Jam sudah menunjukkan 6.50 menandakan setengah lagi jam akan berkumandang azan manghrib
Ayah sudah siap-siap hendak ke surau. Ibu dan aku
pula baru selesai memasak di dapur. Aku yang paling sulung dipanggil along oleh
ibu. Kebetulan aku sedang cuti sem ketika ini, aku mengambil tugas mengajar
adik-adikku mengaji dan mengajar mereka jika terdapat sebarang kesulitan dalam
pelajaran.
Azan berkumandang di tv dan kedengaran dari surau
berdekatan rumah kami. Adikku yang paling bongsu berumur 3 tahun yang membahasakan
dirinya adek mengajak ku mengaji. Dalam pelat dia berkata. " Along jom
solat. jom la." sambil menarik tanganku menuju ke toilet utuk mengambil
wuduk. Adik memang begitu jika sudah mendengar azan pasti terus mengajakku
membantunya mengambil wuduk.
sedangkan Angah sibuk menonton television manakala
alang sibuk bermain game. Geleng kepalaku melihat mereka. Lantas aku berkata ,
" Angah, alang tengok adik ni dengar azan je dah ajak along solat kamu berdua boleh senang lenang lagi? cepat siap nak solat
ni".
Ibu sudah berkali-kali pesan jangan main game dan
tengok tv, kerana ibu hendak mereka siapkan diri untul solat dan mengaji nanti.
Walaupun baru berumur 3 tahun dia sudah tahu
cara-cara mengambil wuduk namun harus dipantau juga kerana ada sedikit kesilapan.
Tapi tidak mengapa sedang belajar bukan? ketika aku ke bilik solat adik
memintaku memakainya telekung.Aku menghamparkan sejadah untuknya dan aku.
kemudian aku meninggalkannya seketika untuk mengambil al-quranku dibilik tidur.
Tiba-tiba aku mendengar suara adik nangis dengan sangat kuat sehingga aku dan
ibu terkejut.
Ibu bertanya padaku " kenapa tu long? "
aku hanya menggeleng. ketika sampai didalam bilik
solat aku bertanya pada angah dengan penuh tanda tanya kerana aku lihat adik
tidak luka pun.
"adik menangis sebab angah pakai telekung
along. Dia kata ni along punya jangan pakai tapi angah pakai jugak saja
menyakat dia tu yang dia menangis. " dalam tawa angah memberitahu
"angah ni dah tahu macam tu pergi sakat adik jugak
kenapa? telekung angah mana? tahu tak
maghrib ni, malu kat orang je tau. Dah solat cepat " tiba-tiba ibu
mencelah.
" baik ibu"
Aku memujuk adik dan akhirnya dia diam apabila
melihat aku menyarung telekungku. Ibu
menjadi imam dan kami menjadi makmum.
Adik walaupun dia masih tidak tahu bacaan solat sepenuhnya namun dia
hendak juga ikut solat dan dia mengikut setiap gerak geri dalam solat. Ibu dan
Ayah sangat senang dengan sikap adik. Adik masih kecil namun orang kata budak
sekecil ini dia belajar melalui perbuatan kita yang besar ni jadi kena
tunjukkan tauladan yang baik. Selesai solat semua mengambil giliran hendak
mengaji. Adik lantas duduk dihadapanku dengan membawa iqra'nya. Aku mengajarnya
alif , ba, ta tapi lebih menggunakan flash card kerana itu lebih membuatnya
faham. Namun buku iqra'nya tetap dibuka juga.
itulah adikku yang tersayang.
nak tahu pengajarannya apa?
cuba tengok, budak kecil pun tahu bila azan je nak
kena solat, mengaji sebab dia tahu solat tu tak
boleh tangguh atau dilambatkan. Tapi kita yang dah besar ni, yang dah tahu baik
buruk masih lagi lalai dan leka. cubalah ambik iktibar dari cerita di atas,
lepas ni kita cuba jangan lengahkan solat.
Solat di awal waktu itu terapi hati menenangkan jiwa. Masa ni je yang
Allah nak kita luangkan masa 'date' dengan Dia. kita kalau meminta sesuatu pada Allah nak
hasilnya cepat kalau lambat pasti merasa Allah " ta sayang aku lagi "
tanpa fikir hikmah atau berfikiran positif dan sabar. Sedang kita sendiri waktu solat pun kita lambatkan tapi semua benda nak cepat .
Kena muhasanah diri balik, dahulukan yang penting dahulu. Solat itu kan tiang
agama yang penting andai tidak sempurna pasti suruhan lain juga tidak sempurna.
Moga kita semua tergolong dalam orang yang sentiasa awal dalam solatnya.
Sebelum tu, ni gula-gula untuk anda :)
* Fadhilat orang yang menjaga solatnya *
Rasulullah s.a.w bersabda " Jagalah waktu-waktu
solat terutamanya solat yang pertengahan zuhur, pada saat itu nyalanya neraka
Jahanam, orang Mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu diharamkan ke
atasnya wap api neraka Jahanam pada hari Kiamat". Sabda Rasulullah s.a.w
lagi : Manakala solat Asar adalah solat saat Nabi Adam a.s. memakan buah
Khuldi. Orang Mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir."
Kemudian, "Jagalah waktu-waktu solat terutamanya
sekali solat yang pertengahan,
Solat Maghrib itu adalah saat di mana
taubat Nabi Adam a.s diterima. Seorang Mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada
Allah maka akan diperkenankan"
Sabda Rasulullah s.a.w : " Solat Isyak
(attamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat , maka
seorang Mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan
solat Isyak berjemaah , Allah s.w.t
haramkan daripadanya terkena nyalaan api neraka dan diberi cahaya umtuk
menyeberangi titi sirath"
Sabda Rasulullah yang seterusnya : " Solat
Subuh pula , seorang Mukmin yang mengerjakan
solat subuh selama 40 hari secara berjemaah, diberi oleh Allah s.w.t dua
kebebasan iaitu :
·
dibebaskan daripadanya api neraka.
·
dibebaskan daripadanya nifaq ( sifat munafik )
No comments:
Post a Comment