Part 1
Iman dan Qasrina buah hati pengarang jantung ibu dan
ayah. Iman dan Qasrina kembar yang dilahirkan hanya selang 5 minit. Iman
merupakan kakak dan Qasrina merupakan adik. Kedua-duanya mempunyai penampilan
yang sopan serta pandai atas didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa mereka. Pn. Intan dan Encik Ammar amat menitik berat
hal agama dan akademik ini kerana , bagi mereka kedua-duanya haruslah seimbang.
Di satu ruang Iman termenung seorang.
“Iman, buat apa ni? Tak
nak ajak ina pun.”
“Hee, saja mengimbau
kenangan. Hehe. Ina , nantikan macam mana kalau kita dapat tawaran universiti
tak sama. Iman tak nak pisah jauh-jauh dengan Ina.” Sambil melentokkan
kepalanya di bahu Ina.
“Iman ni , Ina yang adik
tapi Iman pulak yang manja lebih. Haha, tak ada pape la, handphone kan ada. Kalau ta pun kita skype. Ok? “
“ok !”
::Saat yang ditunggu-tunggu ::
Pn. Intan didapur sedang menyiapkan sarapan untuk suami dan kedua puterinya. Sedang
mereka ralit berbincang berdua, Iman dan Qasrina turun dengan keadaan yang
sangat gembira. Iman memeluk ibunya sementara Qasrina menerpa ke arah ayahnya.
Pn Intan dan Encik Ammar sangat terkejut.
“Ada apa ni? Seronok
sangat.” Dengan hairan mereka bertanya.”
“Ibu, ayah cuba teka .
Kakak dengan adik nak bagi tahu apa?”
“urm, mana la ibu tahu.
Cepatla bagi tahu, nak main teka teki pulak.”
“ok, macam ni. Akak
dengan adik dapat masuk universiti !
Tapi, Akak dapat kat UiTM Puncak Alam , adik pulak dekat Universiti
Malaya.” Dengan serentak mereka berkata.
*dua-dua menundukkan
muka*
“Tape, yang penting
anak-anak ayah dua-dua dapat masuk university. Ayah bangga dengan kamu.”
“ Ibu nak peluk
anak-anak ibu.”
*sambil kesat air mata*
:: Detik perpisahan::
“Iman, esok kita nak duduk asing dah” Qasrina
bersuara dengan sayunya.
“ Ina , janganlah buat Iman nak menangis. Haritu Ina
jugak yang gelakkan Iman, ni dia pulak yang sedih sangat. Nanti cuti kita jumpa
kan. Sini Iman nak peluk Ina kuat-kuat “
tanpa sedar Iman dan Qasrina mengalirkan air mata.
Disebabkan tarikh yang sama untuk mendaftar, Iman
mendaftarkan diri lewat sehari atas alasan biarlah ibu dan ayah menghantar Ina
terlebih dahulu. Selepas semua sudah diuruskan tibanya masa untuk berpisah.
“Ina jaga diri
elok-elok ye. Jaga solat, jaga diri tu kalau ada ape-ape bgtau ibu dengan ayah
“ Ibu memeluk Ina seperti susah nak melepaskan anak daranya itu jauh dari
keluarga.
“Ina , ingat pesan ayah
tau belajar elok-elok. Ibu dengan ayah akan selalu doakan y terbaik untuk kamu
“
“Terima kasih ibu ,
ayah doakan Ina ye “ dengan sebak tutur katanya.
Iman memeluk Qasrina dari belakang. Lama mereka
begitu, mungkin hati masih ralat nak berpisah untuk kali pertama . Iman dalam
hati memujuk diri, Ina juga begitu kerana mereka berjauhan untuk belajar. Jadi
kena kuat !
“Ina, nanti rajin la
text Iman ye. Kita cari waktu free kita skype. Senang cerita kita balik
sama-sama jumpa kat rumah. Hehe” Iman menceriakan suasana.
“Ish, Iman tak aci dia
pulak yang buat suka selalu Ina yang mula dulu” Ina mencebik mukanya pura-pura
merajuk.
Akhirnya keempat-empat mereka ketawa. Keesokan
harinya ibu dan ayah menghantar Iman ke UiTM Puncak Alam. Iman dan Ina
masing-masing memulakan kehidupan mereka yang baru di tempat baru, suasana baru
dan teman baru.Iman di kolejnya sangat aktif dengan usrah dan kelab-kelab
diikutinya walaupun sibuk dengan urusan pengajiannya sementara Ina lebih
menumpukan pada pelajarannya.
:: Iman di kolejnya::
“Assalamualaikum Ina!
Iman rindu la kat Ina. Bila nak jumpa? Ibu ada telefon Iman kita cari waktu free balik sama-sama nak?
“ waalaikumsalam Iman!
Rindu jugak kat Iman tau. Banyak benda nak cerita ni. Hehe , apA katA sabtu ni
kita balik nak? Buat surprise kat Ibu
dengan ayah nanti kita jumpa kat KTM ok? “
“ Ha, bole la tu. Nanti
kita confirmkan balik tau! Ok, bye. Sayang Ina.”
“Sayang Iman lebih.
Hehe. Ok, bye. “
Baju blouse cotton biru disarung dan dilengkapi
dengan tudung bawal bidang 55. Iman khuatir dengan perubahannya itu. Risau
keluarga tidak merestu.
*nafas ditarik sedalam-dalamnya*
Awak kena qowwiy Iman, kena istiqamah. Ibu dengan
ayah mesti suka. Iman bermonolog dalam hatinya. Sampai di KTM kelibat yang
ditunggu-tunggu tiba.
“Ina ! “ Iman dengan gembiranya sambil melambai-lambai
kearah Ina.
Ina pada mulanya tidak mengenali Iman kerana
perubahannya. Iman hanya tersengih apabila Ina memandangnya pelik.
‘’Iman, hamper aje Ina
tak kenal tau. Sangat comel la akak kita ni”
“Ina! jangan nak
mengada ye” dengan nada geram Iman berkata.
Mereka melepaskan rindu setelah lama tidak
berjumpa. Saling sakat menyakat ,
bergurau senda erat sungguh hubungan adik beradik itu.
Tiba-Tiba suara Ibu memanggil Iman mematikan
lamunannya.
“Iman.” Lembut suara
ibunya memangil.
“Ye ibu” Sahut Iman.
“Iman menungkan ape ni?
Ibu tengok anak dara ibu ni termenung jauh , boleh tembus sampai rumah cik
Timah kat depan tu. “ Ibunya menyakat.
“Haha. Ibu ni ada-ada
je. Mana ada, Iman saje amik angin kat luar ni”
Iman amat rindukan adik kembarnya, dialah sahabat,dialah
penghibur namun semua itu menjadi kenangan buat dirinya. Semuanya berlaku pada
pengakhiran sem lepas dimana keputusan Ina dan Iman menunjukkan perbezaan.
Keputusan peperiksaan Ina merundum sementara Iman melonjak dan mendapat
keputusan yang cemerlang. Sejak itu, Ina merasakan ibu bapanya melebihkan Iman sehingga
membuatkan Ina terasa hati. Bukan itu sahaja, kerana penampilan Iman yang
semakin muslimah menyebabkan kadang-kadang ibu memuji Iman dan menyuruh Ina
menjadi seperti Iman. Iman tahu Ina tidak suka dibanding-banding namun ibu dan ayah
bukan melebihkan dia , cuma ibunya suka jika Ina juga berpakaian seperti Iman. Iman mengeluh dalam hati. Dia memohon
agar Ina dan dia menjadi rapat seperti dul lagi. Andai diajak balik sekali
pasti ada sahaja alasan Ina sehinggakan kedua ibu bapanya bertanya adakah
mereka bergaduh. Iman sebagai kakak tidak mahu membuat hati ibunya susah
biarlah dia yang menyimpan semua rasa itu.
:: Hari lahir::
Minggu depan merupakan hari lahir Iman dan Ina menandakan
mereka akan menginjak usia 19 tahun.
Iman mengaharapan pada hari lahir mereka ,semuanya akan berubah seperti
sedia kala. Iman ingin membuat kejutan untuk Ina dengan menjemput Ina di
kolejnya kemudian terus pulang ke rumah. Iman ingin menjernihkan keadaan
sebelum pulang kerumah. Iman telah meminta pertolongan sahabat Ina untuk membawa Ina ke taman kerana Iman
ingin membuat kejutan hari lahir mereka disitu. Apabila saat yang ditunggu pun
tiba , segala yang dirancang berjalan dengan lancar sehinggalah mata Iman dan
Ina bertemu ketika itu suasana menjadi tegang.
“ Najah, awak kata kita
ke taman nak berjalan tapi kenapa ada akak saya pulak?” Bisik Ina dengan
perasaan yang geram pada Najah.
Belum sempat Najah
berkata apa-apa, Iman menegur mereka berdua.
“Asssalamualaikum .
Ina, rindunya Iman dengan Ina. “ Iman memeluk Ina dengan erat.
Ina hanya tegak terdiam
tanpa menjawab apa-apa. Iman agak terasa namun dia tetap memberikan reaksi yang
senang dan terus tesenyum. Iman
berpusing dan segera mengambil bungkusan hadiah yang sudah rapi dibalut buat
Ina.
“Ina, selamat hari
lahir ! ni hadiah untuk Ina , Iman yang balut tau” Kata Iman dengan riangnya.
Namun, hadiah itu
ditepis oleh Ina dan jatuh di atas rumput. Riak Iman terus berubah dan Najah
yang melihat situasi itu terkejut dan cuba memarahi Ina.
“ Ina ! sampai hati
awak buat akak awak macam tu ? Tolonglah hargai apa yang Iman bagi.” Nada Najah
kedengaran geram.
“Aku ta suka la, aku
benci dengan dia. Sebab dia ibu dengan ayah sisih aku. “ Nada Ina bertukar marah dari saya awak menjadi
aku kau.
“Ina, jangan la macam
ni. Ibu dengan ayah ta pernah sisih Ina, Ina je yang terasa hati dengan diorang.
Ibu dengan ayah tak pernah bezakan kita Ina.” sebak suara Iman .
“ahhhhh” Ina terus
berjalan tanpa mempedulikan Najah dan Iman.
“Ina janganlah…” Ayat
Iman mati apabila melihat sebuah kereta menuju laju kearah Ina yang berada di
tengah jalan untuk pulang ke kolejnya.
“Ina!!!!” Tubuh itu
ditolak kuat dari belakang.
“Debummmmm” Tubuh itu
melambung naik ke atas kereta dan jatuh mencium bumi. Darah pekat memancut
keluar.
_bersambung_
_bersambung_
mini novel eh? nice intro. :)
ReplyDelete