What is your ramadhan? Sekadar
bertahan lapar? Sekadar datang terawih tapi beria-ria masa minggu pertama je?
Atau pun sekadar buang masa pusing-pusing satu bazaar ramadhan tu masa
petang-petang, ke sekadar tahan diri tak ‘on the phone’ dengan makwe or pakwe
sebulan? Ramadhan kali ni dah berapa hijrah da? Mulakan balik dengan muhasabah
diri kita. Tanya diri kita apa yang kita nak improve masa ramadhan ni? Bukan dok mengumpat orang ke apa , asyik
nampak salah orang tapi salah sendiri? Silap haribulan kita puasa just dapat
lapar dan dahaga je. Muhasabah diri, dosa kita, apa yang kita dah buat. Maksiat
yang berlaku terhadap diri dan orang lain.
Kekufuran kita terhadapa Ya Rabb ,
Sang pencipta. Sebelum mengulas lebih lanjut sy terang psl kefuturan dulu, futur
ni macam masa iman kita turun kita jadi malas nak beribadah , tiba-tiba malas
nak buat dakwah. Setiap orang ada waktu futurnya cuma ianya berbalik pada diri
kita adakah kita nak terus jatuh atau pun cuba untuk bangkit semula dengan
semanagat baru? Ok, kita balik pada perbincangan asal, kita kenalah sempurnakan
semua amalan wajib kita sebagai seorang muslim. Sempurnakan yang wajib dlu
jangan masuk yang sunat lagi sebab macam mana la nak istiqamah yang sunat kalau
yang wajib pun tak perfect.
So , yang first and utama sekali solat fardhu kita yang 5 waktu tu.
Sebab apa? Sebab, solat kan tiang agama andai solatnya terjaga maka insyaALLAH
baiklah akhlaknya dan ini jelas ditulis didalam surah al-Ankabut ayat 45 , 'sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji dan mungkar.Dan ketahuilah mengingati Allah iatu dengan bersolat itu lebis besar keutamaannya daripada ibadah yang lain '. Sebab tu la kita kena jaga solat kita , kena cukup 5 waktu solat tu. Kadang-kadang ada yang puasa tak tinggal tapi solat tak cukup. Macam
mana tu? Ustaz saya pernah berkata , kesian pada anak-anak kecil yang disuruh
berpuasa sehingga longlai oleh kedua ibu bapanya. Sebab apa ? sebab kalau budak
kecil ini diterapkan dulu tentang solat dan diutamakan yang solat tu dulu
automatik dia tak akan rasa terpaksa nak puasa sebab, orang yang bersolat ni
tahu wajibnya berpuasa. Sebab tu apa pun yang kita nak improve dan muhasabah,
check balik solat fardhu kita. Bila kita ada masalah dengan sahabat or ada
masalah lain, semak balik solat kita sebab bila kita jauh dari Allah hubungan
kita dengan manusia pun akan mula renggang.
Sebab tu solat 5 kena penuh sehari semalam. Dari solat lambat tukar
kepada solat yang on time. Dari solat
yang asyik fikir benda yang ta sepatutnya kepada solat yang hanya fikir Allah
yang satu satunya hanya Allah means kita kena khusuk dalam solat tu.
Langkah seterusnya, pasal Al-quran.
Sebelum dan selepas solat cuba baca dua muka surat al-quran. Jangan sekadar
baca, baca tafsir sekali and amalkan sebab Ulamak ada mengatakan , adapun JAUH
dari al-Quran ada 3 jenis iaitu ; tidak membaca Al-Quran , yang kedua membaca
Al-quran tapi tidak memahami isinya dan yang ketiga membaca al-quran, memahami
isinya tetapi tidak mengamalkannya. Tentulah kita tak nak tergolong antara yang
3 jenis ni kan , jadi cuba improve diri kita dan cuba sehabis baik dan all out
untuk beribadah masa bulan puasa ni.
Seterusnya menjaga hubungan sesame
manusia. Mula-mula sekali hubungan kita dengan ibu dan ayah. Jaga hati diorang, tolong mana yang patut dan
cuba jadi anak yang lebih baik. Kenapa kita boleh baik dan jaga hati kawan kita
tapi dengan ibu atau ayah bila disuruh cikit dah melenting. Sibuk update pasal
dakwah tapi bila dipanggil minta beli barang atau jaga adik-adik melenting
kononnya menganggu. Awak, kita kena tahu dulukan ibu dan ayah dulu. Istighfar
banyak-banyak memang kita kena banyak upgrade diri. Allahu, bersihkan hati ni.
Sebab bila hati terlalu kotor jadi susah nak menangis menyesali dosa yang
dibuat.
Luangkan masa dengan ibu dan ayah sebagai contoh, berbual sebelum waktu berbuka, berbuka sama-sama, terawih sama-sama, bangun qiam sama-sama. Untuk yang jauh dari keluarga , tanyalah khabar ibu dan ayah, telefon diorang jangan diorang yang telifon kita dulu. Then masyarakat sebagai contoh bertukar juadah puasa. Then, cuba jaga mulut tu sebab mulut ni suka sangat mengata kata orang. Apa yang kita dapat? Nanti puasa pahala habis macam tu je. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kawal mulut, mata, telinga dari perkara yang ta sepatutnya. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat mulia jadi waktu ni kita nak improve diri jadi baik bukan jadi biasa-biasa sahaja.
Luangkan masa dengan ibu dan ayah sebagai contoh, berbual sebelum waktu berbuka, berbuka sama-sama, terawih sama-sama, bangun qiam sama-sama. Untuk yang jauh dari keluarga , tanyalah khabar ibu dan ayah, telefon diorang jangan diorang yang telifon kita dulu. Then masyarakat sebagai contoh bertukar juadah puasa. Then, cuba jaga mulut tu sebab mulut ni suka sangat mengata kata orang. Apa yang kita dapat? Nanti puasa pahala habis macam tu je. Puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga tapi kawal mulut, mata, telinga dari perkara yang ta sepatutnya. Bulan ramadhan ni bulan yang sangat mulia jadi waktu ni kita nak improve diri jadi baik bukan jadi biasa-biasa sahaja.
Lepas tu, buat la ibadah-ibadah sunat.
Asalkan tidak menganggu yang wajib. Sebagai contoh, bangun qiam tapi ta bangun
sahur atau subuh. Tak boleh macam ni, kita kena selari bab wajib dan sunat dan
patut sempurnakan yang wajib dahulu. Then, yang akhir sekali, istiqamah. Even
da habis ramadhan pun kita kekalkan amalan kita tu. Kita improve dan cuba
kekalkan istiqamah tu. Sebab tu niat kena betul macam kita hantar surat kalau
salah alamat , salah tempat bukan? Jadi
, marilah sama-sama improve diri kita. Puasa ni buat amalan banyak-banyak. J
pesanan buat kami juga.. >_<
No comments:
Post a Comment