Saturday, July 19, 2014

:: Lailatul Qadar , Mari Menuju Kemenangan! ::























          Malam lailatul qadar malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Fadhilat nya sangat besar. Malam yang dimana jika dikurniakan oleh Allah SWT kpd kita, pohonlah keampunan daripada Allah SWT sperti yang disuruh oleh Nabi SAW. Fasa kerahmatan dan fasa keampunan telah pun berlalu, kini fasa perlepasan daripada api neraka. Pecut whai muslim,pecut!. IKTIKAF di masjid, ZIKIR, baca ALQURAN, buat SOLAT2 SUNAT. Allahuakbar, moga Allah mengurniakan keampunanNya kepada kita. Rahmat Allah SWT sangat luas. Jika intan permata yang diidamkan, percayalah bahawa keampunan daripada Allah SWT itu berkali ganda lebih berharga. Lari ! Pecut ! Kejar semula apa yg sudah tertinggal !


          Ramadhan yang penuh barakah ini usah dibazir! Jika datangnya ramadhan kau menangis gembira, perginya pula kau akan menangis kesedihan. Allah Ar-Rahim, kasih sayang Allah kepada hambanya tersangatlah hebat! Nah! Peluang didepan mata, pohonlah, hajatkanlah apa yang engkau pinta kepada Allah nescaya Allah akan tunaikan, jika tidak tertunai, ingat lah bhwa Allah maha mengetahui, Allah telah aturkan, Dia telah simpankan untuk engkau apa yang lebih baik daripada yang engkau pinta. Allahu.. Ramadhan ini, bulan yang sememangnya menjadi hadiah buat umat Islam. Jangan leka lagi, kejar! Ambil seberapa banyak manfaat daripada bulan ramadhan yang telah dikurniakan ini wahai muslim sekalian.

          Ramadhan ini juga, telah dikhabarkan kepada muslim seluruhnya tentang keadaan saudara kita di gaza, syria dan ditempat lain yang ditindas oleh orang-orang kafir laknatullah. Sehubungan dengan itu, ramadhan bulan yang mulia, insyaaAllah bersama2 kita menguatkan hubungan silaturrahim, merapatkan saf-saf solat, dan mendoakan kebaikan saudara2 kita. Semoga mereka diberikan kemenangan dalam melawan tentera-tentera kafir laknatullah. Allahu.. malaysia juga diuji oleh Allah degan berita buruk tentang pesawat MH17. Mari lah kita yang masih dikurniakan Allah kesempatan untuk menghirup udara kepunyaanNya ini untuk menadah tangan, berdoa agar malaysia dikurniakn keamanan dan rakyatnya diberikan keampunan. Semoga Ramadhan ini menjadi titik tolak untuk kita merubah hidup kita kearah yang lebih baik dan akhirnya diampunkan oleh Allah SWT serta mendapat rahmat daripada kasih sayangNya.

No comments:

Post a Comment