Thursday, August 7, 2014

:: Isu Boikot ::






Buat yang dah lama boikot,takde masalah rasanya. Tapi buat sahabat-sahabat yang baru nak jinak-jinak memboikot ni. Saya faham perasaan itu sebab saya pun pernah alami.

Seperti semua tahu,Jumaat ni adalah Hari Tanpa Mcd. Kita boikot.Namun,harapan saya,bukan sekadar jumaat ni sahaja. Tapi biarlah berterusan hingga satu masa Mcd menzahirkan tanpa langsung kiasan yang mereka menghentikan segala bentuk bantuan.

Tapi,besar lagi harapan saya,jangan sekadar tidak masuk Mcd,tapi luaskan boikot itu dengan tidak mengunjungi tesco,starbucks dan sebagainya. 

Namun,harapan terbesar ialah. Supaya jumaat ni,mari kita ramai-ramai penuhkan masjid,bukan sekadar solat jumaat,tapi solat-solat fardhu yang lain.
Kamu boleh boikot mcd 24Jam,kamu juga boleh spend masa 24jam di masjid sebenarnya(kalau nak). Tapi cukuplah sekadar kita berjemaah di masjid terutama subuh beramai-ramai. Rohani juga kena kuat,bukan sekadar dentum dentam boikot itu ini,angkat sepanduk and bermacam lagi. Tapi angkat SELIMUT,kita gagal.

KUASA PENGGUNA?

Dulu waktu tingkatan 6,sy ada belajar yang pengguna ni ada kuasa sebenarnya untuk turunkan harga barang itu. Macam-macam cara,boleh belajar sendiri.
Apa saya nak cakap ialah, kita ni sebagai pembeli ialah kita ada kuasa untuk "menjatuhkan" iaitu salah satu caranya dengan boikot. Anda boleh lihat sendiri Graf-graf ini bagaimana ia terkesan dengan tindakan global yang memboikot Mcd,Coke,Pepsi dan sebagainya.YA!Ia berhasil.anda boleh lihat di media sosial tentang ini. Saya tidak sertakan link supaya anda boleh buat "kerja rumah " sikit.








SIAPA LAGI YANG PERLU MAIN PERANAN?(ini pendapat peribadi)

Pada saya,selain kita. Yang main peranan terbesar pekerja syarikat itu sendiri. Bagaimana?? Anda boleh pilih untuk MOGOK atau BERHENTI. YES. MOGOK DAN BERHENTI! Anda pilih. Buatlah rapat umum ataupun MOGOK,tuntut majikan anda supaya hentikan sumbangan kepada Israel,tuntut supaya majikan anda berhenti menyokong Israel.Bila mereka setuju,barulah anda kembali bekerja. Percayalah,kuasa mogok sangat kuat

ATAU...

BERHENTI TERUS.
Saya percaya,jika anda ramai-ramai berhenti,pasti ia bawa kesan yang sangat besar..Malah lebih besar dari boikot. Anda perlu berkorban,saudara kita di sana berjuang jasad dan rohani. Kita di sini sekurang-kurangnya berjuang dengan perkara-perkara macam ni.( Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.(Muhammad 47:7)

(Tiada Paksaan untuk berhenti,anda yang pilih)

NAK CARI KERJA BARU DI MANA?
Sebagaimana kamu dapat kerja diMcd,sy percaya dengan itu juga anda boleh dapat kerja di tempat lain. Beribu pekerjaan di luar sana.mahu tidak mahu sahaja. Usaha. Doa.Tawakal. Anda kena yakin dengan Allah. Sebab Allah yang beri rezeki kepada and semua..Cerita pasal rezeki ini,jika seseorang mengakui bahawa ada makhluk yang memberi selain Allah SWT bererti dia telah beriktikad dengan iktikad yang salah.

Majikan atau tempat kita kerja adalah seperti posmen yang menghantar surat kepada seseorang. Bukannya surat itu daripadanya sendiri kerana rezeki yang berada ditangannya itu juga datang dari Allah. Bagaimana jika Allah menahan rezeki kepadanya?("Siapakah yang dapat memberi rezeki kepada kamu jika Allah menahan rezekiNya" surah Al-Mulk,ayat 21) dan satu lagi ayat quran yang boleh relate ialah( "......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" Surah Hud, ayat 6).Ini jaminan Allah,maka jangan kamu ragu dengan janji Allah.
Saya percaya,pengorbanam kamu berhenti kerja dari syarikat-syarikat ini,pasti akan berbaloi. Allah akan bantu.

Barang pengganti?

Memang koko tok Aba(Boboiboy) tidaklah selazat Milo(Nestle)

Memang burger Mcd  bukan tandingan burger jalanan.

Memang coklat kita tidaklah sesedap Kitkat dan banyak lagi keluaran Nestle.

Memang "User Experience" Starbucks sangat bagus compare dengan yang lain

Tapi itulah,kita perlu berkorban. Sampailah syarikat2 ini berhenti menyumbang kepada pihak musuh.

Buat Non Muslim,ini bukan isu Agama. Ini isu sejagat. Mereka di luar sana yang Non Muslim,turut memboikot,kerana itulah sifat "kemanusiaan"

Zionis sangat kejam,tak perlulah saya sertakan gambar-gambar yang terkorban.Anda boleh lihat di dada-dada akhbar dan laman sosial.

Ini Awereness!

HARAPAN?

Harapan saya,andai boikot,mogok dan berhenti kerja ini masih lagi tidak menggoyahkan pendirian mereka. Maka,marilah kita sama-sama wujudkan satu "biah" atau persekitaran dimana apabila ada orang masuk ke premis-premis seperti Mcd,Starbuck,Tesco dan yang lain,mereka seolah-olah berasa sangat bersalah dan terasing. Kita buat orang ni berfikir banyak kali untuk masuk ke premis-premis ini. Kita mampu,tapi ia perlu dijalankan bersama-sama

saya tak mahu beri link link berkaitan boikot supaya kamu buat "kerja rumah" untuk lebih dalami tentang ini.

"Tiada paksaan di dalam Islam........................."(Al-Baqarah 2:256)

"Katakanlah (wahai Muhammad): kebenaran itu datang daripada Tuhan kamu, maka sesiapa yang ingin (beriman) hendaklah ia beriman dan sesiapa yang ingin (kafir) biarlah ia kafir..."(Al-Khafi 18: 29)

sami'na wa atho'na (kami dengar, kami taat)

#pray4Gaza
#pray4palestin

#boikotbaranganisrael

1 comment:

  1. Alhamdulillah, satu perkongsian yang bagusss...Kira dalam kategori OutBox ni

    ReplyDelete