Wednesday, May 28, 2014

Adakah Aku Orang Yang Sama?

Adakah aku orang yang sama?
Mesti para pembaca tertanya –tanya apa motif tajuk article kali ni? Ok, macam ni ‘adakah aku orang yang sama’ berkisarkan tentang diri kita , peribadi diri kita di alam realiti dan alam maya. Adakah kita merupakan orang yang sama peribadinya dia alam realiti dan alam maya. Kita sebagai seseorang yang berkongsi ilmu di laman sosial mengajak orang kepada amar makruf nahi mungkar dengan memberi nasihat dan peringatan  yang sebenarnya ditujukan untuk diri kita juga dan bagaimana kita nak pastikan apa yang kita tulis tu kita aplikasikan dalam kehidupan kita. Inilah tujuan article ini ditulis. Nak kita muhasabah diri balik. “ Adakah aku ni orang yang sama, adakah aku buat apa yang aku nasihat dan segala peringatan yang aku peringat pada orang lain adakah aku berjaga-jaga?”


Pertamanya , alhamdulillah kita ada kesedaran untuk menarik orang kearah kebaikan kerana kita sedar akan tanggungjawab kita.  Tapi , sesetengah orang akan mempersoal “ kau pun tak buat tapi nak ajak aku”  ataupun “ kau pun baru nak mula berubah dah pandai nasihat orang”
Ni jawapannya, kita kena menjaga hubungan kita dengan Allah dan hubungan sesama manusia oleh itu kita ada tanggungjawab yang perlu dilakukan. Saya akan bentang dulu mengenai tanggungjawab kita kepada manusia yang mana setiap dari kita telah disuruh mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran seperti yang telah tertulis didalam surah al-imran ayat 104 & 110. Jadi sudah jelas bukan setiap dari kita perlu mengajak kepada amar makruf nahi mungkar. Sebagaimana yang sudah dijelaskan , kata-kata nasihat itu dan peringatan itu adalah buat peringatan diri dan seorang itu sendiri sedang berusaha untuk kearah itu jadi sila buang fikiran negatif itu bagi pihak yang mudah memandang orang yang memberi nasihat seperti dialog diatas. Sekurang-kurangnya dia berusaha membuat kebaikan walaupun sedang bertatih namun akhirnya nanti pasti akan berlari bukan? Bukan seperti kita memandang negatif tapi tiada usaha  untuk membantu dia.


Yang kedua, tanggungjawab kita pada Allah. Ingin saya tegaskan tanggungjawab kita sesama manusia berkait rapat dengan tanggungjawab kita pada Allah S.W.T. Sebab apa saya berkata seperti ini? Ini kerana , jika kita telah mengajak orang kepada kebaikan dan meninggalkan keburukan maka kita harus tunaikan tanggungjawab kita kepada Allah S.W.T pula dengan mengerjakan apa yang kita katakan. Ingatlah , bahawa Allah amat membenci jika kita mengatakan sesuatu yang tidak kita kerjakan dan ini sudah tertulis di dalam surah al-Saff ayat 2-3 . Jadi, setiap perkara yang kita nasihat dan peringatan yang diberi sama ada di laman sosial ataupun di dunia realiti kita harus berusaha untuk mengaplikasikan perkara yang kita nasihat didalam diri kita biar bertatih tetapi ingat jika kita sudah biasa lama-lama akan berlari.
Ingin saya katakan, ya kadang-kadang kita hanya ‘share’ post di facebok atau twitter dan tak salah pun kerana  lama-lama kita akan terdetik untuk lakukan perkara yang sama. Tetapi jika kita menunjukkan kebaikan namun hakikatnya kita sendiri tahu yang kita tidak lakukan , kita akan rasa ada yang tidak lengkap kerana kita tahu diri kita sebenar bagaimana. Untuk mengenal diri kita yang sebenar lihatlah apa yang kita lakukan ketika bersendiri.


Saya nak bercerita mengenai satu kisah mengenai seorang murid yang dibawa oleh gurunya ke pasar dengan sekarung guni yang telah diisi dengan ketulan-ketulan batu sehingga guni itu penuh. Lalu, mereka berdua jalan di pasar itu dan sepanjang jalan orang berkata banyaknya barang yang dibeli , malah ada yang memuji namun tiada seorang pun diantara mereka tahu kandungan sebenar guni tersebut. Bila mereka sudah pulang dari pasar, gurunya bertanya pada muridnya.
“Apa yang kamu dapat dari pengalaman tadi?”
“Orang memuji saya kerna mereka berfikir karung itu penuh dengan belian dari pasar tetapi hanya kita sahaja yang tahu di dalamnya hanyalah batu ”
“Jadi berat ? Itulah yang akan terjadi andai kita berpura-pura berbuat baik dan orang memuji namun hakikatnya kita bukanlah seperti yang disangka. Hati kita rasa bangga dengan pujian tapi sebenarnya kita terbeban kerana harus berpura-pura. Jadi dari diri berpura-pura jadilah yang baik seperti yang disangka tanpa mengharapkan pujian kerana kita mengharapkan redha Allah bukannya redha manusia.”


Faham bukan? Apa yang kita dapat, jadilah orang yang sama, sama ada dilaman sosial atau diluar dan ingatlah walaupun kita bersendirian , Allah itu nampak apa yang kita lakukan dan di kiri dan kanan kita ada malaikat yang mencatit kebaikan dan keburukan kita. Jadi, tidak kiralah dihadapan orang atau bersendiri jadilah orang yang beriman kepada Allah dan Rasul.
Jadi bagaimana nak memastikan kita orang yang sama? Sentiasalah muhasabah diri kita. Sebelum tidur muhasabah diri kita apa yang kita buat dalam satu hari ni. Andai ada perkara salah yang kita lakukan minta ampun pada Allah , hal ini akan dapat menghalang diri melakukan perkara dan mungkar. Ini juga akan memastikan kita di landasan yang benar. Kerana apabila kita mengajak orang pada kebaikan akan ada hasutan syaitan yang mengajak kita melakukan kemungkaran. Sebab itu kita harus sentiasa muhasabah diri dan dekatkan diri  dengan sahabat-sahabat yang sentiasa menasihati kita.


Jadi jawapan adakah aku orang yang sama? Jawapan itu hanya kita sahaja yang boleh jawab. Muhasabah diri , jaga hati dan cuba sebaik mungkin menjadi seorang islam yan sebenar-benarnya.  Perbuatan baik yang kita pamerkan juga boleh menjadi nasihat pada orang lain kerana nasihat secara perbuatan lebih berkesan dari kata-kata. Seperti yang sudah diterangkan dalam artikel dakwah sebelum ini.

8 comments:

  1. bro andai boleh ubah tulisan untuk entry..sbb pening nak baca.hahah ok nasihat psl benda lain pulak..tp serius ni serius..

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. betul...
      maaf juga...
      setiap perenggan juga perlu di jarakkan 1 line...

      klo bersambung2 terus xde pemisah antara perenggan 1 2 etc pmbaca jd bosan...

      Delete
    3. means kalau boleh tukar font yang lebih mudah untuk dibace..

      Delete
    4. Maaf semua .. insyaAllah akan diperbaiki, , terima kasih

      Delete
  2. salam, okey bagus nasihat n peringat itu.. :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang bermanfaat buat diri.Syukran.

    ReplyDelete