Friday, April 18, 2014

:: Ikatan Yang Takkan Terlerai ::


Part 1
Iman dan Qasrina buah hati pengarang jantung ibu dan ayah. Iman dan Qasrina kembar yang dilahirkan hanya selang 5 minit. Iman merupakan kakak dan Qasrina merupakan adik. Kedua-duanya mempunyai penampilan yang sopan serta pandai atas didikan yang  diberikan oleh kedua ibu bapa mereka.  Pn. Intan dan Encik Ammar amat menitik berat hal agama dan akademik ini kerana , bagi mereka kedua-duanya haruslah seimbang.
Di satu ruang Iman termenung seorang.
“Iman, buat apa ni? Tak nak ajak ina pun.”
“Hee, saja mengimbau kenangan. Hehe. Ina , nantikan macam mana kalau kita dapat tawaran universiti tak sama. Iman tak nak pisah jauh-jauh dengan Ina.” Sambil melentokkan kepalanya di bahu Ina.
“Iman ni , Ina yang adik tapi Iman pulak yang manja lebih. Haha, tak ada pape la, handphone kan ada. Kalau ta pun kita skype.  Ok? “
“ok !”

::Saat yang ditunggu-tunggu ::
Pn. Intan didapur sedang menyiapkan sarapan  untuk suami dan kedua puterinya. Sedang mereka ralit berbincang berdua, Iman dan Qasrina turun dengan keadaan yang sangat gembira. Iman memeluk ibunya sementara Qasrina menerpa ke arah ayahnya. Pn Intan dan Encik Ammar sangat terkejut.
“Ada apa ni? Seronok sangat.”   Dengan hairan mereka bertanya.”
“Ibu, ayah cuba teka . Kakak dengan adik nak bagi tahu apa?”
“urm, mana la ibu tahu. Cepatla bagi tahu, nak main teka teki pulak.”
“ok, macam ni. Akak dengan adik dapat masuk universiti !  Tapi, Akak dapat kat UiTM Puncak Alam , adik pulak dekat Universiti Malaya.” Dengan serentak mereka berkata.
*dua-dua menundukkan muka*
“Tape, yang penting anak-anak ayah dua-dua dapat masuk university. Ayah bangga dengan kamu.”
“ Ibu nak peluk anak-anak ibu.”
*sambil kesat air mata*
:: Detik perpisahan::
“Iman, esok kita nak duduk asing dah” Qasrina bersuara dengan sayunya.
“ Ina , janganlah buat Iman nak menangis. Haritu Ina jugak yang gelakkan Iman, ni dia pulak yang sedih sangat. Nanti cuti kita jumpa kan. Sini Iman nak peluk Ina kuat-kuat “  tanpa sedar Iman dan Qasrina mengalirkan air mata.
Disebabkan tarikh yang sama untuk mendaftar, Iman mendaftarkan diri lewat sehari atas alasan biarlah ibu dan ayah menghantar Ina terlebih dahulu. Selepas semua sudah diuruskan tibanya masa untuk berpisah.
“Ina jaga diri elok-elok ye. Jaga solat, jaga diri tu kalau ada ape-ape bgtau ibu dengan ayah “ Ibu memeluk Ina seperti susah nak melepaskan anak daranya itu jauh dari keluarga.
“Ina , ingat pesan ayah tau belajar elok-elok. Ibu dengan ayah akan selalu doakan y terbaik untuk kamu “
“Terima kasih ibu , ayah doakan Ina ye “ dengan sebak tutur katanya.
Iman memeluk Qasrina dari belakang. Lama mereka begitu, mungkin hati masih ralat nak berpisah untuk kali pertama . Iman dalam hati memujuk diri, Ina juga begitu kerana mereka berjauhan untuk belajar. Jadi kena  kuat !
“Ina, nanti rajin la text Iman ye. Kita cari waktu free kita skype. Senang cerita kita balik sama-sama jumpa kat rumah. Hehe” Iman menceriakan suasana.
“Ish, Iman tak aci dia pulak yang buat suka selalu Ina yang mula dulu” Ina mencebik mukanya pura-pura merajuk.
Akhirnya keempat-empat mereka ketawa. Keesokan harinya ibu dan ayah menghantar Iman ke UiTM Puncak Alam. Iman dan Ina masing-masing memulakan kehidupan mereka yang baru di tempat baru, suasana baru dan teman baru.Iman di kolejnya sangat aktif dengan usrah dan kelab-kelab diikutinya walaupun sibuk dengan urusan pengajiannya sementara Ina lebih menumpukan pada pelajarannya.

:: Iman di kolejnya::
“Assalamualaikum Ina! Iman rindu la kat Ina. Bila nak jumpa? Ibu ada telefon Iman kita cari waktu free balik sama-sama nak?
“ waalaikumsalam Iman! Rindu jugak kat Iman tau. Banyak benda nak cerita ni. Hehe , apA katA sabtu ni kita balik nak? Buat surprise kat Ibu dengan ayah nanti kita jumpa kat KTM ok? “
“ Ha, bole la tu. Nanti kita confirmkan balik tau! Ok, bye. Sayang Ina.” 
“Sayang Iman lebih. Hehe. Ok, bye. “
Baju blouse cotton biru disarung dan dilengkapi dengan tudung bawal bidang 55. Iman khuatir dengan perubahannya itu. Risau keluarga tidak  merestu.
*nafas ditarik sedalam-dalamnya*
Awak kena qowwiy Iman, kena istiqamah. Ibu dengan ayah mesti suka. Iman bermonolog dalam hatinya. Sampai di KTM kelibat yang ditunggu-tunggu tiba.
“Ina ! “  Iman dengan gembiranya sambil melambai-lambai kearah Ina.
Ina pada mulanya tidak mengenali Iman kerana perubahannya. Iman hanya tersengih apabila Ina memandangnya pelik.
‘’Iman, hamper aje Ina tak kenal tau. Sangat comel la akak kita ni”
“Ina! jangan nak mengada ye” dengan nada geram Iman berkata.
Mereka melepaskan rindu setelah lama tidak berjumpa.  Saling sakat menyakat , bergurau senda erat sungguh hubungan adik beradik itu.
Tiba-Tiba suara Ibu memanggil Iman mematikan lamunannya.
“Iman.” Lembut suara ibunya memangil.
“Ye ibu”  Sahut Iman.
“Iman menungkan ape ni? Ibu tengok anak dara ibu ni termenung jauh , boleh tembus sampai rumah cik Timah kat depan tu. “ Ibunya menyakat.
“Haha. Ibu ni ada-ada je. Mana ada, Iman saje amik angin kat luar ni”
Iman amat rindukan adik kembarnya, dialah sahabat,dialah penghibur namun semua itu menjadi kenangan buat dirinya. Semuanya berlaku pada pengakhiran sem lepas dimana keputusan Ina dan Iman menunjukkan perbezaan. Keputusan peperiksaan Ina merundum sementara Iman melonjak dan mendapat keputusan yang cemerlang. Sejak itu, Ina merasakan  ibu bapanya melebihkan Iman sehingga membuatkan Ina terasa hati. Bukan itu sahaja, kerana penampilan Iman yang semakin muslimah menyebabkan kadang-kadang ibu memuji Iman dan menyuruh Ina menjadi seperti Iman. Iman tahu Ina tidak suka dibanding-banding namun ibu dan ayah bukan melebihkan dia , cuma ibunya suka jika Ina juga berpakaian seperti  Iman. Iman mengeluh dalam hati. Dia memohon agar Ina dan dia menjadi rapat seperti dul lagi. Andai diajak balik sekali pasti ada sahaja alasan Ina sehinggakan kedua ibu bapanya bertanya adakah mereka bergaduh. Iman sebagai kakak tidak mahu membuat hati ibunya susah biarlah dia yang menyimpan semua rasa itu.

:: Hari lahir::
Minggu depan merupakan hari lahir Iman dan Ina menandakan mereka akan menginjak usia 19 tahun.  Iman mengaharapan pada hari lahir mereka ,semuanya akan berubah seperti sedia kala. Iman ingin membuat kejutan untuk Ina dengan menjemput Ina di kolejnya kemudian terus pulang ke rumah. Iman ingin menjernihkan keadaan sebelum pulang kerumah. Iman telah meminta pertolongan sahabat  Ina untuk membawa Ina ke taman kerana Iman ingin membuat kejutan hari lahir mereka disitu. Apabila saat yang ditunggu pun tiba , segala yang dirancang berjalan dengan lancar sehinggalah mata Iman dan Ina bertemu ketika itu suasana menjadi tegang.
“ Najah, awak kata kita ke taman nak berjalan tapi kenapa ada akak saya pulak?” Bisik Ina dengan perasaan yang geram pada Najah.
Belum sempat Najah berkata apa-apa, Iman menegur mereka berdua.
“Asssalamualaikum . Ina, rindunya Iman dengan Ina. “ Iman memeluk Ina dengan erat.
Ina hanya tegak terdiam tanpa menjawab apa-apa. Iman agak terasa namun dia tetap memberikan reaksi yang senang dan terus tesenyum.  Iman berpusing dan segera mengambil bungkusan hadiah yang sudah rapi dibalut buat Ina.
“Ina, selamat hari lahir ! ni hadiah untuk Ina , Iman yang balut tau” Kata Iman dengan riangnya.
Namun, hadiah itu ditepis oleh Ina dan jatuh di atas rumput. Riak Iman terus berubah dan Najah yang melihat situasi itu terkejut dan cuba memarahi Ina.
“ Ina ! sampai hati awak buat akak awak macam tu ? Tolonglah hargai apa yang Iman bagi.” Nada Najah kedengaran geram.
“Aku ta suka la, aku benci dengan dia. Sebab dia ibu dengan ayah sisih aku.  “ Nada Ina bertukar marah dari saya awak menjadi aku kau.
“Ina, jangan la macam ni. Ibu dengan ayah ta pernah sisih Ina, Ina je yang terasa hati dengan diorang. Ibu dengan ayah tak pernah bezakan kita Ina.”  sebak suara Iman .
“ahhhhh” Ina terus berjalan tanpa mempedulikan Najah dan Iman.
“Ina janganlah…” Ayat Iman mati apabila melihat sebuah kereta menuju laju kearah Ina yang berada di tengah jalan untuk pulang ke kolejnya.
“Ina!!!!” Tubuh itu ditolak kuat dari belakang.
“Debummmmm” Tubuh itu melambung naik ke atas kereta dan jatuh mencium bumi. Darah pekat memancut keluar. 

_bersambung_

1 comment: