Saturday, April 26, 2014

:: Dakwah vs Study ::


Ada yang tanya ahli MrTheAllshared ni ada tak yang cemerlang akademiknya?
Bagaimana kami membahagikan masa dakwah dan study?
dan bla bla bla...

Alhamdulillah dengan izinNya, ada je ahli kami yg meraih kecemerlangan yang kami sndiri pun tak jangka.
nak kata sebab usaha kami, alahai ciputnya,
nak kata hubungan kami dgn Allah? hurm nanges ...

Azfar Hamdii bin Mohd Saidi menjadi antara pelajar terbaik SPM Malaysia pada tahun 2011,
Mohd Farizuan bin Mohd Fuad mendapat Pelajar Terbaik dalam STPM baru-baru ini,
Mursyidul Ilman bin Sabran merupakan pelajar top10 di Kolej Matrikulasi Melaka untuk batch 2012/2013,
Arif Ahmad mendapat straight A untuk SPM 2011,
Mohammad Ali Ridha menjadi pelajar terbaik sekolah dengan keputusan straight A dlm SPM 2011.
Malah ahli kami yang lain sekarang sedang menuntut kos-kos iktisas seperti Kejuruteraan,Biologi,Kimia dan Teknologi
.

alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah segala puji bagiNya.
kami hanyalah watak di dunia ini yang hina dina...

........................

so dakwah dan study?
mana lebih penting?
dakwah ke?
study ke?
dua-dua ke?
half-half ke?
atau study itu sendiri subset pada dakwah?
ha? sudah!

jadi di sini kami ingin menimbulkan beberapa persoalan,
dalam aspek yg org selalu dambakan bahawa mereka sedang berjihad tatkala mengejar dua perkara ini,

kekayaan dan kecemerlangan akademik,

namun,
istilah 'jihad' itu hanya digunakan untuk menghiasi matlamat hawa nafsu mereka sahaja...

biarlah iman di dada anda itu sendiri yang memberikan jawapan 

.......................
persoalan:

adakah kekayaan itu perlu untuk mendapat redhaNya?
adakah pencapaian akademik yg cemerlang itu perlu untuk meraih syurgaNya?

jika perlu,
bagaimana dgn org miskin?
adkh mereka mereka perlu kejar kekayaan skrg, kerana anda kata perlu?
bagaimana dgn golongan yg tidak terpelajar?
adakah mereka perlu repeat exam untuk masuk ke universiti sekarang ats kerna dasar 'keperluan'?

semuanya perlu mengejar benda yang sama?

adakah kekayaan dan akademik itu matlamat utama hidup kita
atau sekadar pemangkin untuk merealisasikan matlamat kita?

jika hanya sekadar alat/pemangkin,
kenapa kita terlalu disibukkan untuk fokus pd pemangkin instead of matlamat itu sendiri?
akhirnya kita jauh melencong, dan alat itu akhirnya menjadi matlamat hidup kita bukannya sekadar catalyst yg kita canang-canangkan di mulut kita sahaja?

berapa banyak ilmu yg kita belajar di universiti kita applikasikan di dunia realiti?
menimba ilmu kerna ats dasar cinta ilmu?
org yg cinta ilmu sepatutnya mempraktikkan segala ilmu yg dipelajarinya, bukankah begitu?

adakah ayat sebenarnya adalah,
kita belajar apa yg perlu sahaja?
kerana membuang kita habiskan masa kite belajar untuk benda yang tiada kene mengene dgn matlamat kita untuk dipraktikkan?

seperti si pengembala kambing belajar ilmu astronomi,

adakah lebih baik si pengembala kambing hanya fokus untuk bagaimana ingin mengembala kambing dgn lebih baik dgn lebih cemerlang?
sekiranya dia memerlukan ilmu baru untuk meningkatkan hasil gembalaannya maka itu adlh satu keperluan untuk dirinya menimba ilmu baru yg berkaitan....?

jadi xperlu ilmu astronomi itu, kerana hanya membazirkan masanya untuk meningkat kan gembalaan kambingnya?

begitu juga kekayaan,
adakah nabi saw mengajar pd mulanya kekayaan harta benda itu yg dpt menaikkan Islam?
atau tarbiyyah dan dakwah?

adakaha nabi saw pd mulanya turun,
mengajar umatnya menggali emas atau mengkaji bintang untuk menaikkan Islam?
atau dakwah tarbiyyah yg mmbina aqidah diri yg mantap?

adakah kekayaaan dan cerdik pandai akademiknya menjamin dirinya untuk mengawal duniawi things?
atau adakah aqidah dan iman yg qawiyy itu yg dapat mengawal kekayaan dan akademiknya itu digunakan kemana?

adakah kekayaan dan akademik itu tidak penting?
atau ada yang lebih utama dari dua benda ini tanpa menafikan kepentingannya?

jika ya akademik menyelesaikan masalah umat?
berapa ramai profesor dan dr di luar sana,
tetapi syria masih berdarah dan dr2 ini masih sibuk dgn research mereka?

jika kekayaan dpt menyelesaikan masalah dunia?
mengapa masih banyak warga afrika mati kebuluran?
mengapa masih wujud fakir miskin di stp negara Islam?

kita perlu orang kaya
atau individu muslim kaya yg qawiyy imannya?
sekiranya dia tidak kaya tetapi tggi taqwanya adakah satu kecacatan atau kehinaan pd dirinya?
dia hanya kekurangan alat tetapi dia empunya matlamat yg jelas.

berbanding org kaya dan 4flat GCPA nya,
merkea punyai alat yg hebat tp tiada matlamat.

4flat utk apa?
kaya untuk apa?
selepas 4flat apa?
selepas kaya apa?
satu kewajipan untuk itu?

zalimkah jika ini satu kewajipan?
adakah kaya dan 4flat hanya sekadar satu bonus?

tujuan hidup kita untuk apa?
untuk mencapai tujuan hidup itu adakah sama untuk kite semua alat yg digunakan?

10 org sahabat dijanjikan syurga adakah kesemuanya memperoleh syurga dgn cara kekayaan?
adakah cara mereka sama?
tapi apakah persamaan antara mereka shgga mampu meraih syurga??

2:30 & 51:56?

adakah kita pada hari ini dibutakan dengan alat?
atau kita dicelikkan dengan matlamat kita yang terbentang jelas?

ouh ya,
btw kami adalah mahasiswa. 

.............

subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar
Dakwah no1

tibe2 teringat buku cerita cinta ahmad ammar
haha

konklusinya
study tak boleh melebihi dakwah kerana dakwah adalah utama. tapi study bukan no 2. dakwah n study perlulah seiring kerana dengan dakwah kita dapat belajar n dengan belajar kita dapat berdakwah dengan sampaikan ilmu yg kita ade. dakwah dan study bukan pilihan tetapi ketetapan.mewujudkan daie yg berilmu memerlukan daie yg 'study' n bukan sekadar menegur kesalahan tanpa hujah n mengajak kebaikan tanpa sebab.maka dakwah n study perlulah seiring.

1 comment:

  1. Betol. Jadilah Muslim yg belajar. Bukan Pelajar yg muslim.

    ReplyDelete