Tuesday, October 14, 2014

Pentingkah?

Seusai solat fardhu Asar, Umar dan Din meminta diri untuk berlalu pergi meninggalkan masjid.

“Eh enta, kejap lah, ana tak siap lagi ni, ana nak nak ambil wudhu’ kejap ye?” Kata Khalis
“Eh, bukan ke enta dah solat asar sekali dengan Jemaah tadi? Tak kan enta nak solat sunat pulak kot? Bukan ke solat sunat selepas solat asar adalah dilarang?” Tanya Umar kepada Khalis.
“Ye, ana tahu mesti enta berdua pelik kan kenapa ana ambil wudhu’ lagi?”

“Memang lah kami pelik”

“Cuba enta bayangkan, sesekali kita perlu cari masa untuk diri sendiri, mengira kembali dosa dan khilaf, berapa banyak lagho dalam sehari kita, berapa banyak kita ingat ALLAH, percakapan seharian kita, banyak yang negatif/positif. Perlu diam atau terus berbicara, soal kepada hati masing-masing, dimana tahap kekuatan kita terhadap rukun IMAN dan ISLAM seluruhnya, sekadar menyentuh sahaja atau menikmatinya dengan Rahmat Allah. Macam wudhu’ jugak, adakah enta hanya beranggapan wudhu’ ni hanya untuk solat sahaja?”
“Oh tidak, nak baca al-quran kena wudhu jugak”
“Haaa! kan, dalam ibadah macam tu saje ke kite perlu berwudhu’? Bukan kah sangat bagus kalau setiap masa kita memperbaharui wudhu’ kita, boleh jamin ke wudhu’ kita yang sebelum-sebelum ni adalah wudhu’ yang sempurna?”
“SubhanALLAH enta! Betul kata enta tu”

“Bukan ana nak berbangga diri dengan ilmu yang ada, tapi cuba enta bayangkan macam mana kalau kita sebagai seorang hamba yang hina ni, tak mampu nak amik air wudhu’ yang jisimnya tak berat, hanya aliran air yang membasuh  half of part of our body je.”

Umar dan Din khusyu’ mendengar tazkirah ringkas dari sahabat mereka di masjid. Tak  jadi mereka berdua nak pulang ke rumah.
Sambung Khalis lagi “Kadang-kadang ana rasa sedih tengok umat Islam yang hanya mengambil wudhu’ sekali-sekali, tu pun untuk solat sahaja, kadang-kadang nak baca Quran tu tak da wudhu’ pun diorang baca jugak, ana pon tak faham, bila ditanya dah amik wudhu’ ke? Jawabnya ‘tak perlu lah kot, Quran terjemahan je.'. Bagi ana Qur’an terjemahan atau tak, itu tetap Kitab Suci Al-Qur’an, pedoman umat Islam, betulkan ana kalau ana salah wahai akhi-akhi ku”

“Tak da yang salah la enta, jangan risau kami pun khilaf juga kerana nak balik cepat sampai lupa yang wudhu’ pun sangat berguna untuk kami, kami pun nak mati dalam keadaan berwudhu’ pada ALLAH”

“Benar!! Ahsanta ya akhi, sungguh seronok bila kita meninggal, menghadap ALLAH dalam keadaan kita bewudhu’ kan enta? Sebab kita tak perlu fikir bila kite akan mati, tapi kita perlu fikir bagaimana kita mati, dan biarlah mati kita mati dalam keadaan kita beriman dengan ALLAH”
“Ye akhi Khalis, pasti pernah mendengar kata-kata ini kan? Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara : ‘Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu.’” Kata Din dengan nada yang sebak.

“Betul tu enta, enta jangan sedih, sesungguhnya ALLAH sentiasa bersama dengan hambaNya. Andai kite berbuat khilaf dan dosa mohon lah keampunan pada ALLAH, carilah ALLAH, ALLAH tak pernah meninggalkan hambaNya. Peluklah Al-Qur’an tatkala enta sedih bacalah ia dengan penuh tawadu’, ana tahu enta berdua lagi hebat dari ana, teruskan mencari jalan bahagia menerusi cahaya islam, ditemani petunjuk al-Quran, INSHAALLAH, pasti akan jumpa cahaya itu, Biiznillah akhi-akhi ku”. Kata Khalis ringkas dengan senyuman.

“Baiklah kalau begitu enta, mari kite ke tempat wudhu’, segarkan kembali muka kita dengan air wudhu’ jom akhi Khalis dan Umar”

Ajakan Din disambut mesra oleh mereka berdua, lantas mereka bertiga berlalu pergi dengan niat kerana ALLAH, semoga wudhu’ itu dapat melunturkan sedikit dosa-dosa mereka dari masa ke semasa.
-the end-

1 comment: