Assalamualaikum..
Adakah kita berhak?
Kenapa saya menulis entry pasal
ni? Ok, kisahnya bermula semasa saya solat berjemaah di salah sebuah surau di
Malaysia , apa yang terjadi? Pergerakan imam terlalu laju sehinggakan makmum
dibelakang tidak terkejar. Kitaorang yang dekat belakang ni semput , terus tak
khusuk. Dalam ketidak khusukan tu saya terfikir dimana hak kami sebagai jemaah
, sebagai makmum untuk solat dengan tenang? Secara khusuk? Mana perginya hak
dalam solat , khusuk dan tomakninah . Apabila jadi begini tomakninah dan
khusuk kami kemana dan kami kemana.
And, actually sory dekat korang
entry ni bukan pasal imam or solat or
ape. Just nak bagi korang fikir sekejap untuk mukadimah ni. Peace . Ok, entry
yang sebenar saya nak menceritakan tentang HAK . Dimana nak bagi korang
berfikir apa yang berlaku.
Setiap insan kat dunia ni ada hak
dia even makhluk Allah yang lain pun ada haknya . Bukan tu je, Allah
menciptakan manusia ni dengan tanggungjawab dan akal fikiran. Antara
tanggunjawab kita kat dunia ialah memberikan hak kepada yang berhak. Tidak kira
hak kepada insan lain mahupun makhluk selainnya. Sebab, kadang-kadang dengan
memberikan hak kepada sesuatu ianya akan
bagi benefits balik kat kita. Sebagai contoh, tanah apabila kita berbudi pada
tanah akhirnya ianya akan memberi hasil kepada kita. Bukan tu sahaja, dengan
adanya pokok dan tumbuh-tumbuhankita dapat makanan dan oksigen.
Tapi kita kena ingat tiada
pemberi hak yang lebih adil melainkan Allah S.W.T. Tapi, adakah amalan kita setanding
dengan rahmat yang Allah beri? Allah tetap memberi dan terus memberi tanpa
meminta bal[asan tapi apa yang kita buat? Apa balasan kita? Sedar la wahai
sahabat. Yes, memang Allah ta perlukan balasan malah kalau kita meminta banyak
sekalipun dia akan memberi kerana dia suka dan sayang jika kita meminta
padaNya.Hal ini jelas dinyatakan didalam surah al-Ghafir ayat 60 “ Berdoalah
kepadaKu, nescaya Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang yang sombong tidak
mahu menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina” Nampak kan?
Dan kadang-kadang kita ni hanya cari dan memohon pada Allah waktu kita susah
sahaja namun perkara ini harus dibetulkan. Kerana apa? Kerana takut kita
tergolong dalam orang-orang yang tidak bersyukur hanya meminta bila perlu.
Muhasabah diri kita balik .
No comments:
Post a Comment