Sunday, October 26, 2014

Kau Kau...Aku Aku


Kenapa korang racist sangat?

Kenapa dipanggil racist? Sebab kita sendiri hidup berpuak-puak tidak bersatu . Semua ni jadi sebab kita sendiri yang melabel ni puak tu ni puak ni. Yang itu kumpulan tu yang ini kumpulan ni jadi semuanya berbalik pada kita.

Siapa yang racist?

Kita sebagai muslim racist sesama muslim dan bila jadi macam ni apa akhlak yang baik atau contoh yang baik kita tunjuk dekat non-muslim? Kita sebagai muslim pun racist dengan sesama muslim yang berlainan bangsa. Racist sebab tidak sama bangsa? Sedangkan Islam tidak pernah membeza-bezakan warna kulit atau taraf kekayaan yang beza terletak pada iman dengan takwa kita yang lain semua sama di mata Allah tapi kita ni yang buat penghalang macam ada satu tembok yang sekat. 

Kalau macam ni macam mana kita sebagai muslim nak didik diri sendiri untuk tidak racist dengan yang non-muslim kalau hubungan sesama muslim pun kita tak jaga. Bukankah sudah dididik kita harus menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Apa guna kalau kita jaga hubungan dengan Allah tapi dalam masa yang sama tidak jaga pun hubungan sesama manusia. Tidak selari bukan? Sama macam kita kalau buat lejar akaun kalau tidak balance kita akan cuba semak dan tambah element yang tertinggal jadi cuba recheck balik diri kita yang buatkan kita tidak adil dan saksama dalam menjaga hubungan sesama manusia ni agar ianya selari.

Ok, untuk tajuk racisct ni banyak contoh yang akan diketengahkan. Yang pertamanya yang bertudung labuh racist dengan orang yang pakai tudung biasa-biasa tidak sekufu katanya tapi tidak harus diingat SEGELINTIR sahaja. Kemudian, kita sendiri racist dengan muslim yang lain bangsa. Contoh la kita kalau jumpa bangsa arab mesti peluk cium semua tapi kalau jumpa yang muslim Bangladesh atauNepal ke ada kita buat macam tu ? Tidak kan, sebab kita ni mindset kita ni fikir diorang tu hina. Kadang tu tegur pun tak nak . Paling tidak bertegur sapa sekadar angkat tangan dan senyum pun dah kira ok. Jaga adab kita bila berjumpa dengan orang. Mana amalan kita sebagai orang muslim yang selalu memberi salam. Kita tahu bukan maksud salam tu sendiri mendoakan yang baik jadi tidak salah bukan jumpa sahaja beri salam. 

Ni baru sesama muslim yang dengan non-muslim ? Kadang-kadang kita ni dengan non-muslim tunjuk perkara yang tak sepatutnya bukan akhlak yang baik. Kita ambil contoh dalam berniaga kalau kita sesama melayu muslim kalau bersaing sampai ada yang buat benda yang tidak baik. Tetapi cuba kita lihat non-muslim, cina terutamanya walau diorang bukak kedai sama, diorang akan bersaing secara sihat, siap boleh promote kedai kawan dia lagi kalau dekat kedai dia tu tiada. Sebab diorang ni bonding kuat yang mana nak tolong bangsa diaorang sendiri tapi kita? 

Kita sepatunya kena buang sikap racist ni sebab nanti akan bagi imej buruk pada Islam. Sedangkan masa zaman Rasulullah dulu pun, Rasulullah s.a.w tidak pernah membeza-bezakan antara muslim dengan yang bukan muslim. Rasulullah sangat menjaga kedua-dua pihak dan setiap undang-undang akan membawa kelebihan buat dua-dua pihak. Dengan akhlak Rasulullah s.a.w yang sangat mulia buatkan ramai orang bukan Islam ketika itu tertarik nak memasuki Islam. Tapi apa kita buat sekarang dengan sikap kita yang racist akan membawa imej buruk pada Islam. Bagaimana kita nak pupuk sikap tak racist dengan non-muslim kalau kita sesama muslim pun masih ada dinding pemisah. Ingat Islam tu bersifat syumul (menyeluruh).

Sebagai contoh , kita ada sahabat yang tidak bertudung dan kita tidak mahu berkawan dengan dia sebab dia tidak bertudung. Sekarang ni cuba kita muhasabah diri kita balik betul ke tindakan kita? Bila kita bertindak macam tu maksudnya kita ni bukan SAHABAT. Seorang sahabat akan membawa sahabatnya ke jalan yang sepatutnya bukannya membiarkan dia sesat atau meninggalkan dia. Mungkin dia ada niat hendak berubah tapi tiada dorongan dan bila kita buat macam tu apa jadi? Mungkin niat dia untuk bertudung akan terkubur. Ni la salah satu kesan buruk bila kita terlalu racist dengan orang. 

Untuk perempuan yang bertudung labuh pula jangan la stay dalam kelompok tu sahaja. Cuba ramahkan diri dengan kelompok yang lain. Pengalaman sahabat saya sendiri yang bertudung labuh, dia menceritakan waktu dia mula-mula melangkah masuk ke alam universiti ramai yang anggap dia dengan imej begitu seorang yang tidak mahu campur dengan orang lain (dengan pelajar perempuan). Tapi, sahabat saya ni seorang yang ramah untuk siapa yang sangat mengenali dia lagi-lagi dengan perempuan. So, masa tu tanggapan orang terhadap dia berubah. Ni menunjukkan semua bermula pada diri macam mana kita bawak diri dan jangan terlalu racist dengan orang. 

No comments:

Post a Comment