil dan membuatkan mereka bahagia. 

Namun, berbeza sedikit dengan golongan yang ingin meningkat dewasa, masing-masing mula mencari insan yang selain dari ibu ayah untuk memberikan keBAHAGIAan tanpa mengira halal dan haram. Bagi mereka, pasangan couple itu cukup memberi makna dalam hidup yang masih bergelar bujang. Cukup untuk seorang wanita untuk mendapatkan perhatian dari seorg lelaki, yang mampu ambil tahu makan minum, makan pakai, dah boleh membuatkan mereka berasa BAHAGIA.

Jika dilihat dari golongan dewasa, masing-masing berusaha sehabis baik mencari nafkah dan mata pencarian dek kerana ingin memberikan sepenuhnya kasih sayang dan keBAHAGIAan kepada anak mereka masing-masing. Cukup BAHAGIA bila dapat bercuti bersama, mampu melihat anak-anak senang dan mewah dalam menikmati hidup. 

Dan bagi golongan seperti aku pula, cukup BAHAGIA saat kepulangan anak dan cucu ke teratak usang aku ini. Riuh dan keriangan mereka mampu memecahkan suasana hening yang selama ini membisu. Aku cukup BAHAGIA

Namun, apakah itu erti keBAHAGIAan yang ingin aku kejar sepanjang tempoh 60-70 tahun aku dimuka bumi ini?????

Aku membelek-belek AL-QURAN TERJEMAHAN yang aku jadikan hantaran semasa majlis perkahwinan. Sehinggakan aku temui ayat 30 surah Al-Baqarah dan ayat 56 surah Az-Zariyat. Kini aku mula berjumpa apakah itu BAHAGIA yang aku cari selama ini? Apakah definisi yang aku kejar selama ini. 

Sungguh, BAHAGIA yang aku temukan dalam ayat ini ialah mencari kebahagiaan dalam mentaati perintah Allah. Cukup idealistik utk setiap peringkat umur, dan masing masing berkongsi erti BAHAGIA yang sama. Aku tidak menafikan apa yang telah aku ceritakan seperti di atas. Cuma meletakkan keutamaan dalam mencari makna BAHAGIA itu perlu untuk disusun dengan cantik. Moga Allah memberikan aku ruang dan kesempatan dalam jangka hayat yang pendek ini untuk aku rasai makna BAHAGIA yang sebenar. Ayuh adik-adik, abang kakak, ayah ibu, atuk nenek kita kongsikan rasa BAHAGIA satu dunia ini dengan berkongsi nikmat BAHAGIA ini sama seperti yang Rasulullah S.A.W bawa sehinggakan 2/3 dunia merasai nikmat BAHAGIA apabila mereka mula mengenal Allah. Moga Allah redha. 

~catatan dari si pengembara~

1 comment: