Saturday, August 16, 2014

:: Carilah DIA Dan Kamu Tidak Akan Keseorangan::






Carilah Allah tidak kira ketika kamu susah atau pun senang.
Pernah tak rasa bila kita jatuh ,
bila kita sedih , kita tak kuat tapi...
tak ada siapa pun yang faham.
Tak ada seorang pun yang ada dengan kita.

Sebab sebelum ini kita ada seseorang yang kita cerita dari a-z semua la dia tahu. Sampai kalau kita exam pun rasa stress kita cari dia nangis dekat dia tapi one day tiba-tiba dia dah tak ada. Dekat siapa kita nak bercerita? Masa tu kita pun mula mencari Allah. Pernah kita terfikir ta?

Allah masih lagi mendengar rintihan sedih kita masalah kita walau kita jauh dari DIA , walau kita hanya cari DIA masa kita susah. Cuba bayangkan kalau kita ada kawan baik tapi kawan baik tu hanya cari kita masa dia susah je masa senang dia dengan orang lain. Kita rasa marah kan? Rasa tak suka. Tapi kita buat Allah macam tu boleh pulak.  Deep ta? Fikir balik. Allah tu sayang sangat dekat kita. Even kita jauh Allah tak pernah berenti bagi nikmat kasih sayang dekat kita. Nikmat apa? Contoh nikmat bernafas. Cuba kalau kita selesema , tak dapat bernafas dengan baik kan? Rasa ta selesa kan. Tu baru sikit  nikmat Allah tarik dari kita. Sebab tu kita kena selalu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi ni pun salah satu nak rawat hati tau.

Sahabat saya pernah berpesan nanti kalau saya tak ada kat dunia ni awak nak cari siapa? Kalau sekarang semua awak cerita dekat saya . saya tak kata salah pun tapi apa-apa pun carilah Allah dulu. Ingat masa kita sedih ke kita gembira ke cari Allah. Dulukan DIA baru cari manusia. Awak akan tenang. Menangislah tidak salah kalau menangis tapi menangis untuk benda yang penting sahaja. Sentiasa dekatkan diri dengan Allah insyaAllah hati tu akan tenang. Sebab Allah je yang boleh selesaikan masalah kita , kita tak buka mulut untuk cerita pun hanya menangis masa berdoa tu Allah dah dapat baca hati kita. Allah akan tunjuk jalan dan akan mudahkan urusan kita seperti yang tertulis dalam surah Ad-Dhuha ayat 7.

Dalam surah ad-Dhuha : 7 “Dan DIA mendapatimu seorang yang bingung ,lalu Dia memberikan petunjuk"

Bila kita gembira tandanya Allah hendak senangkan hati kita. Bila kita sedih sebab hari kita susah ingat yang kesusahan tu bagi kita pengalaman. Dalam apa juga carilah Allah dan berdoalah padanya. Allah itu maha mendengar.  Kadang-kadang bila kita sedih dan tiada siapa yang ada dengan kita sebab Allah nak klita cari DIA. Allah rindu nak dengar suara kita.
Allah itu tidak pernah jauh sentiasa dekat dihati hambaNYA dan dia lebih tahu isi hati kita dan yang terbaik buat kita.  

Surah al-Maidah : 7 “ Dan bertakwalah pada Allah, sungguh, Allah mengetahui segala isi hati”.



Dalam surah al-Ghafir ayat 60 “Berdoalah kepadaKU nescaya akan Aku perkenakan bagimu. Seseungguhnya orang yang sombong tidak mahu menyembahKU akan masuk neraka Jahanam.”

5 comments:

  1. Allahurabbi.. sentap.. hmmmm.. moga ssma kte dpt berubah.. insyaAllah ^^
    thank 4 the post MTAS..~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah. sama-sama moga apa yang dikongsikan terkesan di hati. pesanan buat kami juga. :)

      Delete
  2. abg saya yang kenalkan saya channel mtas...i love it!!

    ReplyDelete
  3. Ampumi lah dosa dosa ku dan dosa seluruh umat Islam, Ya Allah. Berikanlah hidayah kepada mereka yang belum menganuti agama Islam. Amin ya Rabbal A'alamin

    ReplyDelete