Saturday, April 26, 2014

:: Sahabat ::

Sabda Rasulullah : tidak sempurna iman seseorang itu selagi dia tidak mengasihani saudaranya sebagaimana dia mengasihani dirinya sendiri.


kalau dah namanya sayang mesti nak sama-sama masuk syurga kan? 

sahabat yang baik tak kan membiarkan sahabatnya hanyut dalam kejahilan. kalau dia nak masuk syurga sorang-sorang selfish namanya tu.

sahabat yang baik akan menjaga dan menghargai ukhuwah dengan sentiasa mengingati sahabat.menegur mana yang salah membawa kita ke jalan yang diredhai Allah. Sebab tu kita kena cari sahabat yang selalu ingatkan kita tentang Allah atau pun kita sendiri yang jadi sahabat yang baik selalu ingatkan sahabat-sahabat yang lain. Tu baru ukhuwah fillah, ukhuwah yang sangat manis apabila ukhuwah yang terjalin kerana Allah SWT. 


Sahabat yang baik akan cuba membimbing sahabatnya dan akhirnya sama-sama berjuang dijalan-Nya.jadi, mulai hari ini hargailah sahabat anda. mereka menegur tanda sayang kerana ingin menjadi jiran di syurga nanti. insyaAllah. :) 


 p/s doakan ukhuwah kami kekal hingga ke jannah :3

1 comment:

  1. senior sy selalu ingat kn, sahabat itu cerminan kpd diri sendiri. kalau rasa shbt kita tu buruk, maka diri kita sendiri juga buruk. begitulah sebaliknya :)

    ReplyDelete