Kereta Perdana Hitam yang tadinya laju berhenti
tiba-tiba.Ina berpaling.Degup jantungnya seakan terhenti sama dengan tubuh yang
berlumuran darah di depanya.Ina amat terkejut apabila tubuhnya ditolak kuat
dari belakang.Jeritan itu yang membuatkan dia sedar yang ada sebuah kereta
menuju laju kearahnya.
“Iman???”jeritannya
semakin perlahan. Pandangannya tiba-tiba gelap.Ina rebah disitu.
“Ya Allah!”Najah yang
masih terkejut juga pantas menyambut Ina dan meminta bantuan orang ramai.
Perlahan matanya dibuka.Cahaya menusuk ke matanya
memaksa dirinya menutup matanya kembali.Sekai lagi dia berusaha membuka
matanya. Ina! Ina! Ina! Namanya dipanggil berkali-kali.
“Anak ibu dah
sedar?”Ibunya yang berdiri disebelahnya
dipandang lama.
“Ibu, Ina dekat mana
ni? Macam mana ibu ada dekat sini?”
“Ina dekat hospital
nak” Hospital? Ina cuba bangun namun
ditahan ibunya.
“Mana Iman bu?Najah ,
mana kakak aku? Nape semua diam ni?” Ina mula meronta .Ingatanya sudah kembali.Apa
yang terjadi masih tersimpan kemas.
Pn.Intan dan Najah tidak tahu bagaimana hendak
menjawab soalan itu.Pn. Intan menahan sebak apabila mengenangkan kedua-dua
puterinya.Dugaan menimpa mereka sekeluarga.Namun ditabahkan hatinya kerana
mengingati pesanan dari Iman.“Ibu nak tahu tak? Dalam surah al-Baqarah
ayat 286 tertulis , Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya . Sebab tu kalau kita kena musibah kita kena kuat tau ibu.”
Ina nekad hendak keluar mencari Iman namun dihalang
oleh ibunya.Pn. Intan memujuk Ina supaya bersabar.
“Ina, Ina kena kuat
nak. Ina rehat dulu ye, jangan macam ni
susah hati ibu”
“Ina nak tahu mana Iman
ibu?”Ina sudah menangis teresak-esak.
“Najah, kamu bagitahu
pada Ina.Makcik ta sangup” Pn. Intan berbisik pada Najah.Najah mengumpul
kekuatan dan secara perlahan memberitahu Ina.
“Ina, awak kena terima
qada’ dan qadar ye.Akak awak sedang kritikal di dalam ICU.Kita doakan yang
terbaik untuk dia ye.”Blom sempat Najah menghabiskan ayatnya Ina meluru keluar
dan melangakh ke ICU.Dia sudah tidak kisah mata yang memerhati dan jururawat
yang mengekorinya dari belakang.Panggilan dari ibunya dan Najah juga
dihiraukan.
Langkah Ina kaku.
Melihat mata ayahnya dan Mak long basah.
Disebelah kanannya Pak long yang sedang kegelisahan.Ina meluru kearah ayahnya.
“Ayah, Iman macam
mana?”
Soalan Ina disambut dengan gelengan ayah. Ayah
memintanya bersabar dan berdoa. Erat dia memeluk Ayah.
“Ayah, maafkan Ina.
Kalau bukan sebab Ina, akak tak jadi
macam ni.”
“Ina, jangan cakap
macam tu, ibu dan dan ayah tak salahkan kamu.” Encik Ammar cuba menenangkan
anaknya.
Tiba-tiba lampu hijau ICU terpadam. Pintu dikuak
perlahan oleh seorang doktor keluar
dengan wajah sayu. Ina bangun dari tempat duduknya begitu juga dengan yang
lain. Semuanya menanti jawapan dari mulut Doktor Hisham.
“Pesakit
selamat… tapi dia masih dalam keadaan koma”
“Maksud
doktor?” Ina bertanya.
“Berlaku
pendarahan pada otak membuat pesakit
masih tidak sedarkan diri. Kami sudah cuba sedaya upaya sekarang semuanya
bergantung pada keinginan pesakit untuk terus hidup. Berdoalah pada Allah,
Allah maha berkuasa”
“Ya
Allah..”Pn. Intan rebah ke bumi.Tubuhnya disambut oleh Encik Ammar dan Encik
Rasyid.
Ina
teresak-esak menangis mengenangkan sikapnya yang dingin terhadap Iman selama
ini.Baru tadi sahaja dia membentak Iman.Ina terduduk mengenangkan segalanya,
Najah memeluknya erat. Ina teingat akan bungkusan yang diberikan oleh Iman
ketika di taman.
“Ina,
mana bungkusan yang Iman bagi kat saya?”
“Ada
dalam bilik rawatan tadi.Saya ambilkan ye.”
Selang
beberapa minit Najah datang membawa bungkusan yang dibalut rapi bewarna
pink.Terdapat sekeping kad kecil diatasnya.Nota kecil itu membuat air matanya
turun dengan lajunya.
Sanah helwah Ina!
Iman sayang sangat dekat Ina.Jangan la merajuk lagi ye dek, akak rindukan
awak. Rindu sangat!Iman nak sama-sama masuk syurga dengan Ina. Ukhuwah
fillah kan.
Salam sayang
Iman.
|
“Iman,
maafkan Ina” Ina bermonolog dalam hatinya.
Ina
lantas membuka balutan hadiah itu dengan berhati-hati.Apabila dibuka terlihat
sebuah kotak didalamnya terdapat tudung bawal bidang 50 dan baju kurung bewarna
pich warna kegemarannya.Iman teringat perbualannya dengan Iman sebulan yang
lalu.
“Ina,
Iman teringin nak Ina sama-sama ikut Iman pergi usrah. Pakai macam ni, mesti
canti Nampak comel je” Ketika itu Iman menunjukkan Ina baju kurung yang
digantung bersama tudung bidang 50.
“Iman,
Ina rindukan Iman jugak.Ya , Allah Engkau berilah
kekuatan kepada Iman Ya Allah, aku amat menyayangi dirinya.”
Masuk
seminggu Iman tidak sedarkan diri , dalam masa itu juga Ina sekeluarga
berulang-alik dari hospital. Ina sudah mula berubah dari segi pemakainnya.Ibu
dan ayahnya amat gembira.Ina selalu berepesan pada dirinya bahawa dia kena
istiqamah.Ina mula melakukan solat malam memohon kesembuhan Iman dia juga
bercakap dengan Iman memujuk Iman bangun.Dia tahu Iman tidak sedarkan diri tapi
dia tahu Iman mendengar.
“Iman,
bangunlah.Iman tak nak tengok Ina ke?Nanti kita boleh pergi usrah sama-sama.
Banyak tau yang Iman kena bagitahu Ina ni. Iman bangun la.Iman kena kuat
tau.Ibu dengan ayah semua rindukan Iman” itulah yang selalu dikata oleh Ina.
::
2 Tahun selepasnya::
“Iman!
Cepatla kita dah lambat ni.”
“Iye.
Kejappppp”
“Ha,
cepat sikit tau !” nada Ina seakan geram namun dia hampir tergelak kerana masih
awal setengah jam dia saja mengatakan lambat supaya akaknya cepat siap.
“Taulah
harini giliran awak bagi usrah kan. Kalut tau.”Iman mencebik.
*senyum
yang bermakna*
“Ok,
harini izinkan saya qasrina memberikan sedikit usrah yang bertajuk maninsya ukhuwah.
Benarkan saya menceritakan kisah saya ye.”Sambil memegang erat tangan Iman.
Nama
hanyalah rekaan semata-mata.Tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Hidayah
tu milik Allah. Namun begitu kita harus berusaha mencari Redhanya.Ukhuwah pula
harus dijaga rapi dan diperkuat. Kerana ukhuwah kerana Allah itu sangat
indah.
Ukhuwah
yang erat seperti penyapu lidi yang diikat sekali. Susah bukan jika dipatahkan?
Begitu juga ukhuwah yang hebat. Bukan itu sahaja saling menjaga , menegur malah
sampai satu tahap analoginya seperti cubit peha kiri peha kanan terasa. Indah
sungguh ukhuwah yang terjalin erat kerana Allah SWT.
subhanallah... awesome story nie...
ReplyDelete