Saturday, July 5, 2014

:: Hendak Menimba Tapi Berkira?::

Ok,  cuba bayangkan korang ada dalam situasi ni.

1. nak beli buku ilmiah tapi sebab mahal korang tak jadi nak beli.
2. nak pergi  majlis ilmu / usrah tapi sebab banyak sangat assignment dengan homework / korang nak hangouts dengan kawan sebab da janji so, korang batalkan niat nak pergi.

Kenapa saya minta anda bayangkan ? sebab situasi ni berkait dengan entry ni.

Contoh  kita nak beli buku tu , pernah dimana situasi saya sendiri mengalami . kejadian bersama sepupu saya bila mana dia nak membeli buku fiqh tetapi ditangguh dulu niatnya kerana harganya mahal dari situ timbulnya idea sy nak menulis entry ni. Tidak salah hendak berkira tapi bila kita rasa dan tahu sesuatu itu penting cuba usahakan untuk beli. Kalau kita boleh beli baju mahal, kasut mahal barang yang branded handphone yang canggih takkan buku yang kita guna untuk menambah ilmu tak nak usahakan untuk beli. Betol ta? Tapi, orang kata dalam menimba kita kena berguru takut sesat jalan sebab itu saya selit sekali dengan mjlis usrah agar seimbang dan buku tu untuk buat kita lebih faham.

Pesanan untuk saya juga sebagai seorang pelajar sebab, kadang-kadang saya juga mengalami situasi bila mana murrabi ajak untuk berusrah dan saya memberikan alasan saya sibuk dgn hw , assingment n sbginya *rasa bersalah sangat kat murrabi saya . Sebab tu kita kena pandai susun masa. cth kalau ada kuiz try la berbincang ddengan naqib /naqibah nak singkatkan masa usrah tu atau minta tangguh dulu tentu naqib/naqibah akan faham. Tapi kalau tana pergi usrah or aktiviti yang menuju kerah majlis ilmu sebab kita nak lepak dengan kawan or buat benda yang lagha memang nak kena tarbiyyah balik ni!

Dalam dua-dua situasi tu kita kena cuba tolerate dan jgn terlalu berkira dari segi kewangan dan masa sebab ni jugak salah satu cara nak mendidik diri kita didik diri dari segi memilih mana yang lebih penting iaitu fiqh keutamaan (siqh aulawiyyah)
kalau kita sibuk dengan assingment , test semua lepas tu rasa stress percayalah kalau kita cuba spent time pergi usrah or majlis ilmu yang lain kita akan tenang balik lepas tu lupa semua maslah semua kerja tu. Sebab apa? Sebab kita pergi ke majlis ilmu kan dapat berkat dan kita dapat dua-dua skali, ilmu n ukhuwah. Ukhuwah yang ada dalam bulatan gembira itu sendri akan buat kita lupa semua masalah. Bila balik tu insyAllah akan dipermudahkn bila hati pun da tenang lepas tu senang la nak buat kerja. 

Jadi jangan berkira dalam urusan menuntut ilmu ni. Sebab nanti kita jugak yang rugi tapi  ada certain situation yang kita boleh memilih dan dulukn yang lebih penting dan ini termasuk dalam siqh aulawiyyah (fiqh keutamaan ) yang saya dah sebut kat atas tadi. Sebagai contoh ad kuiz or test  mana yang kita akan pilih? Majlis ilmu ataupun testdan kuiz. Dalam kes ni kalau kita dah yakin dan sudah pun study lebih awal kita pergilah majlis ilmu. Namun, jika kita tak yakin lagi dengan apa yang  kita baca tidak mengapa dulukan study sebab study pun ibadah kerana kita sedang menuntut ilmu.  Tapi yang tak bolehnya bila kita tak nak pergi majlis ilmu sebab sibuk dengan game dan sibuk dengan bnda2 lagha sampi kita berkira nak pergi menimba ilmu.

Tuntutlah ilmu kerana dengan ilmu ia akan membantu kita dalam kehidupan seharian. Ilmu sangat berkait dengan amalan kita. Tanpa ilmu yang kuat , bagaimana kita nak sentiasa upgrade amalan kita dan tinggalkan perkara yang dilarang sebab kadang-kadang perkara yang kita anggap remeh tu la yang kita kena jaga. Ilmu juga kena selari dengan amal 
 J

#Pesanan buat kami juga. Allahu , moga setiap yang ditulis akan menjadi pengajaran dan moga saya juga tidak leka dan tidak berkira. Maaf juga entry blog sudah lama tidak diupdate. 

No comments:

Post a Comment