Dalam usaha untuk menjadi mukmin yang awesome proses pentarbiyahan yang penting sebab tiada manusia yang lahir terus dapat buat ibadah dengan sempurna , terus ada iman yang mantap , terus boleh berdakwah. Kena belajar dulu. Proses pembelajaran ini haruslah berlandaskan 10 muwasoffat tarbiyyah. Ok, nak bagi korang lagi faham , yang 10 muwasoffat tarbiyyah akan diterang pada next entry and now nak terang dulu pasal salah satu dari 10 muwassoffat tarbiyyah iaitu berpengetahuan luas. Berpengetahuan luas kat sini bukan je pasal isu semasa , perkara yang korang belajar kat sekolah or kolej tapi termasuk ilmiah. So, kat mana korang nak dapat semua ni? Ha, ni la jawapan dia. USRAH !!! (gelak jahat).
Apa itu Usrah? Usrah ialah
perkataan arab yang bermaksud keluarga . Usrah ni pun bukan sahaja menekankan
pembelajaran ilmiah sahaja malah ia juga bertujuan untuk membina satu kumpulan
atau komuniti yang mempunyai ukhuwah yang mantap. Namun, sekarang sudah ada
usrah di lama sosial seperti wassap dan wechat di mana , walau berjauhan usrah
masih dapat dijalankan seperti biasa. Usrah juga bukan semata-mata satu proses
pembelajaran ilmu sahaja namun ia merangkumi pendidikan dan pembentukan sebuah
individu itu. Abang murrobi saya percaya dan yakin dengan adanya usrah dapat
melahirkan individu yang cemerlang dari segala segi lantas dapat melahirkan
masyarakat yang mana mempunyai ukhuwah
yang mantap tidak kira pada darjat atau mempunyai daya pemikiran yang
tinggi. P/s abang murrobi saya comel. :3
Sekarang kita masuk kepada rukun didalam usrah untuk buat semua faham kenapa usrah dikatakan sebagai satu ‘platform’ yang pembentukan individu berasaskan ukhuwah islamiyah.
Ta’aruf ini ialah dimana
proses berkenalan secara rapat dan mendalam bagi menimbulkan rasa kasih sayang
antara naqib/naqibah bersama anak-anak usrah. Di mana rukun yang awal ini
penting kerana, jika tidak kenal secara rapat dan kasih sayang itu tidak timbul
bagaimana hendak terus ke rukun yang seterusnya. Rukun yang pertama ini menitik
beratkan hubungan kerana Allah. Hadis riwayat al-Muslim menyatakan “Tidak beriman (secara sempurna) seseorang kamu sehingga dia
mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri”, dan sabda
Rasulullah s.a.w yang bermaksud ‘orang
yang beriman dengan orang beriman yang lain laksana satu binaan , saling kuat
menguat antara satu sama lain . Sudah jelas bukan kepentingan ta’aruf ini
untu kita mengenal sahabat kita dengan lebih dekat dan mendalam supaya kita
memahami diri sahabat sehingga yang remeh paal sahabt pun kita tahu , yang mana
sahabat suka dan tidak suka jadi bila kita sudah tahu mana-mana yang sahabat
kita tidak suka kita elakkan agar ukhuwah itu makin erat.
Yang kedua Tafahum. Tafahum
bermaksud bersefahaman. Kita sentiasa istiqamah dalam melakukan kebaikan dan
mencegah kemungkaran. Dalam tafahum ini
ingin memupuk setiap sikap saling memahami sehingga kita boleh saling
nasihat-menasihati dan menerima dengan hati yang terbuka. Jadi setiap masalah
boleh dikongsi. Kita juga boleh meminta nasihat pada naqib/naqibah kita.
Yang ketiga Takaful. Takaful
ini adalah satu peringakat dimana kita
sebagai sahabat membantu sahabat yang lain. ? Meletakkan diri kita di tempat
mereka, memahami kesulitan yang dihadapi. Sebab itu usrah ini kekuatan ukhuwah
itu dititikberatkan. Jadi apabila kita sudah seperti keluarga masalah boleh
dikongsi sekali , suka duka segala bersama Jika mereka dalam kesulitan kita
cuba membantu. Sama ada masalah kewangan, masalah dalam pelajaran. Inilah
sahabat yang sebenar yang cuba diterapkan dalam usrah selain pendidikan diri
dan pembentukan individu muslim itu sendiri. Rasulullah SAW bersabda : “manusia yang paling disayangi ialah yang
paling bermanfaat kepada manusia lain, sebaik-baik amalan pula ialah memberikan
kegembiraan pada saudara seislam, menghilangkan kesusahannya, melunaskan
hutang, menghapuskan kelaparannya, sesungguhnya aku suka berjalan bersama
saudaraku untuk menunaikan hajatnya lebih aku sukai dari beriktikaf di dalam
masjid ini sebulan…”
Dari ketiga-tiga rukun ini harap semua faham
serba sedikit tentang usrah itu dan kepentingannya. Untuk sesiapa yang membaca
entry ni dan dah pun join usrah nak
tanya pada korang sejauh mana korang kenal sahabat-sahabat usrah? Tepuk dada
tanya hati. Adakah ketiga-tiga rukun ni betul-betul kita semadikan dalam hati.
Pesanan buat kami juga.
Pada yang belum join usrah carilah dan rasa bagaimana berukhwah kerana Allah ,rasa bagaimana hidup dengan tarbiyah.Biar kamu tak rasa kamu kembara sendirian di gurun tandus yg penuh cabaran dan dugaan serta fitnah di akhir zaman jadi kamu rasa nikmatnya mengejar mahar sebuah Syurga kerana kita ada sahabat yang bersama-sama dengan kita. Buat para mahasiswa dan para mahasiswi yang bakal masuk ke universiti, adik-adik carilah kumpulan usrah ini. Apabila kita jah dari keluarga macam-macam boleh jadi dengan kita ikut usrah diri kita akan sentiasa diisi dengan ilmu dan akan mengelakkan kita melakukan perkara yang idak sepatutnya. Kerana apa? Kerana sahabat-sahabat akan menasihati kita. Naqib dan naqibah tu sebagai ibu bapa, kakak atau abang kita dan sahabat-sahabat lain sudah seperti adik beradik yang buat kita mengubati rindu pada keluarga. Inilah sebab usrah dipanggil sebagai keluarga.
Kadang-kadang bagi orang yang belum berjinak
dengan usrah pasti ada yang berfikiran usrah untuk budak budak yang bertudung
labuh dan berkopiah sahaja. Jangan begitu , usrah untuk orang menjadi lebih
baik dan untuk orang yang sentiasa nak upgrade diri. Usrah bukan sahaja tempat
untuk berkongsi ilmu malah berkongsi pendapat tentang isu semasa, bercerita
mengenai masalah dan ada juga aktiviti luar yang menitikberatkan fizikal dan
mental. Usrah merangkumi semua.
Pada yang belum join usrah carilah dan rasa bagaimana berukhwah kerana Allah ,rasa bagaimana hidup dengan tarbiyah.Biar kamu tak rasa kamu kembara sendirian di gurun tandus yg penuh cabaran dan dugaan serta fitnah di akhir zaman jadi kamu rasa nikmatnya mengejar mahar sebuah Syurga kerana kita ada sahabat yang bersama-sama dengan kita. Buat para mahasiswa dan para mahasiswi yang bakal masuk ke universiti, adik-adik carilah kumpulan usrah ini. Apabila kita jah dari keluarga macam-macam boleh jadi dengan kita ikut usrah diri kita akan sentiasa diisi dengan ilmu dan akan mengelakkan kita melakukan perkara yang idak sepatutnya. Kerana apa? Kerana sahabat-sahabat akan menasihati kita. Naqib dan naqibah tu sebagai ibu bapa, kakak atau abang kita dan sahabat-sahabat lain sudah seperti adik beradik yang buat kita mengubati rindu pada keluarga. Inilah sebab usrah dipanggil sebagai keluarga.
Ingin saya share keindahan ukhuwah dalam usrah tu , bagaimana ukhuwah yang kuat dapat terbentuk persahabatn erat seperti sebuah keluarga dan yang paling best masa aktiviti bersama. Macam yang dah diterang diatas usrah bukan sahaja berkongsi ilmu naqib dan naqibah perlu kreatif untuk mempelbagai aktiviti dan pengisian agar anak-anak usrah tidak bosan dan harus ada pengisian yang mantap. Yang paling comel bila kita semua makan bersama-sama mengelilingai talam dan suapan pertama buat sahabat lelaki pun tau. Berkongsi masalah , nangis bersama ketawa bersama. So, rasalah kekuatan ukhuwah dan kemanisannya dan bagaimana perubahan diri apabila diri hidup dalam tarbiyyah. Diri akan dekat dengan Allah S.W.T dan sesama manusia. Inilah bulatan gembira yang sama-sama ingin menuju ke jannah.
Assalamualaikum, entry yang amat bernas dari MTAS. Kita masih tak faham konsep sebenar usrah. Masyarakat anggap usrah ni cuma sekadar kumpul,sembang kosong,makan dan balik. Tetapi usrah ni permulaan bermula perkembangan dakwah islamiah. Semoga usaha MTAS diberkati Allah dan dimudahkan urusan dalam berdakwah. Takbir!
ReplyDeletewaalaikumsalam. terima kasih :')
Delete