Tuesday, July 29, 2014

:: Hidayah Milik Allah::



walaupun hati sesorang hamba Allah itu diselubungi kegelapan  kerana maksiat dan dosa, tetapi jika Allah mengkehendaki, hati nya akan tetap mencari-cari  cahaya hidayah Allah. Hati yang telah dijentik itu akan terus membuka jalan untuknya mndekatkan diri kepada Allah. Ini kerana hidayah itu milik Allah tetapi manusia diberi pilihan untuk mencari Allah atau berpaling dari-Nya. Jadi ketika hati rasa ingin mendekatkan diri kepada Allah terus berusaha sedikit demi sedikit mencari sahabat, bahan bacaan cuba upgrade diri kerana rasa itu susah umtuk hadir semula andai dibiarkan.


Di dalam surah al -An'am ayat ke 125" barang siapa dikehendaki Allah akan mendapat hidayah (petunjuk), Dia akan membukakan dadanya untuk (menerima) Islam. Dan barang siapa dikehendaki-Nya menjadi sesat , Dia akan jadikan dadanya sempit dan sesak seakan-akan dia (sedang) mendaki ke langit. Demikianlah Allah menimpakkan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman."


No comments:

Post a Comment