Tuesday, December 2, 2014

Tarbiyyah Dzatiyyah





Apa itu tarbiyyah?

Tarbiyyah ialah satu proses dimana kita mendidik diri kita untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tarbiyyah itu sendiri amat penting kerana jika tiada pentarbiyyahan yang berlaku dalam diri seseorang maka tidak lengkaplah DnT kita (Dakwah & Tarbiyyah). Dakwah dan tarbbiyyah adalah satu jadi jika kita hanya berdakwah dan tarbiyyah ditinggal maka akan ada kurangnya. Sebelum ini ada topik usrah dimana ianya merupakan salah satu cara untuk mentarbiyyah diri. Pentarbiyyahan diri merupakan satu langkah yang awal sebelum kita melangkah ke tangga yang seterusnya iaitu dakwah. 

Tarbiyyah merupakan titik permulaan dimana kita harus mendidik diri kita untuk menjadi lebih kuat dari segi jasmani dan rohani. Murabbi saya pernah berkata jika anda melakukan dakwah dan meninggalkan tarbiyyah, dakwah anda akan ada yang kurang. Kerana apa? Kerana anda kadang-kadang tidak boleh memahami dan mendalamai hati sseorang yang ingin didakwah ataupun cara dakwah kamu tu akan menyinggung hati yang lain. Sebab itu tarbiyyah ini amat penting untuk mendidik diri sabar tenang dan kita secara tidak langsung dekat dengan ALLAH . 

Namun sekarang ramai yang melupakan tangga terawal sebelum dakwah iaitu tarbiyyah. Tarbiyyah ini merupakan salah satu langkah pertama sebelum pembentukan Negara Muslim. Dimana tangga yang pertama adalah pendidikan dari individu terlebih dahulu dan ini adalah dimana tarbiyyah pada diri mula diterapkan. 

Cuba la kita fikir kenapa tarbiyyah tu kadang-kadang orang tidak ambil peduli? Pertamanya sebab tiadanya pencerahan tentang kepentingan tarbiyyah ini. Tarbiyyah semakin ditinggal kerana kita sendiri sebagai manusia tidak jelas akan sasaran dan tujuan kita sehingga lupa akan pentarbiyyahan atau didikan yang membina diri menjadi seorang muslim yang mantap rohani dan jasmaninya. Kita menjadi lupa akan tujuan kita ada dekat dunia ni. Ingat dunia adalah tempat untuk kita menanam dan hasilnya dituai diakhirat sana. Andai tarbiyyah dilupakan maka diri akan hanyut dengan dunia. Sibuk mencari rezeki sehingga lupa atau gagal mentarbiyyah diri. 

Bukan itu sahaja ada segelintir mentah-mentah menolak tarbiyyah ini kerana mereka salah faham dengan tarbiyyah itu sendiri. Kerana ada yang fikir tarbiyyah ini memutuskan hubungannya sesama manusia. Salah tu. Bukankah kita sebagai muslim perlu menjaga hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah? Jadi salah bukan tanggapan tu? Ada juga yang fikir buat ibadat wajib dah cukup tak perlu ibadat yang tak wajib. Allahu. Sedangkan Rasulullah pun beribadat siang malam. Buat tahajud even Allah dah janjikan syurga tapi kita? Fikirlah. 

Kemudian terlalu banyak berangan. Berangan apa? Umur tu masih panjang. Wahai sahabat, benda yang paling dekat dengan kita adalah maut. Jadi masih boleh fikir yang kita panjang lagi umurnya? Ajal maut kita tak tahu bukan? Jadi jangan tunggu hingga ke tua, masa muda remaja ni la kena tambah banyak ilmu kena mantapkan diri dengan tarbiyyah.

So, macam mana nak terapkan tarbiyyah dalam diri? 

Mula-mula kena selalu muhasabah diri. Sebelum tidur kita ambil 5 minit atau lebih fikir sejenak apa yang kita dah buat sehari tu. Bila ada salah yang dibuat kita berazam untuk memperbaiki dan jadikan hari esok lebih baik.

Lepas tu kena selalu bertaubat pada Allah untuk menyucikan diri dan hati. Kalau kita dah lama tak menangis sebab muhasabah diri teringat dosa-dosa kita itu dah bahaya. Takut kita makin jauh dengan Allah dan kufur nikmat.

Kemudian carilah ilmu dan carilah guru yang boleh bantu kita. Dalam entri sebelum ni ada sebut pasal usrah. Usrah pun salah satu cara tarbiyyah diri. Ilmu perlu dicari semakin kita gali semakin kita rasa banyak yang perlu kita belajar. Kena rajin pergi majlis ilmu, baca buku ilmiah, rajin baca tafsir. Zaman serba moden tak ada alasan tiada masa. Sebab sekarang dalam phone pun ada al-Quran, boleh cari ceramah dalam Youtube. Dalam mencari ilmu kena ikhlas kalau tidak risau tak melekat dalam hati dan tidak meresap akhirnya tidak dapat diaplikasi pada akhlak kita.

Kemudian buat amalan-amalan yang menambahkan keimanan kita. Sentiasa baca al-Quran, berdzikir, atau buat solat Tahajjud. Kalau tak mampu Tahajjud sebab susah bangun, buat la solat Dhuha. Perlahan-perlahan, buat satu-satu, insyaAllah lama-lama biasa dan sebati dalam jiwa. InsyaAllah. 

Ingat tarbiyyah itu penting untuk mendidik diri kita. Tanpa tarbiyyah, kita akan jadi seperti tin kosong. 

Pesanan ni buat penulis juga. 




No comments:

Post a Comment